Itulah realiti yang harus ditelan oleh Safee dan rakan-rakan sepasukannya selepas hampir tamat separuh masa pertama. Ternyata, pasukan mereka bukan tandingan bagi pasukan lawan.
Namun, adakah dengan mudah mereka akan terus pasrah dan menyerah kalah?
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.