Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kriminal : Catatan Seorang Wartawan Jenayah

Rate this book
Apa yang terkandung di dalam buku ini hanyalah 'sedikit' daripada perjalanan hidup aku sebagai seorang wartawan yang juga 'sedikit'. Tetapi yang 'sedikit' itu adakalanya boleh menjadi 'lebih'.

Hidup ini penuh rencah dan warna. hitam dan putih mendasarinya. Menjadi wartawan sebenarnya memberi peluang kepada aku untuk menyusuri dengan lebih dekat hitam dan putih dalam kehidupan. Setiap hari sebagai wartawan jenayah, ada sahaja berita sedih dan menghibakan yang terpaksa aku tulis, bagi orang baca.

Dan aku sebagai tukang tulis tidak punya pilihan. Melaporkan yang betul dan benar itu satu kewajipan. Buku ini merupakan antara 'koleksi' peristiwa-peristiwa yang terpaksa aku nukilkan sama ada ia berita sedih atau menjengkelkan.

Bacalah dengan mata dan hati terbuka kerana ketika menulisnya, mata dan hati aku tak pernah tertutup.

191 pages, Paperback

First published January 1, 2016

7 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Syahril A. Kadir

3 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (31%)
4 stars
12 (26%)
3 stars
18 (40%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 12, 2018
Dunia kewartawanan jenayah yang dipaparkan memang tak seindah disangka. Pelbagai cabaran yang tidak dijangka menanti wartawan di luar sana, dalam melaksanakan tugas mereka dan demi mendapatkan sebuah cerita. Dan, hakikat itu memang diakui ramai.

Maka, naskah ini cuba untuk merungkai sisi lain seorang wartawan, cabaran dan cerita disebalik tabir berdasarkan pengalaman penulis. Bukan setakat berkaitan memburu berita, malah sedikit sebanyak pengalam berdepan penjenanyah, banduan dan anggota pihak berkuasa yang terlibat turut dimuatkan.

Namun, sayangnya, tak seperti yang tertulis di depan buku - The Untold Storyy, kebanyakkan cerita yang dipaparkan seakan tidak dijelaskan, sekadar cebisan memori penulis yang diloretkan, berserta cerita yang menjadi tajuk hangat suatu ketika dulu. tidak dinafikan, ada juga yang mengujakan, namun tidak banyak. Saya mengharapkan lebih banyak pengalaman yang berbeza dipaparkan, berbanding komen/pandangan oeribadi penulis berkaitan sesuatu isu.

Memang diakui ini adalah catatan peribadi penulis, tapi sejadar perbandingan - buku Durian Untuk Ah Ba nukilan Puan Chong Sheau Ching lebih mengesankan. Bukanlah mengharapkan pengalaman yang begitu luar biasa, namun sekadar sedikit ulasan mengenai kes2 yang pernah terjadi dan diselitkan pandangan peribadi penulis dalam sesuatu isu, bukanlah sesuatu yang saya harapkan daripada naskhah ini.
Profile Image for SS.
527 reviews5 followers
June 5, 2020
Mengisahkan tentang dunia kewartawanan. Kalau ada yang kata, bidang ini senang. Mungkin, kalian boleh baca buku Kriminal ini. Terdapat 60 catatan dari penulis. Terokai pengalaman penulis dalam kerjayanya sebagai wartawan yang dari zero knowledge.

Kalau tahun 2020 ni, kita dapat recall semula kes-kes jenayah yang sensasi pernah terjadi di negara Malaysia. Ada kes yang familiar ada juga yang macam bila baca baru macam Oh ada rupanya ya kes macam ni. Kisah banduan dan banyak lagi yang boleh kita jadikan iktibar.

Okay untuk bacaan santai ketika PKPB ni. Okbai.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
February 2, 2022
Sejak dok layan channel youtube GARASI TV kelolaan Zainal Rashid Ahmad dan Syahril A. Kadir, memang jadi minat kat dua sosok ni. Berbeza bercakap dari pengalaman kerja masing-masing dengan bersembang kedai kopi. Yang dihamburkan semua adalah fakta, fakta dan fakta. Dalam buku ni kita perasan saudara Syahril A. Kadir banyak kali membela pihak polis dari tuduhan korupsi yang dewasa ini (sejak dari dulu lagi) memang jadi sebutan kita rakyat marhaen. Kadang-kadang aku terfikir juga, kita dok tuduh polis rasuah, ibarat menuduh semua polis itu rasuah. Sedangkan aku pasti ada yang tidak berbuat sedemikian. Apabila mulut kita dok meratib polis rasuah sahaja di mulut tanpa bukti, mahukah kita berjumpa semua polis di akhirat kelak akibat menuduh mereka?

Alasan SAK dok membela bidang kepolisan ni kerana beliau sebagai wartawan jenayah yang banyak berinteraksi dengan pihak polis dapat melihat sendiri susah payah jerih perih suka duka pihak polis dalam melaksanakan tugasan mereka walaupun sering dikutuk dan dihina masyarakat. Menyaksikan pengorbanan mereka sehingga ada yang terkorban mahupun cedera ketika menjalankan tugas. Tapi itulah, kerna nila setitik rosak susu sebelanga.

Minat nak tau kisah hidup wartawan jenayah yang mencabar, harus dapatkan buku ni.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
November 16, 2019
fuh! satu persatu kes dibentang oleh tuan Syahril A. Kadir. ada yang tahu, ada yang waktu kejadian akak pun masih di sekolah rendah.

betul. kadang-kadang bila tengok wartawan ni macam menyemak. tapi merekalah yang menyampaikan banyak informasi buat rakyat. tambah lagi dulu media memang hanya bergantung pada televisyen dan surat khabar.

antara yang menarik dalam buku ini kisah botak chin, kisah hukuman rotan dan hukuman mati, ada juga kisah adam, gelandangan yang berkongsi makanan dengan haiwan lain, kisah wartawan yang kena tumbuk, kisah penulis ke afrika dan banyak lagi. walaupun pendek-pendek kisah setiap satunya, semuanya sangat menarik!

setiap pekerjaan bila dilakukan sebaik boleh dengan niat yang baik, walaupun banyak dugaan hati akan senang bila semuanya berakhir sama ada seperti yang diharapkan atau tidak. satu yang pasti tuan penulis punya semangat yang luar biasa bila lakukan tugas.

kita?
Profile Image for Syaida Ilmuna.
4 reviews18 followers
June 5, 2016
Pelbagai kisah menarik yang boleh dijadikan pedoman dan informasi bagi yang tidak mengetahui, serta panduan buat wartawan amatur yang baru menjengah ke dunia kewartawanan ini.

Namun kisah terkadang terlalu ringkas dan membuatkan pembaca kurang puas dan mahukan lebih banyak details, inside story dan juga bahagian untold yang bagi saya masih tidak juga di'told'kan di dalam karya ini. Jikalau penulis menghuraikan beberapa detail kes/pengalaman dengan lebih terperinci dari hanya kopipasta dari status FB, mungkin buku ini akan menjadi lebih menarik. :)

Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
July 3, 2017
Menerusi buku ini saya cuba melihat kasut yang dipakai oleh seorang wartawan kerana tidak terdaya untuk saya memakai kasut tersebut.

Berita yang kita baca di akhbar mungkin mengambil masa tidak sampai lima minit untuk dihabiskan tetapi liputan yang dibuat oleh wartawan tersebut untuk menyajikan cerita tersebut kepada kita mungkin memakan masa berjam-jam dan di dalam keadaan yang bahaya.

Buku ini merupakan coretan seorang wartawan dari meja jenayah tentang cerita di balik tabir apa yang disajikan kepada kita. Di dalam buku ini, kita dipertontonkan dari sudut yang berbeza. Setiap watak di dalam drama jenayah tersebut ada cerita tersendiri sama ada dia mangsa, pemangsa atau pihak berkuasa.

Botak Chin penjenayah yang ganas dan kejam tetapi setiap kali mendengar lagu Negaraku ke udara, akan tangkas berdiri tegak tanda hormat. Sisi yang tidak kita ketahui selama ini.

Ada banduan-banduan yang menerima hukuman ke tali gantung yang bila menjalani hukuman terakhir, jenazahnya lebih sempurna dari mayat biasa malahan bertukar berseri-seri dan harum wangi.  Kemungkinan pengakhiran yang baik kerana sempat bertaubat dan pulang ke pangkal jalan.

Pengorbanan seorang superintendant polis yang menyamar sebagai  komunis selama lima tahun. Tidak selalu kita dengar pengorbanan seorang polis berbangsa Cina tetapi pegawai polis ini melalui penyamarannya selama lima tahun, berjaya menangkap hampir 50 orang komunis tanpa sedas pun tembakan. Adiwira yang tidak didendang!

Membaca buku ini juga mendatangkan keinsafan dan terasa terhutang budi kepada pasukan keselamatan kita.  Setiap malam kita lena tidur, tetapi mereka bersengkang mata menyabung nyawa untuk memelihara kedaulatan negara kita. Jika ada seorang dua yang mengambil rasuah menyalah guna kuasa, ada seribu orang lagi yang ikhlas berjuang.

Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan terhadap jihad mereka. Allahumma Amin.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
April 10, 2021
Kriminal Catatan Seorang Wartawan Jenayah

Buku ni mengisahkan liku-liku perjalanan penulis sebagai wartawan jenayah. Banyak kes yang beliau laporkan melibatkan sama ada kes besar mahupun kecil. Antaranya kes pembunuhan Noritta Samsuddin, serang hendap pengganas Sulu di Semporna, kisah amuk Prebet Adam, Geng Mamak, Botak Chin dll . TAPI penulis hanya cerita sedikit sahaja, dari segi pengalaman berada di tempat kejadian, ragam manusia, pandangannya terhadap kes tersebut dll.

Yang menariknya beliau kongsikan juga bagaimana hukuman sebat dijalankan, hukuman gantung, kisah banduan, pengampunan banduan daripada Sultan dan banyak lagi. Untuk mereka yg nak tahu DETAIL kes yg dilaporkan boleh tonton saja di Youtube, memang kurang puas bila baca sebab perasaan nak tahu lagi. Tapi buku ni berjaya menimbulkan curiosity tinggi untuk saya cari lebih mendalam tentang kes yg diperkatakan. Lagipon kes yang diceritakan memang terkenal dahulu sekitar tahun awal 2000.

Bacaan yang menarik, kurang 200 m/s (kalau lebih lagi mungkin lebih menarik) terbitan Buku Pojok, tak pasti masih ada atau tak, yang dibeli ini NOS, ada kekuningan dan cover pon tak berapa cantik, tapi isi best👍🏻
Nasihat sy jika anda baca buku ini, cari berita kes tersebut dari sumber lain okay? Baru puas hehe🤗
Profile Image for Masnawi HJ Miskam.
7 reviews
November 29, 2020
Sebagai seorang peminat/pengikut kisah jenayah dalam negara, tentu sekali buku ini saya baca habis dalam masa satu hari satu malam sahaja. Kebanyakkan kisah seperti Geng Mamak, pembunuhan Bakarudin Busu dan Noritta Shamsuddin memang ramai yang ikut melalui akhbar tetapi kisah dalam buku ini adalah dari perspektif wartawan yang kita tak tahu.

Cuma nak komen sikit dalam kes-kes tentang jenayah tu saya tertanya-tanya kenapa tiba-tiba terselit kisah Zaiton Sameon yang langsung tiada kaitan dengan jenayah?
Profile Image for Hasdhatul  Nor Aliah.
15 reviews
July 3, 2018
Kalau kau sangka bidang kewartawanan ni mudah, sebenarnya kau salah. Ianya satu bidang yang sangat mencabar. Perkongsian dari saudara Syahril A. Kadir sepanjang dia bertugas sebagai wartawan jenayah, bagi aku itu adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan dia kongsikan kepada pembaca-pembaca dia. Aku dapat lihat macam mana kesungguhan dia membongkar satu demi satu kes-kes jenayah berprofil tinggi sehinggalah kepada insiden amuk Prebet Adam dan pelbagai lagi.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,533 reviews1 follower
December 11, 2019
Buku yang mengisahkan mengenai pengalaman penulis sebagai wartawan.. Seronok baca sebab ianya adalah pengalaman penulis sendiri.. Dunia wartawan tidaklah seindah mana.. Banyak yang terpaksa mereka korbankan dan lakukan demi mencari berita..
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
August 14, 2016
Buku ni bagus.Dari pengalaman sendiri penulis.Aku memang suka baca buku pasal pengalaman hidup orang.Banyak cerita yang kita boleh dapat dan diambil pengajaran.Buku ni tak tebal pun.Ada 191 muka surat je.Bila baca buku ni,antara pengajaran yang paling berguna adalah kat negara kita ni sebenarnya ramai je wira yang tak didendang.Tapi nak buat macam mana,disebabkan segelintir anggota keselamatan yang tak bagus tu,habislah semua nama baik yang ada.Tu lumrah hidup..Biasalah..

Kepada semua anak muda diluar sana.Penulis ni ada petik kata-kata dari Pramoedya Ananta :

"Orang boleh pandai setinggi langit,tapi selama ia tidak menulis,ia akan hilang dalam masyrakat dan dari sejarah.Menulis adalah bekerja untuk keabadian"

Jadi..menulislah walaupun asalnya kau tak pernah tahu untuk menulis apa.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.