Menghargai jejak kewartawanan 30 tahun, ikon baru kebebasan akhbar, membongkar salah guna kuasa dan tetap dekat dengan dunia kampus.
Buku Lorong Sunyi Media Bebas mengundang teman-teman penulis yang rapat dengan Ahmad Lutfi Othman, untuk menyumbang sudut pandangan masing-masing terhadap aktivisme beliau. Kompilasi artikelnya juga dimasukkan, sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran menyeluruh terhadap topik yang minat atau prioritiya. Catatan perjalanannya semasa mengetuai Harakah turut diselitkan sebagai bukti Ahmad Lutfi menulis daripada pengalaman langsungnya bersama denyut nadi masyarakat akar umbi.
Ahmad Lutfi selama ini seperti berada dalam dunia yang sunyi dan tersendiri, walaupun sebenarnya bingit dan menyeksakan, dihimpit pelbagai halangan dan sekatan. Mungkin ada yang menggelarkan Ahmad Lutfi sebagai ikon baru kebebasan akhbar, khususnya dalam konteks media alternatif yang tumbuh rancak selepas era reformasi 1998, namun yang lebih penting bagi kami, diharapkan buku Lorong Sunyi Media Bebas yang serba sederhana ini dapat membuka perbahasan lebih lanjut mengenai isu kebebasan bersuara di negara ini. Sekali lagi terima kasih buat semua.
Ahmad Lutfi Othman adalah Ketua Pengarang Harakah, sebuah akhbar dwi mingguan di Malaysia. Beliau memegang jawatan itu sejak 2006. Beliau juga merupakan seorang penulis buku politik. Banyak sekali buku politik yang ditulisnya sebelum 1998. Tetapi selepas itu tiada lagi kecuali kompilasi rencana 'Catatan Hujung'.
Beliau berasal dari Jitra, Kedah. Anak sulungnya bernama Ahmad Luqman Hakim. Anak keduanya, Nurul Syafiqah, 11 tahun, meninggal dunia pada 1 Ramadan 2005 tanpa petanda penyakit serius.
Ketika belajar di UTM (1985-1986), beliau dipecat kerana aktif dalam politik pelajar. Sepatutnya dia menghabiskan kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.Ketika itu Naib Cancelor UTM ialah Tan Sri Ainuddin Abd Wahid. UTM terletak di Jalan Gurney / Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pada 1985, lapan orang pelajar berpurdah telah dipecat. Ahmad Lutfi ketika itu menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM telah ditangkap pada 25 September 1989 .Ustaz Fadzil Mohd Noor telah disingkirkan. Pada 1985, mesyuarat antara Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dengan semua TNC universiti-universiti tempatan dan Dekan HEP Institut Teknologi MARA memutuskan untuk mengharamkam purdah di universiti. Rundingan dengan Abdullah berjaya meredakan isu itu . Namun Anwar yang dilantik sebagai Menteri Pelajaran tidak melaksanakannya.
Lutfi Othman yang dihantar Harakah sebagai pemberita meliputi demonstrasi itu telah ditahan di bawah ISA. Dia telah pergi ke Balai Polis Brickfield kerana menjamin seorang pelajar UM telah ditahan dan dihantar ke Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh.
Pada 1990-an, beliau menulis pelbagai artikel di majalah Dunia Islam. Dia mempunyai kolum sendiri iaitu 'Catatan Hujung'.
Ketika Reformasi 1998, di mengeluarkan dan menerbitkan majalah 'Tamadun' yang bukan miliknya. Ketika bahang reformasi, dia berhenti daripada penerbitan Tamadun dan melancarkan majalah dwibulanan Detik dan bulanan remaja Wasilah. Faktor kesibukan menyelengggara majalah ini menyebabkan dia tidak lagi menulis buku. Majalah Tamadun pernah dicetak sehingga 150,000 naskah.
Detik diterbitkan sebulan sekali sejak November 1998 dan dua bulan sekali pada 1999 dan sempat 17 kali terbit sahaja, sebelum kerajaan mengharamkan majalah ini. Detik pernah menyiarkan wawancara dengan Anwar Ibrahim yang diseludup dari penjara. Ketika itu Detik dicetak 100,000 naskah. Detik hanya sempat bertahan selama setahun sebelum diharamkan oleh KDN.
Selepas Detik diharamkan , Lutfi Othman beralih kepada edisi tabloid tidak berkala dengan pelbagai nama sehingga 50 judul. Antaranya ialah Haraki kepada Alternatif, Reformasi, Memo.
Ahmad Lutfi mengasaskan NGO media , Kumpulan Aktivis Media Independen atau singkatannya 'KAMI'. Beliau mengumpulkan pengamal media bagi mempromosikan kebebasan akhbar dan menyampaikan memo kepada Suhakam. Mereka berjaya bertemu dengan Naib Pengerusi Suhakam, Harun Hashim,Zainah Anwar, Hamdan Adnan dan Mehrun Siraj dan berdialog dengan 15 wakil KAMI di sebuah hotel bersebelahan PWTC.Mulai Februari 2006, menjadi Ketua Pengarang Harakah.Pada 2009, dia disahkan mengalami masalah jantung tersumbat dan memerlukan angioplasti dan pembedahan jantung segera dilakukan.Doktor pakar mengesahkan tiga saluran jantungnya tersumbat dan sudah 99 % tersumbat. Dia menjalani dua rawatan angioplasti pada Disember 2009. Pembedahan pintasan jantung kali ketiga memerlukan kos RM50,000. Pembedahan dijayakan oleh Dr Mohd Zamrin Dimon, Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman , pakar bius Dr Joanna, Dr Hairulfaizi Haron, Dr Ishamuddin Ismail dan dua perfusionist, Yusof Hambali dan Zulkifli Zain.