Antara mereka tidak banyak perbezaan, sama-sama hadir membawa harapan, sama mengaih cinta yang mengasyikkan. Pertemuan antara mereka mewujudkan sengketa, menyeret orang lain yang tidak berdosa. Apabila perbalahan gagal dibendung nyawa menjadi perjudian, pembunuhan menjadi pilihan, walaupun tali gantung merupakan hukuman. Segalanya berlaku kerana kehadiran orang ketiga.
Kisah rumah tangga yang melibatkan kemunculan orang ketiga....
Norlida yang berkahwin dengan Sofian atas dasar cinta, hingga menyebabkan Sofian menceraikan isterinya, Zaiton kerana tidak sanggup untuk bermadu...sangkanya panas hingga ke petang, kemunculan Rozita yg mengaku akan berkahwin dengan Sofian telah porak perandakn rumah tangga mereka berdua... Perbalahan mereka berlanjutan kerana sokongan Norlida pada Kak Normah di atas kematian suaminya, Ariff...Ariff merupakan kawan & rakan sekerja kepada Sofian...ada sesuatu yang berlaku dalam rumah tangga Ariff & Kak Normah...itu korang kena baca...tambahan pula campur tangan Norlida tehadap anak2 Sofian dgn Zaiton mencetuskan sedikit perbalahan antara mereka...Adakah ini nasib Norlida selepas merosakkan rumah tangga Zaiton??? Apakah yg berlaku seterusnya???
Penulis membongkarkan kisah orang ketiga dalam kehidupan rumah tangga...malahan penulis juga mewujudkan elemen pembunuhan & penyiasatan agar pembaca tidak bosan membacanya hingga ke penghujung cerita...walaupun sedikit, aku juga tertanya2 apa yang akan jadi kepada Norlida sebenarnya...penamatnya tergantung barangkali & membiarkan pembaca membuat kesimpulannya sendiri...
Pada yang meminati kisah pergolakan rumah tangga, novel ini masih di keluarkan lg...kerana novel aku merupakan Cetakan Ketujuh, 2000...boleh lah!!!
Wahhhh, ada stress yang sedikit lebih semasa membaca buku Orang Ketiga berbanding buku Jejak-jejak Songsang. Kemarahan adalah taufan yang dikipas oleh penulis melalui kedua-dua buku, cuma jenis marah tu berbeza. Kalau Jejak-jejak Songsang, yang paling saya marah ialah Tuan Omar si jahat, pengecut dan menerima rasuah... dalam buku Orang Ketiga, saya sungguh geram dengan Rozita-Sufian.
Kalau nak dikaji perasaan saya, rasa macam tak selesa juga; saya tak marah dengan Norlida yang dah ambil Sufian dari Zaitun tapi saya rasa tumbuk muka Rozita atas keberaniannya rampas Sufian dari Norlida. Justifikasi saya, Norlida tidak sengaja jatuh cinta kepada Sufian dan terpaksa meletakkan Sufian dalam keadaan terpaksa memilih, dia atau Zaiton. Rozita pula, heeeeee terbayang gedik perempuan yang mengaku anak yatim dari keluarga melarat dari Kelantan dan kurang kasih sayang, boobs besar, butt besar, pendek, suka pakai baju seksi, berparut di lutut (yang last ni dia tak mengaku 😂), dari awal lagi dengan daringnya dia pergi facs to fa e dengan Norlida bagitau "saya suka suami awak dan akan kahwin dengan suami awak".. wth? Hailorrr. Yang Sufian pun ngong, konon sayang sungguh dengan Norlida tapi buat gak gitu, selfish, lemah sungguh mamat ni, nama jer lawyer hebat tapi EQ close to zero. Dia dengan Amir sama saja bawa watak lelaki ego yang tak eksyen. Saya suka gang dengan Kak Normah, apa yang Ariff dah buat padanya bagi saya satu tragedi. Apa yang Kak Normah buat pada Ariff, tragedi juga. Apapun, aksi terakhir Norlida memang win. Kalau dia bawa geng kelas senaman dia Kak Tipah masa tu mesti lagi best.
Oh this book, I love it! I really love it when I first read it back in my younger days.
Abdul Rahim Awang used to be my favorite author and I have had read almost all of his novels with Creative Enterprise during their peak in the 90's. I remember hating the woman and the married man in this novel, is it Suffian his name? But the story so good I still get excited just by remembering it now.