Zainuddin Maidin, Tokoh Wartawan Negara (2006) dan penerima Anugerah Melayu Terbilang UMNO (2010) telah mencapai kejayaan cemerlang dalam hidupnya dengan usaha sendiri sekalipun berasal dari hanya kelulusan rendah. Dari seorang wartawan beliau telah menjadi menteri penuh dalam jangka masa yang singkat di bidang politik (1998-2008). Kejayaan sebagai wartawan dengan mendapat Diploma of Journalism dari Berlin Institute of Journalisme, Berlin (1969) dan Fellowship Kewartawanan University of Michigan, Amerika Syarikat (1981-1982) hasil dari kegigihannya dan semangatnya yang tinggi untuk belajar dan terus belajar semasa berada dalam dunia kewartawanan.
Beliau melihat kewartawanan sebagai cabaran untuk seseorang terus terkini dengan pengetahuan semasa. Kesempatan lebih dari setahun yang diberikan oleh Kumpulan Utusan Melayu untuk menjadi wakilnya di London (1975-1976) telah digunakan sepenuhnya untuk belajar siang dan malam di samping mendedahkan dirinya kepada masyarakat setempat dan menjalankan tugasnya. Beliau berpegang kepada falsafah tidak ada yang mustahil di dunia dan ini dibuktikan menerusi pembinaan kariernya dari hanya pemberita sambilan dengan hanya kelulusan rendah tetapi akhirnya menjejak kaki ke University of Michigan, Amerika Syarikat (1981-1982) dan seterusnnya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
Zainuddin bin Maidin (born June 29, 1939), known as Zam is former editor-in-chief Utusan Melayu (Malaysia newspaper). Peek of his career when appointed as Information Minister of Malaysia.
Prominent journalist of the country awarded federation knighthood, Most Honourable Order of the Crown - Knight Commander (P.S.M.) which carry the title 'Tan Sri'.