AUNI SORAYA, AHMAD FAHIM, HISHAM, EZLYNN, WAIDA, FIKRI, IZZATI, TASNIM, EN RASHID, PN HAMIMAH, HJ TAJUDDIN, HJH SALMIAH, KAK SARIMAH, JUNAIDA, HAIKAL, AZRINA, IMRAN, NORASYIKIN, DATIN NINA, EN KAMAL , EN HAMID
Auni Soraya setelah tamat pengajian sementara menunggu panggilan posting sebagai guru, dia dilamar oleh abang angkat abahnya, En Tajuddin. Pada masa yang sama, Auni telah pun mempunyai kekasih pilihan hati, Hisham. Perkenalan mereka sudah lama. Namun, Auni lebih mementingkan perasaa ibu dan abahnya. Maka dia terima lamaran tersebut walaupun dia tidak kenal bakal suaminya.
Ahmad Fahim, bekerja di syarikat oil dan gas berumur 32 tahun. Kesibukannya tidak menyempatkan diri mengenali mana² wanita untuk dijadikan calon isteri. Maka, uminya Hjh Salmiah bersama suaminya, memilihkan calon. Setelah beberapa calon yang diutarakan, akhirnya terbuka dia menerima Auni. Alasan sebab nama itu unik dan setelah beristikharar sebanyak 3 kali, hatinya tenang dengan pilihan tersebut. Setelah kedua-duanya setuju maka mereka pun bertunang.
Auni mendapat panggilan posting ke sekolah yang terletak di Kuala Lumpur. Ada guru lelaki yang cuba memikat Auni tanpa Auni sedari. Cikgu Haikal. Cikgu Sarimah menjadi telangkai. 3 minggu sebelum Auni dan Fahim bernikah, mereka berjumpa buat kali pertama. Terpegun Auni. Fahim pakej lengkap seorang lelaki. Tinggi, berbadan tegap, putih melepak, kerjaya mantap. Majlis kahwin mereka berlangsung sebanyak 3 kali. Di rumah Auni, Fahim dan di hotel. Usia perkahwinan mereka yang masih muda diuji dengan fitnah yang ditabur oleh Ezlynn. Kenalan lama Fahim, keluarga Fahim dan Ezlynn berjiran hampir 20 tahun lebih ketika di United Kingdom.
Ezlynn punya perasaan pada Fahim. Ezlynn sanggup memfitnah bahawa Auni ada skandal dengan adik Fahim, Fikri. Ezlynn sanggup merayu pada Auni untuk menjadikan dia isteri kedua Fahim. Buntu Auni dan akhirnya Fahim bertindak untuk berbincang dengan uncle Hassan, papa Ezlynn. Obses Ezlynn terhadap Fahim telah menyebabkan Ezlynn bertindak di luar kewarasannya. Akhirnya, dia dirujuk kepada psikiatri.
Kisah perkahwinan pilihan keluarga ☺️