Jump to ratings and reviews
Rate this book

Parut

Rate this book
Kalau kutahu realiti tak seindah mimpi, aku rela jalani hidup ini biarpun dihantui beribu persoalan. – Haifa

Dia sangkakan dia cuma terlibat dalam kemalangan biasa. Namun bila diberitahu apa sebenarnya yang terjadi, Haifa rasa segalanya amat luar biasa.

Hidup yang selama ini biasa-biasa sahaja, tiba-tiba diselubungi misteri. Bagaimana dia yang asalnya berada di Lumut, boleh terdampar di Betong, Thailand?

Macam mana pula, Najmi, insan yang bertakhta di hati selama ni, boleh bertukar kepada Mikhail? Dan tiba-tiba pula, muncul Naimah yang mengaku menjadi teman baiknya. Tidak cukup dengan itu, hadir Asan, yang buat hidup Haifa berubah 100%.

Semakin digali, semakin banyak rahsia yang ditemui. Yang pastinya, setiap rahsia itu semuanya saling berkait dengan
Tok Timah.

Apa sebenarnya semua ini?

“Setiap orang ada rahsia. Tu rahsia kau dengan aku.”

337 pages, Paperback

First published December 1, 2016

2 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Zahida Zarkasi

6 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (29%)
4 stars
58 (46%)
3 stars
28 (22%)
2 stars
3 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
December 21, 2016
untuk membaca novel ni, pastikan anda cukup masa untuk menghadam setiap plot, adengan and watak2 yang diperkenalkan, perkaitan watak2 antara satu sama lain dan sub plot yang dihidangkan.

macam2 boleh jadi!

kisah haifa yang kemalangan, dan terjaga tetapi hanya ingat kejadian 4 tahun lepas (2012). selepas itu, dia lupa segalanya. bermulalah bermacam2 andaian dan pembongkaran demi pembongkaran dalam mengetahui kebenaran.

walau bagaimana pun, plot tersusun kemas sebenarnya, cuma pembaca perlu berhati2 supaya tidak terkeliru antara satu dengan lain.

peleraian yang sememangnya unpredictable, dan kenyataan yang pahit bakal diketahui dihujung cerita. sukar sebenarnya nak bagi review tanpa bagi spoiler.. heheh

good jobs penulis, tahniah prolog!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 25, 2017
(3.8 bintang)
Maka terlunaslah rindu pada tulisan Zahida Zarkasi selepas Menjejak Memori pada 2009 dan Kalung pada 2007 (dibaca 2008). Dan, meski sudah lapan tahun lamanya, hamba masih merasakan tulisan penulis sangat berhantu sehingga tidak boleh dilepas sampai menemui titik noktah penghabisan. Tetapi oleh kerana sayang hendak menghabiskannya cepat-cepat, hamba sengaja pula melambat-lambatkan bacaan. Huhu.

Seperti dua buah buku penulis sebelum ini, Parut juga dibalut dengan misteri yang berlapis-lapis dan berselirat. Kisah Haifa yang hilang ingatan telah memulakan kisah ini dengan tanda tanya tentang kisah lampau si gadis yang terlalu banyak lompongnya. Terlalu banyak yang Haifa tidak tahu, terlalu banyak yang dia telah lalui dan terlupakan malah setiap orang di sekelilingnya menyimpan cebisan-cebisan rahsia itu.

Biarpun kisah Haifa berselirat di sini sana tetapi penulis telah merangka plot ceritanya dengan teliti sehingga semuanya menjadi masuk akal setelah setiap satu misteri dan rahsia bertemu di titik bongkar. Rencah rasa yang mencukupi ditambah pula dengan tempo yang laju membuat buku ini enak untuk dinikmati dan mudah untuk disukai.

Hanya, kisah Rozita dan Najmi saja yang bermula, berjalan dan berakhir dengan terlalu senang pada pendapat hamba. Selepas hubungan yang tidak norma, Rozita serta Najmi pun memulakan bahagian lain dalam kehidupan mereka masing-masing dengan sebegitu mudahnya ibarat tidak pernah terjadi apa-apa antara mereka.

Selain dari itu, hamba menyukai buku ini sangat-sangat. Kisah misteri dan mistik yang mengujakan dari awal sehingga akhir. Cuma tolak bintang sedikit sebab hamba tak mampu menyayangi Haifa seperti Nia (Kalung). ;)



p.s Cerita siapa sebenarnya yang benar? Mikail atau Nanie?
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 10, 2018
3.45* untuk Parut!

Masa tarik buku ni dari dalam rak, aku tak tahu pun apa imej pada muka depan buku ni. Aku nampak macam satu gugusan pulau, atau juga macam satu kawasan terpencil yang dipenuhi dengan hutan sebab ada beburung yang terbang sana-sini. Astaga, bila dah baca hampir separuh buku dan aku perhatikan semula cover buku ni, rupa-rupanya ia adalah imej seorang perempuan yang memakai gaun nipis dan sedang melompat di udara. Adoiii, kenapalah imaginasi aku terlalu singkat tak nampak imej tu. Rasa nak cubit lengan sendiri je! *gelak sambil geleng!*

Ya ini lagi satu buku yang aku expect lebih dan akhirnya aku yang sakit hati.

Menunggu untuk pembongkaran misteri dan apa yang jadi kepada Haifa, hampir separuh buku dan perjalanann ceritanya terasa sangat datar sehinggakan aku rasa nak selak cepat-cepat. Ya, aku seorang pembaca yang punyai tahap kesabaran senipis kulit bawang. Maaf~ Selepas masuk ke cerita Haifa berjumpa dengan cucu dan Nek Timah, aku makin teruja. Aku nak tahu apa yang jadi pada Haifa dan apa kisah di sebalik parut itu.

Hujung-hujung cerita nampak macam agak tergesa-gesa. Macam mana nek Timah mati dan perungkaian yang Mikhail macam begitu pun seciput saja didedahkan. Dan satu lagi, nek Timah ada kuasa mandrem tapi macam tak power pun. Macam... entah, tak power pun. Hahaha...

Aku kasihan dengan suami pertama/bapa kepada Hanan. Begitu rupanya kisahnya. Kasihan dia. Tapi Haifa memilih 'dia' itu sudah cukup bagus. Moga berbahagia.

Korang tak nak cuba baca ke? Boleh tahan juga. Tapi misterinya hanya berada di tahap sedang-sedang saja dan hampir jatuh ke paras biasa. Dan jangan expect lebih.

Peace!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 2, 2017
Pukul 8 pagi baca, pukul 12 dah tamat.
Dahsyat betul. Macam ketagih. Niat hati tu nak selak2 ja. Tapi, tak jumpa bab mana yang boleh stop sat. Dia punya curious tu tahap boleh bunuh kucing kalau tak habiskan. Lol

Saya dah baca semua novel di bawah penerbit ni. Nampaknya, Parut lain sikit. Mungkin kerana penulisnya orang yang berpengalaman. K3banyakan novel2 Prolog Media yang lain bergaya urban. Parut lebih kepada gaya masyarakat kampung. Mungkin kerana latar dan suasananya.
Bahasa penulis sedap, smooth ja baca.

Walaupun ada dua hero, mujur jodoh Haifa dengan yang saya suka. Hahahaha

Misteri Tok Timah tu tak apa lagi. Yang scary tu Nanie. Seram mak
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
October 19, 2018
Bertubi-tubi persoalan demi persoalan ketika membaca buku ini. Satu demi satu watak diperkenalkan dan aku sebagai pembaca cuba untuk mengaitkan setiap watak yang ada. Konon boleh baca fikiran penulis. Hihi.

Plot cerita disusun dengan teratur dari awal hingga ke akhir. Di pertengahan cerita, aku sudah dapat mengagak siapa Tok Timah dan tekaan aku tepat. Rasa bangga pula bila tekaan tepat.

Cerita yang penuh dengan misteri sehingga mukasurat terakhir dan plot twist di akhir novel membuatkan novel ini berbeza.

Rekomen untuk peminat novel terbitan PrologMed. Dengan ini aku dah habis baca semua novel PrologMed. Menantikan novel baru daripada mereka :)
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
January 3, 2017
3.5

cerita ni mungkin akan lebih umppphh.. kalau perleraikan pasal kematian tok timah dilebihkan. Yalah, dari awal lagi disajikan perangai dia yg membela tu. Tup2 tahu yang dia mati macam tu je? itu pun dari nanie. 1 lagi, bila Mikhail dapatkan Hannan dari Tok timah, mcm senang pulak tok timah nak bagi padahal bertahun dia menantikan seseorang yang akan jadi pewaris dia. macam tak logik pun iya.

n sebenarnya saya dah jatuh hati pada mikhail. Bila Haifa pilih orang lain, terus rasa hmmmm.. nape dia. n bila tau pasal mikhail yang sebenarnya, lagi frust. !_!

kenapa kenapa kenapa? keke..

overall, ia masih cerita yang menarik untuk dibaca. Nak2 untuk mereka yang nakkan kelainan selain novel chen-ta chen-tun. hihi.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
March 25, 2017
Memandangkan buku ni berjaya bawa (dgn izin Allah) sy keluar dari reading slump, Nora bagi 5 bintang! Hahaha.

Pertama sekali, tahniah kerana berjaya menulis novel yang terlalu banyak terjadi, so many twists and turns, dan berjaya membuat saya terpana. Amekau. Yang tabik springnya, sepanjang pembacaan sy dapat bayangkan bagaimana Tok Mah, juga event2 yang berlaku. Walaupun tak diterangkan dgn terperinci, terbayang jelas di depan mata saya. Jelas, penulis tak perlukan banyak perkataan untuk sampaikan satu cerita yang hebat. Tahniah!

Walaupun awal2 masih stick kepada sinopsis iaitu si Haifa yang lupa ingatan, buku ni tetap dapat curi perhatian sy. Tease dari penulis tentang apa yang terjadi sebenarnya buat sy rasa, walaupun si dalang belum muncul, sy tetap teruja!

Start penceritaan tentang masa lalu Haifa, novel ni makin berbisa! Tak habis dengan kejutan, kejutan lagi. Reveal dan reveal lagi. Berjaya hook the readers sampai penghujung cerita. Dah sampai ending pun, 'hook' dia masih berbekas lagi. Wahhhh!!!

Perasaan sy masa baca buku ni:-

1. Keputusan Haifa pada m/s 287 literally buat otak saya rasa terapung hahaha.
2. Flashback yang ada Asan dan watak si cilik tu buat saya kata :- "Mai mana pulak dah dia ni..."
3. My impression on page 287 = Mind blown
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa....." (I literally voiced that out loud)
4. Motif sebenar di m/s 303 makes me go :- "Oh... that's why....."
5. M/s 320 : "This is a LOT to handle." *breathe, Husna!

Sampai ke sudah kita ditujah, ditembak, and diasak (amekau diasak terus!) dengan jawapan dari simpulan plot twist yang semakin terlerai. Makin lama, kita makin faham - siapa sebenarnya yang jahat. Siapa yang baik. Who end up with whom? Ending pun kita diasak dengan persoalan lagi. Bijak sis penulis buat pembaca buat andaian sendiri. Make up your own theory based on the clues. Memang kena alert baca novel ni sebab clues dia banyak. Korang kutip dan susun dalam minda sendiri. I've my own theory. Mungkin boleh bincang dlm upcoming video hehee.

WRITING: very fast paced. Smooth. Plot tersusun. Bahasa mudah dan ringkas. Penulisan yang walaupun plotnya berbelit2, tapi tetap mudah pembaca nak follow rentak penulisan.

CHARACTER: Not cliche, at least dari segi endingnya. Kisah silam yang tak dijangka. Glad the writer didn't follow the 'trend' (Kalau cakap, spoiler!) Terbaik!

PLOT: Mysterious, intriguing, very dark, horrified and mystical (at least for me). Pembaca kena jadi macam penyiasat!

Pendek kata, pengalaman membaca novel 337 m/s yang sangatlah menarik. Macam movie, boleh bayang di kepala. Itu maknanya penulis dah lakukan yang terbaik!

Terima kasih atas naskhah ni. 5 stars all the way.


Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
February 6, 2017
phew!!.. lakaran plot ni bagaikan bintang.. perlukan fokus yg cukup utk memahami watak dan cerita. awalan cerita berjaya mbawa sy utk merasai haifa yg hilang ingatan seterusny mjadi magnet utk sy teruskn mbaca sampai ke hujung. watak tok imah yg bg sy menyeramkn dimana pghujungnya meninggal sebegitu shj. krn pertemuan haifa dgn naimah dan naimah menyebut 'tok mah'.. plot imbasan cerita berlaku..dan haifa gain her lost memories in a second.. ajaib hmm. Plot twist utk Mikhail.. xsangka. part ending, haifa nampak bayangan nanie kat balkoni tu, kenapa ya?
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
March 31, 2020
[ Hari ke-14 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, 31032020 ]

WOW... Watak-watak dlm buku ni byk buat 'surprise' rupanya. Penulis bijak twist-kan perjlnan hidup watak. Sekejap mcm tu, eh eh rupanya mcm ni. Dari ke watak Haifa, Mikael, Nanie semua tu... semuanya ada twist.

Aku rasa storyline buku ni uniklah. Rasa mcm sadis pun ada utk watak Haifa n Najmi. Tentang Mikael paling aku speechless sekali, hahaha.

Ini antara buku aku tak kisah siapa2 saja pun yg jd suami Haifa(heroin). Mikael ke... Najmi ke... Bg aku ok belaka sbb dua-dua baik.

Tp tak sangkalah pulakkk dkt hujung-hujung cerita still ada lagi surprise dari slh seorg watak yg aku sebut kat atas tu. So, memang tepatlah pilihan Haifa akhirnya. Aku pulak tumpang lega sbb dia tak pilih lelaki yg silap, hahaha.

Apa-apa pun aku sukakan buku ni sbb tak cliche dan tak membosankan. Plus, watak Tok Timah dgn Asan tu memang grrr... tak tahu nk cakaplah. Seram.😣 Rasa simpati pd Haifa yg 'terkena' jgk, tak sempat dihalang.

Tp kalau ada jodoh tetap tak ke mana, kan. Nasib Haifa dgn dia jgk akhirnya.😍

Walaupun sebenarnya aku suka jgk kat watak lelaki sorang lg tu, tp bila dah tahu kebenaran kat hujung-hujung tu terus rasa... 'oh my goddd, why? Why!?'😩

Frust jgklah, hahaha.😌
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 1, 2018
[BOOK 71]
🌟🌟🌟🌟🌟


Parut by Zahida Zarkasi.
.

Best!
.

Dulu, ku pernah bagi kawan pinjam buku ni, sebelum aku baca lagi. Dan dia punya komen, 'weh, aku sampai termimpi pasal Tok Timah ni'. Hahaha
.

Ni buku kedua ZZ yang kubaca selepas Kalung. Dan kedua-duanya best.
.

Ni cerita tentang Haifa yang kehilangan ingatannya selama 4 tahun selepas kemalangan. Dan rupanya, memori yang hilang tu menyimpan rahsia tentang apa yang jadi selama 4 tahun ni.
.

Selama 4 tahun tu, Haifa terperangkap dalam ilmu hitam Tok Timah. Sampailah Haifa ni kahwin dan ada anak. Anak tu diperlukan oleh Tok Timah sebagai pewaris ilmunya. Dan hadirlah Mikhail sebagai penyelamat.
.

Siapakah Tok Timah dan apa hubungannya dengan Haifa?
Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Mikhail?
.

Macam biasa, walaupun cerita ni nampak straight forward, tapi penulis pandai twist sikit buat ku tercengang. Tup tup, endingnya, Haifa dengan orang lain. Dan tiba-tiba ada twist pasal Mikhail. Boleh tak ku nak jadi paranoid (feeling macam baca novel Kalung)? Betul ke Mikhail macam tu? Ke 'Nanie' tu bukan Nanie? Dah tu sape pulak wanita berkerusi roda tu? Haihhh... Seram pulak.
.

P/s: kalau kujadi Haifa, ku buang teddy bear yang 'Nanie' bagi kat Hanan. Rasa cam tak selamat pulak 😮
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
January 3, 2017
#4

dah boleh agak Parut yang ada kat pipi Haifa tu cuma khayalan dia aja
tapi apa jadi dengan Tok Timah tu , macam tak puas je senyap camtu je
eh tapi cerita ni tah tah ada sambungannya ,yela si Nanie tu macam agak berhantu je huhu
dah la siap bagi teddy bear kat Hanan tu , ermm well okla cerita ni
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
January 3, 2017
Haaaa kan dah cakap novelis-novelis Prolog Media ni mmg hebat2 semuanya. Walaupun tajuk satu perkataan je tapi jalan cerita umphhhh ! Meremang bulu roma baca kisah Haifa yg lupa ingatan gara2 kemalangan. Byk rahsia yg terkubur bersama ingatan yg hilang.

Siapa sangka cerita ni ada gabungan mistik misteri dan cinta yg kuat. Sebagai pembaca, sy agak kagum dgn garapan penulis ni. Tak seperti novel berunsur mistik yg kebanyakannya berada di pasaran skrg, yg mana sy rasa novel Parut ni lain dari yg lain.

Dan di akhir cerita sy agak tertanya2 siapa wanita yg duduk di kerusi roda di balkoni tu. Mungkinkah jelmaan hantu raya Tok Timah yg menyamar sebagai Nanie? Juga apa berita yg Haifa dpt pd 3 hari sebelum dia nak menikah dgn Mikail?
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
February 7, 2023
Bagaimana rasa bila kita tiba2 hilang ingatan tentang 2 tahun kebelakang? Tambah2 pulak, berada di tempat yg tak dijangka? Betong, Thailand? Apa yg dia buat disana?
.

Haifa, dia cuma ingat perkara terakhir adalah dia terlibat dalam sebuah kemalangan. Tapi yang peliknya, dia bukan berada di kampungnya. Malah di Thailand. Apa yg sebenarnya terjadi?
.

Tapi bila dia mengetahui bahawa perkara terakhir yg dia ingat adalah 2 tahun lalu. Yang ada disisinya ialah Mikhail. Dan Mikhail la yg banyak membantu Haifa untuk pulang kepangkuan keluarganya
.

Tidak puas hati tentang keadaan dirinya, Haifa cuba menggali semua maklumat tentang apa yg berlaku terhadap dirinya. Kuncinya, dia perlu ke Baling
.

Satu persatu puzzle bercantum. Kisah yang sangat tidak dijangka2. Bagaimana Haifa sanggup lari di hari perkahwinannya dgn Najmi? Bagaimana Haifa boleh terperangkap dalam dunia hitam Tok Timah hingga sanggup membuang keluarga. Hingga sanggup menerima apa jua perkataan Tok Timah. Malaha setiap nasihat yg diberi bagai terbang diangin lalu
.

Dan yang paling mengejutkan Haifa telah berkahwin dengan Asan, pembantu Tok Timah di Kemboja dan mempunyai seorang anak
.

Bila semua persoalan terjawab, terduduk Haifa. Bagaimana dengan mudahnya dia tunduk pada Tok Timah
.

Tapi kan. Untuk diakhir cerita yg xberapa nak akhirlaaa.. aku lagi suka Haifa dengan Mikhail berbanding Najmi. Tapi tulah, bila tau keadaan sebenar tentang Mikhail, aku agak kecewa laaa
.

Apepun tahniah buat penulis, walaupon dh lambat aku baca😁
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
September 4, 2022
3.5 ⭐

Haifa telah disihir oleh Tok Timah sehingga menyebabkan dia benci pada keluarga dan tunangnya malah mengambil keputusan untuk melarikan diri beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya. Haifa melihat dirinya mempunyai parut hodoh yang disangkakan akibat kemalangan sedangkan itu cuma ilusi semata-mata. Tok Timah juga berjaya melarikan Haifa jauh dari Malaysia untuk mengelakkan Haifa dijejaki ahli keluarganya. Empat tahun kemudian Haifa berjaya kembali ke pangkuan keluarga namun mengalami amnesia dan tidak mengingati perkara yang terjadi selama dia menghilangkan diri.

Cerita ni buat aku terus menyelak tiap halaman sehingga bertemu penamat. Ada beberapa plot twist yang tak dijangka namun ada beberapa perkara yang aku kurang bersetuju. Contohnya watak Rozita yang patutnya antara watak penting tapi tiba-tiba bercerai dengan Najmi dan berkahwin dengan business partner yang ntah sapa then habis gitu ja. Kemudian Mikhail yang bertungkus lumus bantu Haifa dan keluarganya keluar dari kemelut Tok Timah pula tiba-tiba dikatakan seorang panas baran dan kaki pukul walhal takda scene yang menunjukkan Mikhail begitu. Walau bagaimanapun cerita ni tetap menarik untuk dibaca.
65 reviews13 followers
February 7, 2017
Expect the unexpected with this book
Puas hati betul dgn buku-buku publishing house PROLOG
Parut pulak kita ingat yg ini tetapi jadi yang lain
Persoalaan saya:

1. Yg last jumpa tu bukan muda tp yg tua merupai yg muda
2. Yg bear tu ada toot toot tooottttt sbb yg tua tu memang nak sgt kat Hanan
3. Yg Mr M tu belot
Harap- harap ada sambungan ya pn writer sebab mcm tergantung, bila mati yg tok tu, betul ke nanie hidup, mana mikhail lari ah tetiba tertukar perantin nih
Profile Image for Farhana  Zukri .
127 reviews10 followers
May 2, 2017
WHY? WHY? WHY?

The questions I asked myself from the beginning to the end. The author arranged the plot in perfect order since it involved different timelines. I still remembered Kalung which I read almost 10 years ago. Kalung was the first book I read written by Zahida Zarkisa and I was totally hooked. Since then I reread it in countless times. Parut will be my new favourite.
Profile Image for Ayuni Zarkasi.
1 review
December 27, 2016
Buku ni akan buat anda tertanya tanya dan ingin meneruskan pembacaan sehingga tamat.

Tak boleh tulis lebih lebih nanti jadi spoiler
Profile Image for Eta My.
79 reviews1 follower
February 7, 2017
Seperti yg pembaca yg lain..sangat ingin tahu penyebab kematian Tok Timah..anyway antara buku susah lepas dr Prolog Media...
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
January 20, 2019
jalan cerita yg menarik dan penuh dengan misteri yg cuma pace cerita yg agak slow buat aku jadi bosan sikit sebab dah lelah dengan persoalan berlapis-lapis yg belum terjawab.

part yg aku suka bila Nanie dan Tok Timah muncul, meremang sebab dah boleh teka siapa Nanie waktu dia bawa Haifa balik jumpa Tok Timah.

bila nak sampai ke penghujung tetiba cerita bergerak laju dan makin menarik, cuma macam susah nak hadam pasal Mikail dan Nanie yg datang jumpa Haifa kat last buat aku tertanya-tanya siapa tu?jelmaan ke apa. seram!
Profile Image for Mikayla Choi.
14 reviews
August 25, 2022
Too gempak to handle sampai rasa nak sakit jantung baca setiap chapter :)
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
February 2, 2022
4.8⭐

Novel ini tidak mengangkat genre fantasi seperti kebanyakan novel prolog, tetapi mengangkat elemen misteri dan kekeluargaan.

Boleh aku katakan, buku ini seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian: 1) semasa hilang ingatan dan 2) selepas memperoleh memori kembali.

Semasa hilang ingatan, penulis banyak menekankan unsur kekeluargaan, iaitu tentang penerimaan keluarga Haifa, setelah Haifa kembali setelah 4 tahun menghilang. Selain itu, diangkat juga mengenai hubungan Haifa-Mikhail-Najmi. Serius, hubungan mereka ni aku tak tahu nak sokong yang mana. Haifa pun kejap-kejap nak Mikhail, kejap-kejap nak Najmi.

Bahagian selepas Haifa memperoleh semula memorinya adalah bahagian yang paling menarik bagi aku. Sebab satu per satu misteri dirungkaikan. Dan misteri dia memang buat ternganga mulut terkedu tak tahu nak cakap apa ahahahhaha!

Cuma pendapat aku, permulaan novel ni seperti perlahan sedikit kerana banyak klu-klu dilontarkan tetapi seperti tiada progress untuk merungkaikan misteri itu. Haifa ni lebih kepada seseorang yang curious but no action. Tindakannya sangat terhad. Tetapi pace novel semakin baik selepas peristiwa Haifa pengsan.

Tahniah penulis untuk karya ini! Semoga terus dikurniakan ilham yang hebat-hebat!
:)
Profile Image for Shukriah Rodzi.
Author 8 books11 followers
May 19, 2017
Memang indah susun atur jalan ceritanya. Rantaian cerita yang kompleks dapat di sempurnakan dengan baik oleh penulis.

Start dari bab 1, penulis dah berjaya buat pembaca rasa misteri bila Haifa yang kemalangan di Lumut boleh berada di Betong...rasa nak tahu tu macam mengoda nak baca lagi dan lagi...

Bila baca bab seterusnya, makin tertanya-tanya dan penulis merungaikan misteri sedikit demi sedikit dengan mewujudkan persoalan demi persoalan untuk mengikat pembaca supaya terus membaca. Perasaan pembaca menjadi berdebar-debar untuk mengetahui ending dia. Pelbagai tekaan mula muncul sejak dari awal hingga bab terakhir. Unsur twist yang dibuat oleh penulis sangat berjaya! Misteri Nanie kekal hingga bab akhir.

Watak Tok Timah yang misteri amat menarik sekali hingga menjadi sokongan yang kuat untuk novel ini.

Novel begini yang saya cari...Walaupun ada unsur cinta tetapi tidak keterlaluan.

Saya bagi 5 bintang untuk novel ini!
Profile Image for Anilza.
17 reviews1 follower
December 24, 2016
Buku ini buat kita tertanya2 dan nak tahu apa sebenarnya yg terjadi..membuatkan nak terus baca dan baca sampai tahu kesudahannya.

Tapi saya masih lagi tertanya pasal ayah Haifa menghadapi kemalangan di tempat yang sama dan apakah berita yg Haifa dpt tiga hari sebelum dia kahwin...maybe saya ade miss something kot...

Walau apa pun...overall not bad! Tahniah penulisnya Zahida Zarkasi!
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
February 24, 2017
Aku tak berapa faham, sempat aku nak buat cara cepat nak lompat tapi lompat tak guna sebab aku patah balik berkali-kali sebab aku nak tau semua cerita. Aku nak tahu apa masalah sebenarnya diaorang ni? Last-last tak jadi lompat. Kena start balik. Serius tak faham, sampai lupa semua benda... kena kahwin dengan entah siapa-siapa, tiba-tiba dekat mana-mana! Apa benda? Tapi Nani tu... kenapa eh Nani tu, mati dah kan? Habis siapa dekat langkawi tu? Saja tanya, kot-kot korang tolong cari jawapan yang aku dah tahu.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
July 8, 2020
Tanda tanya dari bab awal berjaya buat saya melekat untuk cari tahu apa yang jadi.

Kenapa Haifa kemalangan sampai hilang ingatan. Kenapa keluarga Haifa beriya iya nak tutup kisah silamnya. Siapa Tok Timah.
Dan dengan perlahan lahan satu satu kejadian diceritakan. Geram sakit hati berdebar semua rasa ada.
Nasib baik Haifa buat pilihan tepat. Cumanya bab akhir tu agak meremang sikit. Nanie hidup lagi ke tidak?
19 reviews1 follower
January 20, 2017
Best! Macam-macam rasa ada. nak tahu kenapa Haifa tu boleh jadi Nanie?apa kaitan Mikhail dengan Haifa dan Nanie? Tapi dah boleh agak apa yang terjadi pada Haifa sebab sayang dengan Tok Piah. Cuma tertanya-tanya masa baca tu kenapa Tok Piah buat macam tu? Kena baca sampai habis sebab tak tahu siapakah pilihan Haifa antara Najmi dan Mikhail? Good job penulis!
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
October 16, 2020
Fuh! Best! Twisted! Evil ! Scary! Apa lagi?? Gila ar cerita ni... rasa macam naik roller coaster pun ada, sekejap kat atas, berdebar-debar, sekejap kat bawah, macam dah selamat... sekali naik atas balik.... mak aiiii.... tak tau macam mana nak review... yang pasti best! Ish, tak boleh bayang kalau dapat hidup macam Haifa tu. Scary!
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
October 30, 2020
3.8 bintang.

Cerita bergerak pantas dan teratur. Keadaan Haifa membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Penulis tak henti menghantui pembaca dengan misteri sehingga ke akhir cerita.
Profile Image for Glow.
81 reviews
February 28, 2022
Menarik, syabas! Tapi still ada sesuatu yang buat aku terfikir-fikir. Dan entah kenapa aku rasa seolah ada sekuel pula hehe
Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.