Tanda-tanda Kiamat ada dua bahagian iaitu: Tanda-tanda kecil Tanda-tanda besar
Tanda-tanda kecil pula ada dua bahagian iaitu: Tanda-tanda (kecil) awal. Tanda-tanda (kecil) pertengahan.
Kebanyakan daripada tanda-tanda kecil (pertengahan) jelas sedang berlaku di depan mata kit ajika benar-benar kita dalami hadis-hadis akhir zaman titipan Rasulullah SAW.
Menurut Shaykh Dr. Muhammad bin Abdul Rahman al-‘Arifi, sebanyak 84 tanda sudah berlaku dan 48 tanda yang sedang dan akan muncul sebelum 10 tanda besar yang benar-benar sudah di ambang kiamat.
Berapa banyak tanda yang sudah kita jumpa, di sekeliling kita.
Mempercayai kejadian hari kiamat merupakan salah satu dari enam rukun iman.
Di dalam agama Islam, tidak ada sumber jelas yang menyatakan secara tepat bila hari kiamat akan berlaku. Apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw adalah tanda-tandanya sahaja.
Buku ini menghuraikan secara ringkas tentang tanda-tanda tersebut (84 tanda kecil). Jika diteliti, sebahagian besar sudah pun berlaku di hadapan mata kita.
Penulis menjadikan kitab Nihayat al-'Alam: Ashrat al-Sa'ah al-Sughra wa al-Kubra sebagai rujukan utama dalam menghasilkan naskhah ini.
Selain itu, penulis turut mengaitkan fakta-fakta berkenaan kiamat dengan pelbagai peristiwa terkini yang berlaku dalam dan luar negara (ketika buku ditulis).
Merenung tajuknya "Andai Esok Matahari Terbit Dari Barat", sudah bersediakah kita?
Ulasan Buku Andai Esok Matahari Terbit dari Barat – Zahiruddin Zabidi
Buku ini bukan sekadar mengetuk jiwa, tetapi terasa seperti ditikam dari belakang setiap kali membaca tentang tanda-tanda kiamat kecil yang dibentangkan.
📌 Apa yang berbeza tentang buku ini berbanding buku-buku lain?
Kulit buku: cukup menyeramkan dan tajuknya sendiri sudah meninggalkan persoalan mendalam. Simple but direct.
Fokus isi: kebanyakan buku lebih menekankan tanda-tanda besar kiamat, tetapi buku ini memberi tumpuan terperinci pada tanda-tanda kecil — dibahagi pula kepada yang sudah berlaku dan sedang berlaku.
Gaya penulisan: meskipun buku ini tidak tebal, penjelasannya padat dan membuatkan kita ingin membaca lebih lanjut daripada sumber lain.
📌Catatan penting untuk pembaca Ada hadis atau frasa yang ditulis dalam bentuk kiasan. Sebahagiannya dijelaskan penulis, sebahagiannya tidak. Nasihat saya, pembaca perlu:
Catat poin penting semasa membaca. Rujuk kepada pakar atau orang yang lebih berilmu untuk penjelasan lanjut.
Jika perlu, gunakan carian tambahan seperti Google — tetapi jangan berhenti di situ, pastikan pengesahan daripada sumber yang benar.
📌 Mengapa buku ini penting? Saya cadangkan setiap rumah memiliki buku ini sebagai peringatan. Tujuannya bukan untuk menakut-nakutkan atau menjadikan kita terlalu obses dengan kiamat, tetapi untuk mendorong perubahan dalam diri dan iman.
Buku ini mengingatkan kita bahawa persediaan sebenar bukan sekadar duduk beribadah di atas sejadah atau membina “kubu bawah tanah”, tetapi paling utama perbaikilah diri, iman, dan membantu orang lain setakat kita mampu.
Sesungguhnya kita tidak sempurna, kita tidak tahu amalan apa yang boleh membantu dihari kita akan dipersoalkan. Adakah aku sudah bersedia? Buku catatan disebelah tangan mana akan aku terima. Sesungguhnya, kematian juga adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat kecil.
🌿 Kesimpulan: Kiamat itu pasti, dan mati boleh datang bila-bila masa. Buku ini mengajak kita bekerja untuk diri sendiri ke arah yang lebih baik, agar perjalanan pulang nanti membawa sesuatu yang berharga — keselamatan di Hari Pengadilan yang tidak mungkin kita boleh lari daripadanya.
Tajuk buku ini agak melankolik. Tapi apabila membacanya, ia tidaklah sebuah naskhah yang bermain dengan melankolik.
Yang aku suka akan naskhah ini ialah UstazZahiruddin seperti sedang bercakap-cakap dengan kita. Beliau seperti sedang memberi pesanan, dan kita mendengarnya dengan penuh nikmat. Itu kelebihan penyampaian buku ini.
Oh, ya. Lagi satu yang aku suka. Kandungan naskhah ini sangat mengingatkan kita: segala tanda untuk munculnya sang mentari dari sebelah barat sudah banyak di depan mata kita. Adakah kita sudah bersedia?
This entire review has been hidden because of spoilers.