Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kelibat

Rate this book
Ditakdirkan Emierda mampu melihat dan mendengar benda-benda ghaib. Lalu dunianya terasa sepi, lantaran kemampuannya itu membuat dirinya begitu terasing.

Sam, pemuda yang senang didampingi akhirnya menjejakkan kaki ke vila yang sering kali muncul dalam mimpi-mimpinya.

Vila Belanda, kediaman separa kolonial bakal menyaksikan sebuah majlis persandingan di mana di vila ini juga Emierda dan Sam bertemu buat pertama kali. Sejarah silam vila itu akan menghubungkan mereka. Satu misteri lama dari dua abad lalu, kini bakal terungkai.

Paperback

First published December 1, 2016

9 people want to read

About the author

Nurul Omar

6 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (12%)
4 stars
9 (37%)
3 stars
9 (37%)
2 stars
1 (4%)
1 star
2 (8%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
January 21, 2019
Memang best baca.. Dari awal hingga ke hujung cerita penuh teka teki.. Kenapa hanya Emierda dan Sam sahaja yang mampu melihat mereka? adakah sebab persamaan wajah mereka? Gangguan demi gangguan yang semakin ganas hingga ada yang terbunuh.. Tak ada cinta tapi persahabatan dan juga kekeluargaan yang menggerakkan jalan cerita novel ini.. Hinggalah hujungnya bila terbongkar kenapa begitu jadinya... memang ohsem.. Seram dan penyiasatan..
Author 3 books9 followers
April 27, 2017
Novel misteri yang membuatkan para pembaca berteka-teki tentang perjalanan hidup Mierda dan Sam. Lebih-lebih lagi apabila perjalanan cerita yang sedang berlatarbelakang villa yang berusia ratusan tahun itu. Setiap mimpi demi mimpi, hanya meninggalkan tanda tanya dan teka teki.

Sehingga apabila berada pada klimaks cerita, tidak terbayang dek akal kejadian demi kejadian yang berlaku. Tetapi tidaklah dapat kita nafikan, kerana perbuatan sedemikian tidak mustahil oleh seorang manusia yang pemikiran dan jiwanya dikuasai syaitan.

Selain watak Emeirda yang misteri dan kenapa dia selalu bermimpi hal-hal yang menakut, maka watak Sam lagi misteri sebab para pembaca susah mahu menebak asal-usul keturunan Sam itu dari mana dan apa pula kaitannya dengan semua itu? Wajahnya yang mirip dengan seseorang dimasa lalu tidak cukup untuk menjawab persoalan pembaca.

Sebagai pembaca, sejujurnya, ada perkataan yang membuatkan saya sedikit terganggu apabila membaca kerana terlalu banyak dan kerap digunakan oleh penulis. Iaitu perkataan, 'terbelalak' yang menggambarkan watak dan keadaan yang terkejut dan mengejutkan. Bukanlah perkara yang besar dan mungkin pembaca yang lain tidak terganggu. Tapi begitulah, ini cuma luahan saya sebagai pembaca sahaja.

Apapun, saya menikmati pembacaan saya terhadap novel ini. Membaca diwaktu malam, jika yang dibaca novel ini, mata dan pendengaran anda akan lebih peka dan memaksa anda untuk menutup buku dan tidur sahaja. Kerana anda tidak mahu watak-watak misteri dalam mimpi-mimpi Emeirda dan Sam itu menjadi mimpi anda pula. Hahaha.
Profile Image for Baca buku.
22 reviews3 followers
December 15, 2021
Tamat baca: 15/12/21

Rating: 3.5/5

Lepas habis je baca, saya rasa macam ada yang tak cukup haha. Tapi kalau dapat habiskan dalam masa dua hari, kira okeylah kan. Saya ambil masa lama nak habiskan sebab cover page dia hahaha. Tak berani nak baca bila sorang². Kena baca bila ada ramai orang.

Kalau cover page dia takde gambae makhluk tu, saya rasa lebih cantik. Nampak misteri gitu. Tapi sebab ada gambar makhluk tu, dia rasa macam baca cerita seram pulak haha.

1 review1 follower
March 12, 2019
the best ever story dari start sampai habis banyak tanda tanya tetang villa tu mujur kedatangan sam di villa tu yang sedikit sebanyak membantu emierda dan keluarganya
Profile Image for Tuts Rahim.
35 reviews
August 9, 2019
Jalan cerita agak slow dan dragging,tak kena dgn selera saya mungkin
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 20, 2017
Whhooooaaaaa.... Seperti tiada penghujungnya novel ini.. Tak boleh nak agak sampai hujung, tak boleh nak jangka sampai hujung, tak boleh nak stop perasaan nak tahu sehingga penghujung.. Semuanya macam, whaattt??? Terbaik olahan cik puan penulis Nurul Omar yang buat pembaca dok bolak balik runsing ketika membaca sebab bukunya nipis jer tapi awat kisahnya macam tak boleh nak habis. Pulak tu, bila nak kena hold baca, kelibat buku ini terasa di mana-mana. Parah, kan?..

Sebenar rasa masa kecik dulu ada tonton filem inggeris yang intipati kisahnya lebih kurang sama. Dapat dok bayangkan betapa siksa emierda bergelut dengan rasa hati sendiri bila mampu melihat dan mendengar perkara ghaib bila berada di villa paklongnya. Atas sebab itu dia membawa diri duduk makciknya puan julia sebab tertekan duduk di vila itu. Tapi, terpaksa kembali bila sepupunya khalil bakal melangsungkan persandingan di vila itu.. Perkara yang menakutkan emierda terus berlaku!!..

Dalam masa yang sama, sam iaitu sahabat baik pada khalil bertahun-tahun mimpikan sebuah vila dan tanpa di sangkanya khalil adalah anak tuan punya vila itu. Banyak kali dia mengelak tapi akhirnya dia akur perlu datang meraikan khalil. Dan, pengembaraan misteri mula berlaku.... Bila sam berhampiran dengan vila itu, mimpi yang datang mula berubah corak. Sama juga seperti emierda. Seperti ada suatu benda mahu memberitahu misteri lama yang tersimpan di vila itu.. Haa... Dup dap dup dap gak la jantung nak tahu apa jadi... apa jadi... apa jadi.... Konon nak la jugak agak, oo, watak ni kot yang jahat tapi tak juga mengena. Watak agak banyak, mula-mula dok fikir gak adakah watak ni semua berkepentingan atau sekadar memeningkan?..towards the end, semua bercantum.. Tapi still, kisah sebegini kita takkan berpuas hati di akhir kisah. Sebab rasa ada saja yang tak habis.. Seperti tidak habisnya syaitan mengganggu menipu umat sehingga akhir zaman...

Plot cerita memang cantik susunan walaupun rasa kelam kabut tapi jika di hayati memang sepatut begitulah susunannya. Sila gunakan imaginasi anda para pembaca, menerawang mengembara 200 tahun yang lampau di sesetengah bab dan anda akan seronok membacanya.. Excellent job cik puan penulis!..
Profile Image for Haliza.
81 reviews
January 25, 2017
tamat pd 21:46
KELIBAT ~ Nurul Omar

Novel nie mmg ada seramnya tp lebih kpd misteri, apa yg dpt sy simpulkan dgn ringkas adalah sgt best n puas ati sbb sentiasa membawa pembaca berteka teki. Persoalan utama yg akn berlegar di kepala pembaca ialah KELIBAT saper yg berkeliaran di Vila tersebut ????

Dlm semua ahli keluarga hanya... hanya Emierda yg sering diganggu kelibat di vila turun temurun keluarganya yg dijaga oleh Pak Long beliau iaitu Tuan Johan. Lg malang selain dr Tuan Johan semua keluarga mempersendakan beliau n menganggap berliau seperti budak kecil yg pndai berdrama shj memandangkn beliau telah kehilangan ibu n bapa dlm kemalangan, Tuan Johan sekeluarga telah menjaganya. Itu pun x lama, apabila beliau lari ke rumah Mak Ngah beliau Pn Julia, lantaran x tahan menghadapi gangguan di Vila itu.

Siapa sangka setelah bertahun melarikan diri beliau terpaksa kembali utk menghadiri utk menghadiri perkahwinan sepupu beliau Khalil. Dari saat itu bermulalh semula gangguan, mimpi, kelibat yg menakutkn menghantui Emierda, sehingga nyawa menjd taruhan.

Sam, sahabat Khalil terpaksa datang ke majlis Khalil setelah dipaksa, wlupun agak berat hati pd awalnya utk meninggalkan bapanya yg kurang sihat. Apa yg memeranjatkan Sam gambar Vila dikad jemputan kahwin Khalil menyerupai mimpi yg menghantui hidup Sam selama ini. Disbbkn keinginan kuat utk melihat sendiri Vila tersebut menjd slh satu punca Sam memenuhi jemputan Khalil.

Selain Emierda, Sam juga diganggu yg akhirnya merapatkan hubungan diaorg di Vila bila Emierda mengetahui dia tidak keseorangan diganggu wlupun pd awalnya hubungan mereka tidak semesra mner. Bila berdua Emierda menjd lbh berani utk menyiasat n membongkar misteri di Vila tersebut sambil dibantu oleh Sam yg juga hampir melayang nyawa beberapa kali.

Selain mereka berdua, watak2 lain juga penuh misteri yg membuatkn kita sentiasa berteka teki. Apakah rahsia yg tersembunyi di Vila tersebut, apakah kaitan antara Emierda n Sam krn hanya mereka yg nmpk n dihantui, apakah motif kelibat itu mengganggu mereka berdua ??? Sebelum jawapan diperolehi ada nyawa yg jd taruhan.

#dearnovels
#kelibat
#nurulomar
#seramlicious
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.