Mukjizat Qiamullail MEMBENTUK INSAN CEMERLANG DENGAN SOLAT MALAM
Solat malam adalah terapi untuk menyejukkan jiwa kita dan waktu yang paling tepat untuk mengakui segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT. Di pertengahan malam, kita memohon kepada Allah SWT agar berkenan memberikan keampunan dan terus meminta tanpa lelah. Ini kerana sebaik mana pun mutu iman seseorang hamba, pasti ada unsur-unsur yang kotor, walaupun sedikit. Hamba yang baik adalah yang terus mengakui dan berusaha memperbaiki kekotoran tersebut. Solat malam adalah saat untuk mengakui kekotoran itu pada Allah SWT, menengadah dan mengetuk pintuNya agar diberikan maghfirat, rahmat dan barakah. Ini disebabkan salah satu hikmah solat malam adalah sebagai wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penghapus dosa. Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (Direkodkan oleh al-Tirmizi)
Naskah ringan yang isinya padat, banyak maklumat beserta hadis dan petikan ayat-ayat suci Al Quran, untuk mereka yang ingin tahu atau yang ingin memperbaharui tekad - apa yang dimaksudkan solat tahajud, mengapa kita harus pilih untuk bertahajjud, apa manfaatnya, apa pesan Rasulullah SAW berhubung solat malam termasuk solat witir, dan apa practice Rasulullah SAW dan para sahabat baginda berhubung dengan solat berelemen ajaib ini. Saya paling suka membaca himpunan doa-doa Rasulullah SAW dalam solat-solat malam Baginda. Buku ini terbahagi kepada bahagian seperti berikut; Sejarah Tahajud, Qiamullail (Solat Malam), Solat Witir, Terapi Hati, Doa. Ada juga sedikit keterangan berkenaan topik yang rasa macam biasa dengar tapi tak cukup faham, ini bagi saya agak sulit, perlu belajar dengan guru untuk mendalami, 'zuhud'.
Bacaan motivasi untuk tau sejarah dan cara menunaikan solat tahajud. Doa dan zikir juga disertakan untuk rujukan pembaca. Sesuai untuk dijadikan teman sewaktu qiamullail.