Ini Saya Punya Kerja memuatkan 20 buah cerpen dan 30 buah puisi hasil cetusan pemikiran Usman Awang dalam jangka waktu lima dekad.
CERPEN
1) Peristiwa Bunga Telur 2) Untuk Jadi Isteri Orang Bangsawan 3) Surat Daripada Seorang Mata-mata 4) Haslina 5) Setelah 1948 6) Uda Dan Dara 7) Dari Johor Bahru Ke Kota Tinggi 8) Kenangan Jauh 9) Kami Yang Terlibat 10) Budi 11) Turunnya Sebuah Bendera 12) Matinya Seorang Perempuan 13) Sebuah Khemah Didirikan 14) Koperal Tua 15) Harga Hidup 16) Ini Saya Punya Kerja 17) Betisnya Bunting Padi 18) Koktel 19) Pertemuan 20) Rimbaku, Air Mataku
PUISI
1) Bahasa Bonda 2) Angkatan '50 3) Korban Tanah Air 4) Jiwa Hamba 5) Haslina 6) Kuala Sedili 7) Damai 8) Bunga Popi 9) Gadis Di Kuburan 10) Uda Dan Dara 11) Ke Makam Bonda 12) Tulang-tulang Berserakan 13) Berita Dari Kampung 14) Budi 15) Tanah Air 16) Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini 17) Duri Dan Api 18) Anak-anak Tercinta, Jangan Menangis 19) Mahasiswa 20) Malam Penghabisan 21) Ayah Belum Pulang 22) Harga Diri 23) Konfrontasi 24) Kekasih 25) Balada Terbunuhnya Beringin Tua - Di Pinggir Sebuah Bandar Raya 26) Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar 27) Burung Hitam, Hitamlah Nasibnya... 28) Pak Utih 29) Pak Utih (2) 30) Melayu Johor 31) Melayu
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.
Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.
Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.
Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.
Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.
Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.
Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.
Buku ini aku beli dengan harga yang cukup marhaen, hanya RM5 sebuah. Di dalamnya memuatkan 20 buah cerpen dan 30 buah puisi hasil cetusan pemikiran SN Usman Awang sejak sebelum kemerdekaan hingga ke abad ini. Idealismenya memihak kepada masyarakat yang terbiar, menderita dan kekurangan. Lihat pada cerpennya pada 50-an bertajuk Surat Daripada Seorang Mata-Mata.
"..sering kudengar Mariam berbisik-bisik dengan adiknya yang baru pulang dari sekolah menyuruh makan sedikit-sedikit kerana nasi tidak cukup, hingga kadang-kadang sudunya berlaga dengan buntut periuk mengukut kerak nasinya.. padahal adiknya itu sangat lapar dan penat kerana baru balik dari sekolah dengan berjalan kaki di tengah terik matahari."
Cerpennya yang paling mengusik tentulah kisah darjat antara dua kelas sosial, Uda dan Dara. Aku kira buku ini patut dijadikan hadiah dalam majlis-majlis korporat, majlis kahwin orang-orang elitis. (hahaha!)
Masih segar dalam ingatan saya tatkala mahu membeli buku ini. Buku ini saya beli dengan harga RM1 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang lalu. Saya amat suka sekali membaca hasil karya penulis-penulis veteran. Dalam buku ini terdapat koleksi cerpen dan juga puisi hasil nukilan Sasterawan Negara kita, Usman Awang. Bagi saya buku ini amat menarik. Dalam buku ini juga terdapat cerpen-cerpen yang saya kira saya pernah baca sebelum ini, tetapi tidak ingat bila dan di mana.