Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anekdot DAIM #1

Imam Tulang Rusuk

Rate this book
Himpunan kisah lucu dan ringkas mengenai seorang pemuda sengal, nakal dan licik bernama Daim, yang mencari bakal isteri.

Daim, bukan coklay. Bukan juga ahli korporat. Daim cuma pemuda biasa. Dia sengal. Dia nakal. Tapi, dia banyak akal. Daim bukan buaya, tapi dia pencinta wanita.

Ini Daim punya cerita.

Setiap babak mengundang tawa.

195 pages, Paperback

First published January 1, 2016

3 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Khairy Tajudin

36 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (38%)
4 stars
12 (46%)
3 stars
3 (11%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Web Sutera.
Author 35 books64 followers
November 25, 2016
Bermula dengan baik, insya-Allah. Di tengah-tengah agak kurang selesa buat saya. Namun akhir yang tepat dan kena punch line. Tahniah untuk penulis. Warkah santai dan ada bisanya.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
September 11, 2017
Ini kisah tentang Daim yang sengal dalam misinya mencari 'tulang rusuknya yang hilang' dan pada masa yang sama punya keazaman untuk mengubah diri menjadi seorang pemuda muslim yang baik. Memang kelakarnya bersahaja. Loyar buruk pun ye juga di Daim ni. Cam siot je.

Aku suka cara penulis merangkumkan lawak-lawak si Daim ni. Kesemua lawak tu rasanya pernah aku baca di internet dan di media sosial. Penulis bijak menggarap lawak-lawak ni dan mengharmonikannya untuk menyerlahkan watak si Daim sebagai seorang yang nakal, sengal dan licik. Pengharmonian lawak ini juga menjadikan perjalanan cerita menjadi menarik. Aku akan dapatkan sekuel dan prekuel imam tulang rusuk ni pasni. Sempoi dan layan. Hehe..

Dan buku ini pun banyak pengajarannya. Tak rugi kalau kau baca.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
October 19, 2016
Anekdot yang melucukan tentang Daim mencari cinta ini membuang persepsi klise kita kepada gerakan Tabligh. Ia tidak hanya tentang mutakallim, bayan dan keluar berdakwah. Ia adalah kisah manusia menjadi manusia.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 27, 2018
Buku pertama untuk Anekdot Daim.. Suka, menarik dan mampu membuatkan pembaca terus membaca.. Sejam dah settle.. Semuanya kerana babak yang dipersembahkan bukan sahaja mengundang tawa malah berjaya memberi sentapan tepat di hati..
#imamtulangrusuk #khairytajudin #khairytajudinresources #anekdotdaim ##novelmelayu #bookreview #booklover #bookworm #bookstagram #hobisaya #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 11, 2016
memang amat menarik buku nih. Jarang terjadi dalam rumah ni, buku jadi rebutan dan tuannya baca last sekali. Siap yang dah baca, bapak ngan anak-anak dok adaptasi dalam perlakuan harian. Boleh tergelak-gelak dok cerita DAIM itu, DAIM ini.. Grrr..... Ibunya yang stress mendengar sebab belum baca!

Terbahagi kepada beberapa episod. Memula dok mengisahkan si DAIM yang nak cari pasangan hidup. Terberkenan dengan diana walaupun berkawan dengan shasha.. Pastu masuk kisah dia aksiden dan patah tulang rusuk. Dahla patah tulang rusuk, patah hati bila tau diana sebenar isteri orang. Kemudian, kisah makin menarik bila masuk episod hijrah. Banyak ilmu yang dapat walaupun disampaikan dalam bentuk yang amat simple, amat santai tapi amat berisi..

Tahniah buat tuan Khairy Tajudin Novelis kerana berjaya bawak pembaharuan dalam berkarya. Tak perlu berjela, tak perlu meleret dalam penyampaian ilmu. Cukup dengan telatah dan sifat si Imam Muda Daim dan manusia yang berada di sekelilingnya boleh buat pembaca terus faham apa yang hendak disampaikan. Apa yang berlaku di dunia kini secara halus dan hormat diterjemahkan dalam bentuk pembacaan. Tahniah tuan! Jadinya, apalagi.. Anak-anak dan suami dah siap suruh tanya, apa jadi dengan DAIM seterusnya? Shasha? Masihkah daim mahu teruskan misi mengikut amersabnya itu?... Jom tunggu yang seterusnya.... Tunggu ni.. Tunggu ni... Jangan buat tak nampak pulak!!!
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
July 30, 2018
Daim seorang pemuda kampung yang agak lurus tetapi masih mempunyai sifat dan jati diri kemelayuan, sentiasa kuat berpegang kepada ajaran ibunya. Kadang-kadang Daim kelihatan seperti seorang yang agak sengal dan lurus namun telatahnya sering mencuit hati. Diana yang dikejar-kejar rupanya ialah isteri orang dan itu membuatkan Daim berasa kecewa apabila mengetahui kisah sebenar. Dalam buku ini ia tidak berakhir dengan perkahwinan bersama Shasha yang diharapkan menjadi suri hidupnya tetapi Daim mengambil keputusan untuk mengembara ke India, Pakistan dan Bangladesh mengisi makna diri...
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
August 11, 2022
Definitely 5/5 ⭐

Habis in one sitting. Buku yang 'light' untuk dibaca santai but banyak ilmu yang kita boleh dapat.

Buku ni mengisahkan watak utama Daim yang mencari jodoh. Tengok excerpts kat belakang pun aku dah tergelak dah.

Excerpts belakang buku:

"Daim, bukan coklat. Bukan juga ahli korporat. Daim cuma pemuda biasa. Dia sengal. Dia nakal. Tapi, dia banyak akal. Daim bukan buaya, tapi dia pencinta wanita. Ini Daim punya cerita. Setiap babak mengundang tawa."

Daim suka Sasha tapi suka jugak Diana. Pecah la cara dia mengayat dua² ni. Mai belajaq ilmu agama Daim boleh doa "Ya Allah ampunkan dosa² ku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru² ku dan dosa awek² ku".

Daim ni sengal dan banyak akal, ya Allah awal² buku ni memang aku dok tergelak jela baca. Macam² lah perangai Daim ni. Dialog² dalam buku ni pun santai je..

"Kalau jodoh tak ke mana. Tapi, jangan disebabkan jodoh kau tak pergi mana-mana"

"Kenapa kita kena dakwah orang? Kubur kan asing-asing?"

Sebab kubur asing-asing la kita kena dakwah kat atas dunia ni supaya kat kubur nanti semua boleh jawab. Kalau kubur dok sekali, bolehla jawab ramai-ramai.

Ada satu part tu, guru Daim cakap:
"Kita belajar cakap kebesaran Allah, supaya kebesaran Allah masuk ke dalam hati kita. Apabila kebesaran Allah masuk ke dalam hati, maka kebesaran makhluk akan keluar. Allah cemburu jika dalam hati kita, ada kebesaran makhluk. Apabila ada kebesaran makhluk dalam hati, susah nak taat Allah."

Dalam buku ni antara mesej utama yang aku dapat dalam pada kau kejar cinta dunia, cari awek boifren semua. Kau kene kejar cinta Allah dulu, maka kau dapat seluruh cinta. Tapi buku ni sampaikan mesej² tu semua secara santai je. Macam kisah rakyat gittu. Love la. Aku dah fikir kat mana nak beli buku² karya Khairy Tajudin ni lagi. Kita boleh tengok transition Daim dalam buku ni dari seorang laki nakal bertukar jadi seorang lelaki yang hidupnya sentiasa nak mencari ilmu & pelan² mula kenal apa itu tanggungjawab.

#imamtulangrusuk
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
August 14, 2017
Cerita ni tak digalakkn untuk dibaca di khkayak ramai. Nanti orang pandang pelik pula sebab gelak sorang-sorang. Adoi la Daim, hag ni lucu betul. Patut la hang banyak awek waaupun hanh sengal. Nasib baik Daim berkawan dengan Zali, dalam sengal, ada kesungguhan dalam belajar & mengembangkn agama
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.