Jump to ratings and reviews
Rate this book

Plot Cinta Untuk Big Boss

Rate this book
Benarkah semua novelis cinta boleh selesaikan semua jenis masalah cinta?

Ini kisah Lisa. Seorang penulis novel cinta yang dilantik menjadi PA kepada big boss idaman Malaya, Zul Zafri, untuk menjalankan satu misi penuh mustahil.

“Bos, saya cuma seorang penulis novel cinta dan bukannya Tuhan yang boleh rancang takdir seseorang!”
“Saya tak suruh awak jadi Tuhan. Saya suruh awak jadi seseorang yang boleh selesaikan masalah saya.”

Sejak itu, kehidupan Lisa bertambah kacau-bilau. Kena jadi PA, kena jadi penulis dan kena cipta plot untuk big boss pula! Tambah menyulitkan keadaan apabila Nazurah, teman wanita big boss itu lebih mementingkan kerjaya dan perniagaan, menyukarkan misinya. Itu belum masuk kena buli dengan big boss.

Namun, satu kejadian telah mengubah segalanya...

“Kalau awak kahwin dengan saya, hari-hari awak boleh makan stik.”
Stik? Hari-hari? Oh my... Peluang ke perangkap ni???

Apakah yang telah berlaku sehingga cinta big boss beralih kepada Lisa? Adakah Lisa akan menerima lamaran big boss? Bagaimana pula dengan Nazurah? Adakah cinta fairy tale itu benar-benar wujud? Atau hanya dalam novel sahaja? Lisa dan big boss ada jawapannya...

722 pages, Paperback

Published June 1, 2016

14 people are currently reading
135 people want to read

About the author

Cik Sakura

2 books41 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (51%)
4 stars
40 (33%)
3 stars
11 (9%)
2 stars
5 (4%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,125 reviews211 followers
August 16, 2022
Bestnya bila baca buku yang tiada konfliks yang buat F sakit kepala.

Baca naskah PCUBB buat F tersengih², gelak manja, berbunga² hati.

Lisa digambarkan seorang yang berbadan gemuk comel dan mempunyai sepasang kaki yang pendek. Pendek kata Lisa ni rendah orangnya. Sesuai F gelarkan gemuk comel.

Lisa jenis selamba, suka menjawab dan tak takut pada boss. Tu yang buat Zul geram. Lama² Zul rasa Lisa comel.

Santai jalan cerita dia. Memang mengisahkan PA Lisa bersama boss Zul. Siapa sangka tujuan Zul hired Lisa jadi PA untuk selesaikan masalah akhirnya terjatuh cinta pada cik PA.

Zul ada girlfriend Nazurah. Watak Nazurah ni agak bongkak, pentingkan diri sendiri. Dia selfish takpe jangan orang lain. Geram je gan Nazurah, takda fikir perasaan orang lain. Bila Zul dah beralih perasaan barulah terhegeh².

Bila Lisa koma selama 5 bulan, Zul tak senang duduk, selalu termenung dan akhirnya mengaku pada bff Nazri, dia dah jatuh cinta pada Lisa.

F kurang setuju bila kata Lisa ni perampas. To me, 8 tahun Zul tunggu Nazurah tapi Nazurah sibuk dengan cita² sampai jadi sombong. So tak salah if Zul beralih arah sewaktu pertunangan olok² Nazurah dan Iqbal.

Jumpa je perkataan Tamat F rasa nak repeat balik baca. Rasa tak puas! Hati bahagia baca naskah ini.

Buku ni tak di print lagi. F beli pun mahal tapi sebab nak baca lepas jatuh cinta dengan Suamiku Workaholic, sanggup beli. Alhamdulillah dapat buku yang condition amat baik.

Ps : pakai helmet waktu menulis tak panas ke? Tanya je 😁
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
June 12, 2016
walaupun cerita ni cliche..tentang boss dgn PA..tp seriously..cerita ni giler best..

DAEBAK!! penantian yang tak sia-sia sbb tunggu cerita ni terbit jadi novel...

suka sangat dgn watak Lisa dan si boss Zul Zafri...mereka ni mmg serasi..sbb tu la berjodoh..permulaan yg dipenuhi aksi lucu antara mereka..lepas tu pengakhiran yang indah...siapa yang x suka kan...

congrats & thumbs up for u cik sakura...menanti next project cik penulis yang lain selepas ni...:)

286 reviews52 followers
June 12, 2016
mmg best...terbaik....santai and light conflict...lisa and big boss sgt serasi...comey and sweet jer mrk ber2 tu....dlm duk xnk xnk....akhir nya berjodoh juga lisa dgn big boss.....suka nya...hihi
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
February 19, 2018
Wah, bestnya perasaan bila terjumpa buku yang best. Macam terjumpa harta karunlah pula 🤣🤣🤣 Cerita dia agak klise dan biasa2 saja. Kisah cinta di antara Big boss dengan PA. Tapi olahan dia best terutama part dialog sampai rasa macam real saja. Tinggi betul imaginasi penulis dia. Baiklah, selepas ni misi menjejak buku Suamiku Workaholic pula.
4 reviews1 follower
June 15, 2016
Cerita ni memang lain dari yang lain... yes, the hero memang kaya, ceo bagai, tapi not so typical macam hero2 kaya lain...
watak antagonis dalam ni pun lain dari yang lain... last sekali baik gak (except mak sedara lisa)..
cerita ni takde konflik yang tak berkesudahan, takde part air mata sangat, takde part jiwang overdose, tapi i love the story, sebab memang boleh rehatkan minda yang stress lepas keje... why? sebab asyik tergelak je dengan dialog and telatah lisa si heroin cerita ni... licik tapi blur...
242 reviews11 followers
July 14, 2019
Lisa Dan zul zafri bertemu sbab Lisa si penulis novel terpaksa membantu zulfazri berkahwen dgn nazurah. Lisa sebagai pa zul fadti dlm masa yg Sama novelist. Plot yg lancar.. smooth ja baca
Profile Image for Roseline Murnie.
7 reviews1 follower
June 19, 2016
best sangat..klo blh nk bg berbintnag2 lagi...
x sia2 tunggu cita ni jd novel..dlm sehari setel..once dh pegang..mmg x nak letak..
baca sambil lenguh pipi..tak menahan asik tersenyum n tergelak dgn pgai lisa yg macam2..sgt suwit lisa n big boss.
tak sangka lpas kawen..big boss bertambah2 suwit..n kuat cemburu..apa pun..karya yg x mengecewakan..yg pasti akan d ulang baca time mood kelautan dalam..

tahniah buat cik writer @Cik Sakura..cant w8 4 ur next novel..cpat2 siap kan manuskrip baru..hehehe
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
December 4, 2016
buku ni kalau pakai kertas putih mesti berat jadinya, kan? patutnya kena ada pic laptop ibm dan helmet kat cover depan nih.. Hehe.... Berat cerita kedua cik puan penulis Cik Sakura Liyana kali ni.. tapi respect you lah cik puan, memang jauh beza dari karya yang pertama. Kalau yang 1st best, yang ini super best! mengangkat watak novelis sebagai yang utama memang agak mencabar walaupun si lisa ni agak tak menepati syarat seorang penulis pada mulanya, kemudian pulak terserlah bijak bila berboskan singa, ehh.. zul zafri.. si garang yang meneraju syarikat besar yang rupanya punya kebolehan terpendam dalam diam. Sama jugak punya kekasih dalam diam...

serbamula, lisa yang mencari kerja yang dah pergi temuduga tiba-tiba dapat panggilan bekerja sebagai PA jam 12 malam. Ingatkan kena prank, tapi betul pulak bila zul zafri arahkan dia ikut dan sebetulnya memandu kereta sampai perak. Pada mulanya lisa tak fikir apa tapi rupanya zul zafri ambik dia bekerja sebab tahu lisa seorang novelis suam kuku dan minta lisa fikirkan bagaimana dia boleh elak dari disuruh kahwin oleh neneknya. Zul zafri ni dibela nenek dan datuknya..pada hemat zul, seorang novelis mesti punya banyak idea dan itu yang jadi sebab utama kenapa dia ambil lisa menjadi PA.... Haa... Siapa kata novelis cetek akal?

tugas pertama lisa berjaya! Dia berjaya beri idea dan ada jer perkara yang menjadi penyelamat. Yelah, sapa nak sangka nazri kenal dengan saleha dan cinta mereka berputik kembali? Siapa sangka idea lisa supaya zul berterus terang dengan neneknya yang dia punya teman wanita, neneknya tak banyak olah? 10k habuan untuk lisa sebab setel 1st task. 2nd task, buat zul zafri kahwin dengan nazurah tahun itu jugak? Haa.. Berat keje ko lisa.. Nazurah tu kekasih tersorok zul zafri. 8 tahun zul terpaksa rahsiakan. Nazurah tu punya cita-cita besar dan bila tahu yang zul zafri pewaris perniagaan lagila dia mahu kembangkan syarikat dia supaya setanding dengan zul.. Tak bengang sentiasa zul dibuatnya. Lisa pulak dah macam cupid pi setel kisah cinta orang lain...

seronok baca, dengan kisah si penulis susun plot cerita untuk si bos singanya, dengan si penulis susun plot untuk novelnya sendiri... Something different. Plot novel ini sendiri kemas.. Walaupun orang kata cerita cinta banyak klise, cerita kahwin bos ngan PA klise tapi olahan dan garapan cikpuan penulis berjaya buat pembaca tersenyum tergelak sorang-sorang. Walaupun ada babak sedih bila lisa koma sebab jadi mangsa ragut tapi penulis tak freeze watak itu. Watak lisa hidup sampai helaian akhir.. Zul pulak menyinga stonecold sampai sudah.. Yang paling tak disangka nenek dah macam investigator tak bertauliah. Dari awal sampai hujung dia tahu kisah cucunya sebenarnya... Hambik kau lisa.. Menjawab dengan nenek.. Hehe... Novel cikpuan penulis ni harus masuk dalam list novelis favourite anda para pembaca.. Tahniah and all the best for next!
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
July 1, 2016
Sungguhlah! Hidup betul watak dlm novel ni. Tak kering gusi..Sangat santai penuh kelucuan dgn conflict ringan..Tak tahan ngan mulut laser big boss.

Saya suka cara Lisa lepaskan geram di blognya dgn melakarkan watak bossnya sebagai watak antagonist. Terkantoi pulak ngan bossnya..Habis plot kena revoke. Demand betul boss nak jadi hero..

hahaha..tak rugi membaca novel ni.
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
August 24, 2020
Best.. x de konflik sangat..
hahaha garang2 big boss akhirnya jatuh cinta ngan PA yg dianggap 3 suku tu..

Padan ngan muka Nazurah tu confident sgt boyfriendnya tu ingat leh sabar lagi.. 8 tahun tunggu ajak kahwin... lama2 melepas..

Layansss
Profile Image for MackMegan.
51 reviews
June 26, 2016
Novel ke 2 Cik Penulis yang tidak mengecewakan saya... very well done and good job Cik penulis.
Great... terbaik dan awesome!
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
June 21, 2023
Pertama kali saya baca novel tukilan penulis Cik Sakura. Tak sangka best juga kisah Zul Zafri yang kacak dan kaya tapi sangat setia bila bercinta.
Selama lapan tahun Zul menunggu Nazurah, kekasih hati yang dicintainya namun dikecewakan bila Nazurah bertunang dengan Iqbal demi cita-cita Nazurah untuk berjaya dalam bisnesnya.
Saya suka dengan watak Nur Lisa yang kelakar orangnya. Lisa ialah seorang novelis genre cinta yang gagal fengan cinta pertamanya dulu tapi punya impian untuk menjadi seperti cinderella satu hari nanti. Lisa menjadi PA pada Zul Zafri kerana Zul terdesak dengan masalah jodoh yang ditentukan neneknya.
Saya suka dengan jalinan persahabatan Suhana dan Lisa. Begitu juga dengan keakraban Nazri dan Zul yang semuanya sangat dekat di hati saya.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita agak menarik tapi sayang sekali penceritaannya agak perlahan, Ada sesetengah bahagian meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan.
Bagaimanapun, ini adalah sebuah kisah yang menarik dan menghiburkan walaupun epilog tak berapa menjadi.
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
September 17, 2021
tajuk memang nampak cliche tapi bestt taksangka aku dapt habiskan novel ni dalam masa sehari😂novel ni terbit tahun 2016 taksilap aku tapi tu la baru sempat nak baca🤣takde idea sangat nak tulis panjang tapi meh aku bagi pengajaran yang aku dapat😚😂

1-hero macam dalam novel ni wujud je sebenarnya cuma kita kene pandai cari je
2-jangan terlalu mengejar impian kita sampai taksedar apa yang berlaku dekat sekeliling(nak kejar impian taksalah cuma jangan ‘terlalu leka’)
3-jangan sesekali ada niat nak rosakkan hubungan orang lain(tak kisah frendship/rumah tangga etc.. kalau niat pun dah salah apatah lagi kalau buat)
4-jangan terlalu cepat menilai orang tanpa mengetahui latar belakangnya
5-jangan sia-siakan orang yang setia menunggu kita..(orang yang menunggu ni pun akan penat kalau dia tak dihargai
6-jangan tunggu kehilangan baru nak sedar sesuatu (tak kisah perasan or apa2 je, jangan jadi lembap sangat)
Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 17, 2018
2018 - #Novel8

Sweet sangat sebenarnya bos, Zul Zafri ni. Walaupun agak kasar dengan Lisa tapi dia jaga juga kebajikan Lisa.

Bila Lisa dah koma tu lagi rasa sweet. Lepastu dia sibuk bagi hint nak kahwin dengan Lisa tapi Lisa buat derk je sebab takut kena mainkan.

Nazurah pula... hmm... ada ek perempuan macam ni. Punya bagus Zul nak tunggu. Serius berlagak habis. Aku yang geram.

After all best tapi entah ek penggunaan bahasa dia agak awkward. Mungkin pada saya je kot rasa gitu. Menghiburkan.

Well... sometimes something klise give more enjoyable feeling. I like!
Profile Image for Lexicon Aficionado.
99 reviews4 followers
December 14, 2018
Oh my! Bestnya cerita ni. Suka saya dengan watak bersahaja Lisa. Sayang Lisa ketat-ketat. Memang heroin terbaik untuk novelnya. Haha! Zul Zafri pun awesome. Interesting character mix. Cuma terkilan tentang datuk Zul. That could have been handled better.
Profile Image for N.A.N.A.
217 reviews5 followers
February 15, 2023
The best choice novel for me after baca novel yg berat. Sengal punya Zul mcm2 dia buat kat lisa ya. Terima kasih la buat saya gelak je sepanjang masa baca novel ni.
Profile Image for Cik.
214 reviews5 followers
July 6, 2023
Mahal jugak Cik N beli novel ni.Beli pun sebab ramai yg kata best.Ermm biasa je ceritanya,rasa macam baca cerita dekat wattpad.Hero pun tak best sangat.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
July 5, 2016
best. light conflict.

beli novel ni sbb tertarik dgn review positif dr kalangan pembaca di GR. dan akhirnya... fuh! nasib novel ni kena dgn selera aku, kalau x... sia2 duit aku melayang~~~

ok... aku suka dgn watak2 dlm novel ni. lebih2 lg dgn si lisa n big boss tu. lisa yg sempoi dan big boss yg... sweet? tak, tak lah sweet mana si big boss tu. gentleman? tak, jauh panggang dr api rase nyer. sewel? lebih krg mcm tu lah.

cara olahan juga bagus, x skema. smooth jer pembacaan aku, x 'tersekat-sekat'...

jln penceritaan, mungkin cliche. tp sekrg2nya x lah meleret n menyakitkan kepala aku dgn konflik entah pape. novel ni kisahnya simple aje, tp mampu menarik minat aku utk sukakannya.

sebenarnya, dah 2 thn aku x beli novel terbitan fajar pakeer. bkn sbb boikot, tp memang takde jodoh dgn novel2 penerbitan tu. tup tup, thn ni aku ada semula jodoh dgn novel terbitan fajar pakeer dan PCUBB lah jodoh aku itu. kah3...

btw lah kan, si heroin dlm cite ni(lisa) selalu aje kene kutuk 'kaki pendek'. lisa apa lg, naik mrh lah klau org kutuk camtu. tp bkn lisa aje yg mrh, dgn aku2 sekali terjangkit rase mrh tu.

'org sini' terasa woi!

apa2 pun, tahniah kpd Cik Sakura krn berjaya menghasilkan karya yg mampu menarik minat pembaca spt aku ini.

akhir kata, Selamat Hari Raya! ;)
Profile Image for Miss Ja.
39 reviews1 follower
June 1, 2018
Ini kisah mengenai Lisa, seorang penulis novel cinta yang dilantik menjadi PA kepada big boss idaman Malaya, Zul Zafri. Lisa menjalankan satu misi penuh mustahil iaitu menjadi PA sulit, iaitu mencipta plot (life & love) untuk big bossnya. (next synopsis----> baca novel nie k! :D )


Overall suka dengan penulisan Cik Sakura.. Tak terlalu berat novelnya.. cool and santai.

By the way, Cik Sakura peminat Lee Min Ho ya? haha.. since both novel had his name. *notice it from previous novel - Suamiku Workaholic *

Tak sabar nak baca karya Cik Sakura yang seterusnya.

Profile Image for Safiya Mieza.
26 reviews2 followers
August 29, 2016
Baru lepas baca.Saya sangat suka dengan novel ni.Jarang ada novel yang macam ni,dahla mukasurat tebal,tapi cerita x meleret leret dan tiada watak antagonis yang ketara sangat.Jalan cerita yang easy going,kelakar dan tak membosankan.Walaupun cerita berkisarkan pasal modern cinderella,tapi jalan cerita yang realistik membuatkan pembaca percaya keajaiban boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Tahniah Cik Sakura,I really like your story.
Profile Image for Wsyadiah.
3 reviews
February 8, 2017
Cerita ni kalau ikut tajuk novel , aku rasa tak nak beli , kisah boss dn PA , memang out dr environment aku. Tp camne tah aku terrr baca kat Watpadd, tersangkut pulak sebab cerita ni serius daebakkk kelakar. Buku ni sesuai utk korang yg tgh nak reles tension kau, aku suka akau suka buku ni. Tp .. kau kena belilah buku ni utk tahu ending dia
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
August 15, 2016
3.5*

Boleh tahan, tapi belum mencapai piawaian tersangat best.
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
September 20, 2016
yehuuu!!! satu kisah yg santai.. heroin yg nakal, selamba, pandai bergurau.. sy suka.. konflik yg ringan. xrasa buku ni tebal dan memang xde rasa bosan dari akhir sampailah akhir.
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.