Sebagai pengenalan, Sultan Malim Dewa ialah ayahanda kepada Sultan Malim Deman yang saya baca terdahulu.
Membaca buku kedua ini, saya mulanya hanya menganggap satu bacaan sama tentang hikayat (fiksyen) yang bercerita perkara-perkara magis. Saya fikir tidak ada beza dengan buku pertama.
Nyata, prakata buku ini mempersona saya. Kenapa hikayat ini berulang-ulang gaya ceritanya. Ada sebab yang saya yakin sangat relevan. Indahnya susur galur penghikayatan ini. Cantik betul budayanya.
Ceritanya pula, hal anak raja yang sempurna sifat, tampan dan gagah. Mempunyai ilmu sakti, sampai memperoleh lima isteri! Hehehe! Ada babak tertentu, teringat pula saya cerita Madu Tiga lakonan P Ramlee.
Seronok membaca sastera klasik sebegini. Lebih seronok kalau dapat membaca dengan yang pakar dalam bidang ini. Dengan cara itu, bolehlah difahami dengan lebih lanjut.
Malim Dewa yang sedang dalam usaha mencari gadis yang bakal dijadikan permaisuri hati, meminta bantuan si burung bayan untuk mencari calon yang sesuai. Maharaja Pertukal pula yang berang peminangan baginda untuk Tuan Puteri Andam Dewi telah ditolak berhasrat untuk membuat onar di Kuala Air Batu.
Lain macam posmen zaman ni. Burung bayan ajaib diarah sebagai pengantara. Jauh pula tu. Nasiblah dia bayan ajaib. Kalau tak, rasanya macam tak sampai ke destinasi dituju. Tapi SH sebenarnya geram juga dengan si bayan ni. Cukuplah dengan seorang puteri yang dipilih dan diberi janji pernikahan dengan Malim Dewa. Ini tidak lepas seorang muncul lagi seorang. Semua diberi tanda dan janji yang sama.
SH suka apabila dikisahkan tentang kecantikan Puteri Gondan Gentasari yang tidak mengikut ukuran kecantikan yang sering kita dengar. Selalunya SH sering dengar cantik bersamaan putih. Tapi Tuan Puteri dikatakan mempunyai kulit hitam manis. Jadi terbukti cantik bukan pada warna kulit semata-mata. Dan putih atau cerah itu bukan ukuran untuk kecantikan. Dan SH rasa ini patut diterapkan dalam minda semua wanita. Sebab masih ramai yang kurang percaya diri hanya kerana kulit mereka mempunyai warna.
Yang Maharaja Pertukal pun perangai tak masuk akal. Kerana cinta ditolak macam-macam yang dilakukannya. Tapi perangai sebegini masih sering kita lihat di dunia kini yang serba moden ini. Masih ramai yang sanggup mengikut rasa hati dan berbuat jahat hanya kerana cinta tidak diterima.
Walaupun naskah ini adalah naskah yang dikatakan klasik dan sudah lama tetapi banyak masukan yang ada di dalam naskah ini yang boleh kita kaitkan dengan zaman kini. Malah banyak yang boleh dijadikan pengajaran di dalam naskah yang nipis ini.