Jump to ratings and reviews
Rate this book

Klong Mai

Rate this book
Sejak memiliki peti kayu pemberian Phat yang dikenali di sebuah tokong Siam, hidup Dayah mula diselubungi misteri. Klong Mai yang sering disebut oleh wanita bangsawan Siam dalam mimpinya memberi petanda yang peti kayu pemberian Phat bukan sebaeang peti biasa.

"Dayah, awak simpan peti tu baik-baik. Saya tak boleh sentuh peti kayu tu. Tangan saya akan jadi panas. Awak simpan ya. Kalau ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, saya redha peti tu dengan awak." - PHAT

"Aku harap..Aku akan jumpa Phat satu hari nanti." - DAYAH

Dayah meneruskan hidup di kampus selepas tamat SPM. Cintanya pada EZAKI, pelajar senior perubatan terpaksa dilupakan apabila mengetahui Ezaki dan Shireen bakal disatukan.

Kecewa dengan Ezaki dan Phat, Dayah terpaksa terima cinta Iqbal. Segalanya bertambah huru-hara apabila Phat muncul semula dan mula membawa kepada pembongkaran misteri Klong Mai.

839 pages, Paperback

First published November 1, 2016

1 person is currently reading
27 people want to read

About the author

Iman Fadia

17 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (30%)
4 stars
11 (26%)
3 stars
10 (23%)
2 stars
4 (9%)
1 star
4 (9%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 11, 2017
dari awal sehingga akhir kisah, novel ni buat akak tercari-cari. tak ada satupun yang akak harapkan, ada dalam novel ni. maaf puan penulis Iman Fadia, jika tiada perkataan misteri di spine buku atau peratus pembahagian 'rasa' seram, thriller dan misteri di kulit belakang mungkin akak akan lihat novel ini dari sisi lain..

tiada apa yang menyeramkan langsung. sekadar penampakan seorang pengawal siam zaman dahulukala dan seorang wanita berpakaian seperti keturunan raja siam. takpelah. akak akan lupakan kulit buku dan terus pada isi. dayah mengenali phat dari zaman persekolahan dan walaupun sudah berpindah semula ke kl dayah sentiasa ingat pada phat. persekolahannya di pantai timur itu sedikit rumit kerana sering saja diganggu oleh shimah, zila dan wati. shimah juga terang-terangan menyerang dayah kerana mahu merebut iqbal yang ternyata memang sukakan dayah.

terus pada kehidupan di zaman universiti pula. ada sedikit goyanglah bagi akak. mungkin sebab asyik rebutkan lelaki dan jadi rebutan lelaki jadi rasa tu agak mendatar. cuma tertarik meneruskan pembacaan sebabkan olahan dan cara penyampaian yang tidak membosankan. dayah sambung belajar dalam bidang kedoktoran dan di situ dia mula kenal pada ezaki. ezaki ni pula terikat dengan perjanjian antara ayah shireen dan ayahnya sendiri dalam perniagaan buatkan dia tidak dapat menolak untuk bertunang dengan shireen. dalam masa yang sama juga phat mendalami agama Islam dan akhirnya menerima agama itu sebagai agamanya.

apa kaitan klong mai? klong mai ni maksudnya peti kayu dan peti kayu inilah yang diserahkan oleh phat pada dayah dan mengharapkan dayah menjaga dengan baik selagi dia belum menuntut kembali. setelah dayah menerima peti inilah bila ada saja kesusahan menimpa akan muncul seorang penjaga seperti seorang hulubalang siam yang sering membantunya. ada juga muncul wanita berpakaian siam yang mengaku emak pada phat. kisah perebutan antara jantina ini berlarutan sehingga masuk perbuatan khianat, percubaan membunuh dan paling dahsyat, ilmu hitam. so, siapa akhirnya yang berjaya bertakhta dalam hati dayah? phat, iqbal atau ezaki?

kehidupan memang akan sentiasa dugaan dan cabaran. kaji dan carilah penyelesaian. percaya kepada qada' dan qadar. Allah akan beri apa kita perlu bukan apa yang kita mahu. jodoh juga rahsia Allah, bukan kita manusia yang tentukan. banyak ilmu terselit dalam novel ini yang pastu bukan kisah seram.. penat akak tunggu hantu keluar oiii... haha!!
8 reviews
November 15, 2016
Ok, novel ni aku baca masa aku duk melangut tunggu member yang tak sampai-sampai. Hahah..
Dapat je buku ni, terus baca. Hehehe. Hari ni baru ada masa nak review.

Let's review this novel.
Tebal okey! Tapi berbaloi2.

Penulis berjaya membuat aku untuk meneruskan pembacaan. Dari bab pertama, aku macam nak tahu apa yang berlaku seterusnya terutama pasal Klong Mai tu. Aku rasa cukup unik kisah Phat dan Dayah.

Again, dalam novel ni juga ada ilmu perubatan!! I like!
Watak Dayah dan Ezaki as doktor perubatan cukup menarik bagi aku. Diselit dengan kisah cinta keduanya dan siri pencarian misteri Klong Mai yang membuatkan aku teruja mengikuti jalan cerita sampai habis. Banyak pengajaran dan ilmu.

Baca novel ni, macam berteka-teki. Sekali lagi aku tertipu dengan tekaan aku bila dah sampai ending. Tak sangka, lain yang aku teka, lain pula yang menjadi dalang sebenarnya dalam kes yang menyebabkan huru hara kehidupan Dayah.Syabas penulis buat aku berteka teki tekuk.Hahahaa..

Tak sangka, penulis novel cinta ni juga berbakat dalam novel misteri seram. Aku akan cari lagi novel seram penulis ni kalau ada sebab semua rencah ada.Masa baca, perasaan macam-macam ada.
Profile Image for Ctsyah.
20 reviews
April 15, 2017
alhamdulillah.. sebuah novel yg bnyk mengajar kita bahawa jodoh tk boleh dipaksa,cinta tk blh dibeli,hidayah itu milik Allah SWT,restu keluarga itu penting dan kluarga harus saling faham memahami perasaan ahli kluarganye yg lain jugak.
ia juga mengajar kita tentng bahayanye menyekutukan Allah SWT hanya kerana nafsu hingga tidak mempedulikan hak org lain akhirnye nyawa sendiri tergadai..
betapa tabahnye Nur Hidayah.kalau kita mcm Nur,adakah kita akan setabahnye dia?hanya Allah SWT saja yg tau.
ada jgk babak yg menyedihkan hati ini hingga menitis air mata..
tapi alhamdulillah..Mereka mendapat ape yg mereka kehendaki eg mati syahid,dpt penganti pasangan yg baik utk mereka dan yg jahat mendapat balasan mereka atas perbuatan mereka sendiri.
akhir kata sepandai2 tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua..
syabas utk penulis novel ni.. :)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
March 7, 2017
Novel yang ohsem walaupun agak meleret..
Takdelah seram sangat pun..
Agak thrill dengan perjalanan hidup Dayah, Phat dan juga Ezaki..
Ada pengajaran baik dan juga buruk..

Kadang-kadang kita tak sedar saat kita menyakiti manusia lain..
Dendam juga boleh membinasakan manusia..
So hati-hatilah dengan manusia lain..
Rambut sama hitam.. Hati macam-macam..

Misteri peti kayu, di penghujung cerita baru terbongkar..
Siapa jodoh Dayah, dah nak ending baru tau..
Selamat membaca..
2 reviews
September 24, 2021
cover nampak seram, tebal pun boleh tahan so expectation agak tinggi untuk buku ni. tapi jalan cerita terlalu meleret, boleh je habiskan awal sebenarnya tapi nak jugak tunjuk kisah 3 lelaki yang berebutkan dayah sampai tahap khianat, ilmu hitam dan sebagainya digunakan. hantu siam yang ditunggu bukanlah hantu jahat, sebaliknya roh arwah mak phat. as a romance book, mungkin ngamla tapi as a horror/thriller book? tak sesuai, tak kene dengan jiwa. bagi 2 rating pun sebab cover cantik and harga sangat murah kalau beli dekat lazada/shopee.
Profile Image for Ace Heart.
10 reviews
February 27, 2018
ni first time aku review novel melayu. sorry bahasa campur2 skit. first, aku pick up buku ni pasal buku Rahsia Diari Merah. Aku minat buku misteri so aku jd teruja bila ada novel melayu yg genre misteri. dekat kulit buku tu tulis, "dari buku bestseller Klong Mai". so aku cari kat shelves tu, Klong Mai. Aku minat tgk kulit buku dia. interesting enough. so, aku beli novel melayu setelah sekian lama.

Ok part reading. kat kulit blakang buku tu claim seram 30%, thriller 20% dan misteri 50%. aku rasa it's more like seram 10%, thriller part mana aku tak sure so aku bagi 0% dan misteri plak dlm 40% of the book. lagi 50% more to typical malay novel cerita tentang cinta tiga segi. eh, tiga segi ke? mcm bersegi2 la dlm novel ni. Pendek kate Dayah ni hot stuff gile sampai semua lelaki nak kat dia. kat situ aku ade sikit jengkel dgn character Dayah tu. too perfect sampai semua org gila kat dia. tapi yerlahkan, penulis gambarkan dia sebagai perempuan yg agak cantik and baik, doktor plak tu, berebut2 orang nak.

first of, aku baca mukasurat 77 dan 84, aku confused. mukasurat 77 ckp Dayah duduk bilik hujung, page 84 ckp Dayah kat bilik tgh. so mmg confused. aku cari writer ni punya contact. aku google. aku jumpe fb dia. so aku tanya dia. terima kasih pada penulis sebab sudi ambik masa terangkan dgn panjang lebar. jarang2 ada penulis yg rajin layan soalan2 readers.

aku suka yang penulis build character diorang dari sekolah sampai universiti dan sampai kerja. ada nampak character building dari baca novel2 lain yang kita terus dilambakkan dgn character yg terus successful with 5 figure income. aku suka yg penulis letak terms2 medical dalam novel tu. ada research dari segi tu. bila aku abis baca buku tu, mukasurat last tu ade tulis yg penulis adalah microbiologist, then aku paham kenapa term medical dia tepat. good job dari segi tu. aku actually learn something dari buku tu tentang medical.

aku tak suke character Shireen sebab dia typical pompuan anak Dato yg ko slalu tgk dlm tv. like come on penulis2 semua. stop buat character pompuan ni asyik desperate je. dia dah la lawa educated kaya and seksi bagai. anak2 dato yg aku kenal semua enjoy hidup, belambak2 laki kejar, petik je semua dtg melutut. tak perlu jd desperate mcm dlm novel2 melayu yg kita baca. this is 21st century. perempuan dah tak heran kalau laki taknak dia. move on cari lain.

aku suke part diorang pegi dunia bunian. aku suka apa yg penulis gambarkan. aku boleh imagine istana dan perkampungan tu. aku frust skit part Phat meninggal kat Palestine tu. aku rasa part diorang berjuang kat Palestine dan jumpa Phat tu mcm boleh garap lagi. boleh more details. dia mcm penulis just tetiba teringat nak matikan Phat, so tetiba je Phat mati. camne eh nak explain. like Phat is an afterthought in that chapter.

masa part Ezaki bawak Dayah pegi Thailand dan melawat tapak istana tu, aku harap sgt penulis buat diorang tiba2 terlangkah masuk alam sana balik. i mean, diorang betul2 ada kat situ kot. it'll be great kalau diorang masuk sana dan dpt clue lagi. kihkihkih.

aku agak kecewa yang ending buku tu byk cerita tentang kenapa perempuan2 tu sihir Dayah. Sebabnya, title buku tu Peti Kayu. Aku harap yang penulis end kan buku tu dgn lebih byk pasal Peti Kayu tu. Yes, mmg dah diterangkan asal usul peti kayu tu dan kenapa Dayah dpt "gangguan" dari perempuan dan lelaki Siam tu. cuma aku rasa ending tu patut lebihkan tentang peti kayu tu. yes, memang diorang muncul bagi emas kat Dayah sempena dia mengandung. Tapi that's not interesting anymore bagi aku. aku rasa mcm citer ni 40% je fokus kat peti tu, lagi 60% fokus pada dendam dan sihir pompuan2 tu kat Dayah.

maybe sebab aku letak too much hope pada buku ni. aku harap ada less love story dan more misteri kot? tp overall aku mmg hooked dgn buku ni. aku abiskan dlm masa 10 jam. mengadap direct. sebab intrigued nak tahu apa ending buku ni. congrats penulis berjaya tarik minat aku baca sampai abis walaupun ada sikit meleret cite bab2 cinta tu.

esok aku pegi beli buku Rahsia Diari Merah tu! woot woot~~
This entire review has been hidden because of spoilers.
11 reviews
August 7, 2022
First impression - novel tebal mesti banyak part seram lagi2 kalau berlatarkan zaman Siam dahulu kala kan?
Tapi sebaliknya novel ni lebih kepada kisah cinta dan "seram" tu takdak sangat la.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
June 15, 2025
Besttt tapi tak seram dan terlalu panjang.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
February 2, 2017
Biasa-biasa saja. Tak seseram yang disangka. Kurang kena dengan jiwa.

Profile Image for Haliza.
81 reviews
January 2, 2017
tamat pd 04:01am

KLONG MAI ~ Iman Fadia
Terperanjat rasa kt diri sendiri buku tebal gler nie leh habis dlm masa dua hari hahaha. Biasa buku yg suku tebal dr nie pun 2 3 hari baru habis hahaha

Ok nk khabarkn sikit nie, pd pendapat sylh, sy tau ! kekuatan pd Klong Mai nie cuma misteri yg diketengahkan. Yg buat sy laju jer adalah misteri pasal peti kayu milik Phat tu yg diamanahkan n kemudian dihadiahkn kpd Dayah. Kesudahan nasib n hubungan Phat n Dayah. Misteri jelmaan perempuan bangsawan Siam n Hulubalang Siam. Dalang yg membuat onar pd Dayah. Ini semualh yg membuat sy terkejar2 mencari jawapan hahaha

Selebihnya cuma ttg hubungan kekeluargaan, konflik yg dihadapi Dayah sblm n slps kahwin. Mujurlh bab yg romantik tu biasa2 jer klu lbh menangis nk abiskan. Selain tu byk jugalh ilmu2 ttg perubatan moden n tradisional yg diselitkan. Klu pasal nasihat kebaikan tu mmg byklh.

#karnadya
#klongmai
#imanfadia
#seramlicious
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.