Ramai yang mengadu kesukaran untuk membawa tajuk Tauhid Zindani dalam halaqah masing-masing, selepas ini tiada alasan lagi! Buku ini bakal membawa revolusi baru dalam penyampaian tajuk Kitab Tauhid dalam halaqah.
Pernah baca Kitab Tauhid az-Zindani? Baca tak pernah habis? Rasa isi sangat bagus tapi kurang daya tarikan? Kalau boleh nak ada ilustrasi yang lebih menarik?
Sekarang tak perlu risau lagi. Kami bawakan kepada anda buku dudel ni. Dapat menyelesaikan semua masalah di atas.
Buku ini mengandungi dudel yang menarik berbentuk nota dan juga mind-map yang memudahkan isinya lebih mudah difahami. Turut disediakan ruang nota untuk ditulis semasa halaqah nanti!
Alhamdulillah, syukur. Inilah buku pertama yang selesai dibaca untuk tahun 2021. :)
Buku ini ialah buku berkenaan pengetahuan tauhid yang sangat menarik untuk dibaca! Sebagai pembaca yang gemar membaca nota bervisual, saya dapat menamatkan bacaan dalam sehari.
Secara ringkas, buku ini sebenarnya merupakan buku grafik yang dihasilkan bagi tujuan membantu kefahaman Book of Tawheed: Oneness of Allah (buku asal oleh Syeikh Abdul Majid Zindani).
Penulis menggunakan grafik yang memaparkan kata kunci berserta lakaran berwarna-warni yang berkaitan dengan kata kunci tersebut.
Sejujurnya, tidak semua pembaca/individu yang selesa untuk memahami sesuatu perkara yang ringkas seperti ini kerana ada individu yang selesa dengan penerangan dan huraian.
Selain itu, sekiranya terdapat pembaca/individu yang belum berpengetahuan asas dalam bidang tauhid, mungkin mereka digalakkan untuk membuat bacaan rujukan lain terlebih dahulu.
Namun, pembacaan menjadi mudah kerana fakta sains yang merupakan pengetahuan umum untuk semua merupakan antara bahagian yang tercakup dalam buku ini.
Walau bagaimanapun, saya sangat gembira dengan bacaan ini. Terdapat muka surat kosong disediakan. Saya akan gunakan muka surat ini untuk menulis ringkasan pada bacaan ulangan kelak.
Buku ini menarik kerana terdapat pelbagai ilustrasi yang menarik dan comel. Tambahan pula, isi yang dipersembahkan begitu ringkas dan padat.
Cuma bagi saya. Bagi yang sudah mempunyai asas mengenai Tauhid mungkin tiada masalah untuk memahami buku ini.
Namun, bagi yang tiada pengetahuan asas mengenai Tauhid mungkin akan tertanya-tanya huraian mengenai setiap isi tersebut agar mereka lebih memahami.
Saya kira buku ini sangat sesuai digunakan oleh para nuqaba’ atau murabbi sebagai panduan untuk membuat pengisian semasa usrah. Jadikan buku ini sebagai asas dan mengajak ahli usrah untuk bersama-sama mengupas dengan lebih mendalam.
Syabas penulis/pelukis atas inisiatif yang dilakukan!