Tanpa sedar, sudah terlalu kerap kita berbuat sesuatu tanpa berfikir. Kita cenderung mengikut trend massa, bahkan terlalu cepat mengikut kebiasaan yang orang lain lakukan. Sedangkan, belum tentu hujung pangkal atau benar salahnya.
Namun, tidak untuk seorang ANOMALIS. Ia adalah orang-orang yang menyimpang daripada kebiasaan. Melalui kisah penceritaan yang santai, berbaur pengalaman penuh hikmah, penulis mengajak kita untuk keluar daripada kemelut trending ini.
(lets pretend i read this for sj's bday yesterday lol saengchuk love!)
4.7 stars because I wish i'm as courageous as her, especially with her beliefs and her openness to own up (and share!) her mistakes. I've always preferred personal reflections when it comes to islamic books, and i always have the tendency to enjoy an author with different perspectives (such as: i don't agree the way author did things but i in the end agree the messages)
Probably the only malay book I have for myself AND that I actually reread. Cool. Goals.
Cover buku super unik dan juga menyimpang dari kebiasaan. Seperti gaya kamus lagaknya.
Buku ini banyak ayat-ayatnya yang memang terus mengkritik dan menegur. Tiada jem atau madu untuk disapu terlebih dahulu. Mengingatkan saya pada buku Angkatan Baru karya Hamka. Isi kedua-dua buku ialah perkara yang kita takkan suka bila dengar tapi perlu dengar.
Saya terkesan dengan bab 'Apa zikirmu, nak?' Kisahnya mengenai seorang suri rumah di kampung yang biasa, tapi zikir 'Alhamdulillah' sudah menjadi rutin harian yang sebati dalam dirinya. Cuba kita pilih satu zikir yang memang kita akan sentiasa amalkan sehingga zikir tu akan mudah kita tuturkan tanpa rasa dipaksa-paksa.
Itulah yang hairannya, kadang-kadang orang yang kita pandang 'acik-acik kampung, tidak berpendidikan tinggi, tak memegang mana-mana jawatan tinggi dalam sistem usrah lebih istiqamah amalannya. Apa yang membezakan kita dengan mereka ya? Mungkin sedikit ilmu yang mereka dapat, itulah yang mereka amalkan.
Banyak juga kritikan kepada mereka yang terlalu terikat dengan 'conformity of the society'. Terlalu mengambil berat pandangan orang lain untuk perkara remeh temeh. Contoh senang dan cliche, fesyen, makanan dan gajet yang sentiasa up to date. Terlalu banyak trend sampai kita dah penat tak terikut lagi. Masa, duit, tenaga semua dah habis dilaburkan semata-mata nak nampak sentiasa lebih hebat di mata manusia. Penat tau tak.
Itu belum kira benda yang memang betul salah dan haram lagi. Korupsi, pergaulan bebas, saling menfitnah dan menjatuhkan orang lain. Sebab orang lain buat, kita pun nak buat? Mungkin dalam hati kita terfikir "Ramai je yang buat ni. Takkanlah Allah nak campak seramai-ramai orang ni masuk neraka. Allah kan Maha Penyayang." Penting juga memilih persekitaran yang baik sebenarnya. Kita akan rasa lebih bersemangat untuk berbuat baik bersama-sama orang lain.
Bab lain yang menarik ialah 'Perempuan bukan siapa-siapa." Tokoh yang bukan siapa-siapa ini ialah seorang perempuan yang berlari-lari di padang pasir mencari air untuk diri dan anaknya yang menangis kehausan. Disebut juga mengenai seorang perempuan tua yang selalu membersihkan masjid nabi. Perempuan tua ini tidak sepopular sahabt-sahabat yang lain tetapi mendapat tempat yang istimewa di hati Rasulullah.
"Sungguh beruntung menjadi wanita yang bukan siapa-siapa di dunia ini, namun terkenal di langit"
"Hati-hatilah wanita yang memegang gelar. Hati-hati supaya gelaran itu tinggal sahaja di sebelah namamu. Jangan sampai naik ke kepalamu dan hatimu membengkak bangga akan prestasi dirimu. Lupa kau akan asal usulmu"
Ayat di atas ialah ayat win bulan ini. Kata kuncinya ialah lupa diri. Bukan bermaksud kita tak boleh berjaya dan jadi kaya raya. Asalkan tidak lupa diri. Senang kan? Heh.
Bila difikirkan balik, individu itu hanyalah anomalis bagi golongan yang bertentangan dengan prinsip individu itu. Bagi mereka yang sedar hakikat hidup sementara ini, mereka ialah anomalis bagi golongan yang berhabis-habisan mengejar dunia tanpa memikirkan pengakhiran di sebelah sana. Begitu juga sebaliknya. Anomalis seperti mana yang kita mahu?
Buku ini sesuai untuk mereka yang rasa 'marah', left out, tersisih dan selalu terfikir kenapa mereka tak sama atau tak suka cara kebiasaan orang lain. InsyaAllah dapat memujuk hati dengan jawapan dari buku ini.
Anekdot Dr. Aniza Mohamed yang bukan sahaja menghiburkan tapi dapat memberi banyak kesan serta refleksi pada diri.. Tulisan yang bersahaja, cerita yang serba ringkas, namun mencungkil soal kemanusiaan, ketuhanan dan penghidupan masa hadapan di alam akhirat. Dr. Aniza buat saya tidak berasa keseorangan sebagai 'anomalis'. Lebih lagi menggalas tanggungjawab selaku wanita & isteri pada zaman yang mencabar ini. Terima kasih Dr. Aniza yang sudi berkongsi pelbagai rencah hidup sebagai pedoman untuk pembaca.
Travelogue dan catatan berunsurkan dakwah oleh pakar perbidanan ini disampaikan dengan santai serta sederhana - menghantar saya kepada nostalgia silam dan membangkitkan keinginan untuk menyaksikan bukti peradaban Islam. Tulisannya memperlihatkan hawa pengaruh dengan semangat revivalis Islam khususnya yang bernada gerakan Islam tetapi banyak yang dapat dipelajari. Bagaimanapun, pesan kemanusiaan yang disampaikan menyentuh perasaan yang boleh kita ikuti dan teladeni.
Boleh katakan Awe-inspiring juga buku ini, bagaimana harusnya kaca mata kita pabila jelajah ke luar negara, jelajah sekitar hidupan dan juga jelajahi diri kita.
Buku yang santai tapi membuatkan kita berfikir dalam tentang apa-apa yang berlaku di sekitar kita. Iya betul kadang-kadang kita tak tersedar yang kita ni sebenarnya sudah larut dengan cairnya dalam kepekatan arus masa. Sebuah peringatan dan juga pedoman yang baik untuk diceduk sedikit sebanyak faedahnya.
Jadi adakah kita yang menyimpang dari kebiasaan atau kita yang sudah terikutkan kebiasaan .. Hampa, kena bacalah untuk tahu ;)
Karya Travelog yang sarat dengan pengajaran berdasarkan dari pengalaman peribadi penuh hikmah penulis sendiri. Karya ini juga banyak selitkan nilai-nilai murni Islam yang membuka mata, hati dan minda. Penggunaan ayat yang mudah difahami dan terus sampai ke dalam jiwa. Gaya penulisan yang 'straight forward' membuatkan pembaca tidak bosan serta mahu teruskan pembacaan kerana setiap babak mempunyai cerita yang berbeza. Pecahan kategori bagi setiap babak iaitu Jelajah Luar, Jelajah Sekitar dan Jelajah Diri membuktikan penulis bijak menyusun setiap kata-kata agar tampak hidup ketika dibaca. Sebuah karya yang berjaya membawa saya jauh bersama-sama merasai pengalaman hidupnya yang mahal.
Antara babak yang menarik :
- Kota Yang Angkuh - Mesir, Kota Yang Hidup - Mulia Tanpa Kaya - Bila Si Buta Berhenti Menganyam
Seperti tajuknya, ini bukan karya yang biasa-biasa. Karya luar biasa yang berjaya mengubah cara kita melihat dan berfikir akan setiap perkara yang dilalui dalam hidup. Syabas Dr. Ariza!
This book make me realize how important to reflect in our daily life. It can contain a lot of lesson that we can learn even in those unintentional meetings with strangers.