Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jodoh Sebumbung

Rate this book
Kematian ibu dan ayah angkatnya memaksa Amsyar memikul tanggungjawab yang berat. Dia terpaksa membesarkan Elisha, anak yatim piatu. Sepanjang membesarkan Elisha, Amsyar merahsiakan bahawa mereka berdua sebenarnya bukan adik-beradik kandung. Amsyar bimbang, Elisha tidak mahu tinggal bersamanya lagi. Kerana Amsyar begitu menyayangi Elisha dan tidak sanggup untuk berpisah dengan Elisha.

Umar, iaitu sahabat Amsyar sering menasihati Amsyar agar menghalalkan hubungan mereka dengan perkahwinan. Sukar untuk Amsyar menerima Elisha sebagai isteri kerana memikirkan dendam ayahnya, Syed Mansor terhadap Elisha dan arwah ibu dan ayah angkatnya. Atas arahan Syed Mansor, Amsyar mula bersikap kasar dan menjadi kaki pukul. Dia sering menyakiti tubuh Elisha. Amsyar diugut, jika dia tidak membuatkan hidup Elisha merana, maka Syed Mansor sendiri yang akan menamatkan nyawa Elisha. Namun, dalam diam, Amsyar menyimpan perasaan cinta terhadap Elisha.

Adakah Elisha akan menjadi mangsa korban angkara dendam lama? Dapatkah Amsyar memiliki sekeping hati milik Elisha? Masih adakah kebahagiaan untuk Elisha?

“Dah banyak kali aku pesan pada kau, kalau aku ada, kau kena pakai tudung, pakai baju besar! Faham?” – Amsyar

“Sampai akhirat sekalipun, kau dan dia bukan adik-beradik kandung. Haram kau tinggal berdua-duaan dengan dia dalam satu rumah.” ~ Umar

“Abang Am pukul Elis sebab Elis minta untuk keluar dari rumah ni. Ni bukan kali pertama Abang Am pukul Elis.” ~ Elisha.

672 pages, Paperback

First published January 1, 2016

7 people are currently reading
96 people want to read

About the author

Siti Nur Dhuha

12 books65 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (32%)
4 stars
8 (17%)
3 stars
10 (21%)
2 stars
3 (6%)
1 star
10 (21%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
August 18, 2016
Nafasku sesak sejak awal pembacaan lagi. Mana mungkin daku boleh terima dari awal hingga muka surat terakhir, tak henti-henti penulis mengusik emosiku dengan scene kekejaman (yang agak melampau bagiku). Bagai nak luruh jantungku.

Rasaku, tajuk novel ini sangat tidak sesuai. Don't judge a book by its title. Ingatkan berkisar tentang sweet-lovey dovey, tapi hancur musnah sangkaanku. Sepatutnya novel ini dilabel sebagai bergenre thriller(?) atau apa ye kalau kejam sebegini?
Not my cuppa teaaaaa huwarghh. Berat sungguh kepalaku.

Sekali lagi, aku tertipu dengan bintang-bintang bergemerlapan. Takziah. Lain kali, sila tunggu orang bagi rebiu dulu baru tak menyesal ye.

Bagiku, novel ini sangat berat. Sekian, terima kasih.
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
September 11, 2016
3.5*
Title tak menggambarkan ceritanya langsung..amat tidak sesuai. Lebih kepada novel thriller instead of romance eventhough in every thriller story terselit a bit of romance. I dont know whether author is trying to do a flashback scene or something, however, she made it turned out as if the scene is happening concurrently..kind of confusing.

(Watak Antagonist
Ending tentang penyesalan juga kurang memuaskan kerana rasa keinsafan dari org tertentu tidak dapat saya hayati. Cinta manusia durjana tu kepada isteri yg turut melakukan jenayah tidak dipastikan..anak mereka di mana..saya terlepas pandang kut.)

Yeah..me and my 'confuse' world, berpisah tiada. Tahniah kepada saya kerana masih bisa mengagahkan diri membaca hingga selesai setelah berbulan meninggalkan novel ini kerana kesibukkan..dont be disheartened author sebab buku ini tetap menarik minat saya akhirnya.
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
January 23, 2020
[5-2020]

#JodohSebumbung #SitiNurDhuha

Eh tak sangka ada lagi novel penulis dalam senarai pending. Berbanding novel Kata Tak Rindu, saya kira novel ini lebih menampakkan sisi realistik walaupun plot cerita masih menampakkan 'keluarbiasaan' itu. Masih juga ada babak yang melelahkan tapi saya kira novel Jodoh Sebumbung ini tampak agak tersusun sedikit.
242 reviews11 followers
September 24, 2017
sesiapa yg pernah baca karya siti nur dhuha tak akn terkejut dgn style penulisan dia. komedi romantik+action.kdg tak msk akal tapi itulah siti nur dhuha. hampir keseluruhan karya dia saya baca.
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
December 10, 2017
I really love the comedy part!... really really funny words.... sometimes i couldnt help myself from laughing by myself.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
May 13, 2019
syed amsyar dan Elisha...Dua beradik tanpa ikatan yang halal. Amsyar dibesarkan oleh ibubapa Elisha namun kematian mereka memaksa Amsyar menjaga Elisha yang masih Bayi..Dibunuh kerana dendam dan orang tersebut bukan orang lain tetapi ayahnya sendiri Syed Mansor.

Dendam Syed Mansor terhadap ibu Elisha memaksa Syed Amsyar menjaga Elisha dengan kejam...sepakan dan pukulan adalah makanan Elisha.Ini semua kerana ugutan Syed Mansor yang mahu membunuh Elisha sekiranya amysar tidak mendera Elisha.

Namun rasa cinta di hati Amsyar melebihi segalanya, saat dia mula berterus terang, Alif Badri pula muncul dalam hidpu Elisha.Perkahwinan yang dirancang oleh Syed Mansor melalui anak saudara isterinya sangat menyakitkan hati Amsyar..

Kebahagian sememangnya bukan milik ELisha ...perkahwinan yang disangkakan akan membahagiakannya akhirnya meragut nyawanya sendiri,,namun hayatnya masih panjang dia diselamatkan oleh Amsyar.

Saat Elisha di larikan ole Joe Fizul,dan hampir berkahwin dia diculik dan diserahkan kepada Amsyar.Bukan hanya diserahkan tapi dijadikan isteri .Abang yang selama ini mendera dia,abang yang dia benci menjadi suaminya sendiri..

Namun bezanya Amsyar yang ini bukan seperti abangnya yang dulu..mereka bahagia bersama sehinggalah Alif Badri dan Syed Mansor datang memusnahkan segalanya...Amsyar kehilangan Elisha...

Setelah bertahun...Elisha datang tapi untuk meragut nyawa amsyar..kenapa??korang kena baca novel ni...best
Profile Image for Booku Puspita.
49 reviews
May 14, 2025
Jangan tertipu dengan tajuk, ingatkan kisah cinta biasa antara maid dengan anak tuan rumah, rupanya cerita pasal adik-beradik angkat yang tinggal serumah. Tapi bukan cinta biasa ya… ni lebih kepada genre romantik thriller.

Elisha ni wataknya naif gila. Kadang tu sampai rasa dia macam tak betul sikit. Selamba badak minta nasi goreng cendawan (siap nak lebih!) dengan orang yang dia tak kenal. Tapi bila dah tahu Amsyar dok kurung dia & tak bagi keluar rumah sebab “alasan tertentu”, barulah faham kenapa perangai dia jadi macam tu. Karakter dia macam tersekat bila banyak terkurung & di dera.

Amsyar pulak… memang tahap obses & gila. Emosi tak stabil, immature, dan jenis abusive. Bayangkan dia pukul Elisha pakai batang baseball sampai jadi mandul. Itu baru satu hal, ada beberapa lagi yang buat kita tertanya betul ke Amsyar sayang adik dia ni.

Gaya penulisan awal-awal tu honestly bukan citarasa kita. Dialog ada yang cringe dan macam baca novel Wattpad yang masih belum polished. Lepas tu hujung-hujung cerita pun ada beberapa bab yang rasa macam tak perlu letak pun sebab buat cerita jadi padat dan cramp tak kena tempat.

Tapi yang buat kita nak terus baca, rasa nak tahu sangat apa balasan untuk semua watak jahat tu. Punya liat watak jahat nak mati macam cite sinetron dah😆

Watak antagonis dalam cerita ni bukan main-main. Siap ada yang main pedang panjang untuk bunuh orang. Memang brutal dan ngeri.
5 reviews
March 17, 2023
Kelakar! Tapi almost at the end dia nt so realistic gitu lah. I think she need to decide cerite ni nak di jadi kan scifi atau chickflik, But overall not bad.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.