Semua orang boleh mengembara mengelilingi dunia jika ada keinginan dan usaha yang berterusan. Semua orang boleh menwan puncak pergunungan jika semangat juang yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh meneroka kawasan mundur dan terpencil jika ada keberanian dan ketabahan.
Travelog ini membawa anda kepada pengalaman empat anak muda yang menjelajah pergunungan Annapurna di Banjaran Himalaya, Nepal. Mereka berjaya menamatkan pendakian walaupun berhadapan dengan salji tebal, suhu yang sangat sejuk, cuaca yang tidak menentu serta ancaman runtuhan salji.
Bagi mereka, tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan perlu meneruskan langkah demi langkah hingga ke titik penamat selain menempuh liku-liku perjalanan dengan sabra dan tenang. Kekuatan fizikal yang dimiliki tidak membawa apa-apa makna dalam sesuatu pengembaraan jika ia tidak disokong oleh kekuatan mental.
Penerangan jelas mengenai laluan untuk ke ABC serta risiko yang dihadapi. Banyak gambar dan full colour. Penulisan dengan bahasa melayu yang sangat baik. Terasa ingin menjejak ABC dan EBC setelah membaca travelog ini.
Untuk bacaan ringan, buku ini sesuai sekali. Bukanlah sebuah buku teknikal yang diimpikan oleh pendaki-pendaki gunung.
Buku ini bercerita tentang log harian penulis dan 3 rakan lain cuba mendaki Annapura Base Camp. Cabarannya juga tidak terlalu ekstrem tapi perkongsiannya patut dipuji. Tak ramai yang mahu meluangkan masa menulis log diluar zon selesa tanpa tempat tidur empuk, tanpa cuaca suam memeluk, tanpa hidangan yang lazat ditambah dengan kepenatan fizikal disebabkan aktiviti pendakian.
Buku ini adalah pencapaian peribadi penulis, yang jika dirinya membaca semula berpuluh tahun nanti, dia akan tersenyum dan bangga memperlihatkannya kepada waris-warisnya. Buat menyuntik semangat sekalian leluhur supaya buat yang lebih baik dari apa yang dia pernah gapai.
Bacaan ringan untuk satu kisah pengembaraan yang berat. Ini buku kedua pengalaman orang mendaki ABC yang saya baca. Dua-duanya menarik. Menarik kerana saya juga punya impian mahu ke sana!
ABC nampak seperti "boleh buat", tapi yang menjadi kerisauan saya ialah trek yang melalui gaung atau tebing tinggi. Ada juga jambatan gantung. Aduh! Itu memang ketakutan utama saya.
Juga pembacaan saya dari kedua-dua buku ini, penulisnya berjalan seorang diri walaupun pergi berkumpulan. Saya kira ini sangat merbahaya, tambahan lagi suasananya jauh berbeza dengan di Malaysia. Bagi saya, biar lambat asalkan berteman. Entahlah, mungkin ada faktor lain yang menyebabkan mereka jalan berasingan.
Saya jadikan projek Kinabalu Ogos 2018 sebagai penanda aras. Kalau lepas dan tiada masalah, ABC mungkin akan melompat terus ke senarai atas "must go at least once" saya.
Perkara paling mengagumkan dalam travelog ini adlaah, penulis dan rakan-rakan tidak membuat latihan persiapan sepenuhnya (mendaki bukit/gunung yang lain), dan terus menakluk Anapura. Dalam cuaca bersalji dan panas terik, penulis dan rakan-rakan berjaya menakluk Anapura pada waktu yang mereka rancangkan.
Sebuah buku yang saya cadangkan kepada sesiapa yang teringin menakluk Anapura, selain mengenali Nepal dengan lebih dekat.