Buku ke 33 karya'nya' aku baca. Pada mulanya aku agak skeptik Aidi Aidil ini 'dia', tetapi seorang Dr. dari UKM mengesahkan bahawa Aidi Aidil ini ialah 'beliau' dalam kertas kerja, maka aku yakin Aidi Aidil ini 'dia'.
Mungkin 'dia' tidak tahan dah dengan cemuhan masyarakat dan patriaki. Mungkin beliau ingin menyelimuti karya beliau dengan nama pena yang lain. Di PBAKL2016 hari tu pun, penerbit buku ini tidak promo pun buku ni dalam fb & ig. Hanya yang mengenal 'dia' akan mengenal 'dia'.
Agak lucah kalau dipandang dari luar buku. Gambar sebotol lubricant dengan tajuk AIDS. buku ini menceritakan mengenai gay dan lesbian. Mengenai AIDS yang datang jika persetubuhan tidak dikawal. Mengenai penyakit-penyakit yang akan timbul dari AIDS. Mengenai hak-hak (rights) yang diminta oleh kaum homo.
Buku ini bagus untuk mengelakkan gejala tidak sihat gay & penyakit AIDS.
JC dan Norman sudah lama menyulam kasih terlarang. Namun, dek kerana kecurangan JC dan terlalu mengikut nafsu, maka dirinya dijangkiti AIDS. Secara tidak alngsung, penyakit itu mengganggu perhubungannya dengan Norman, kerjayanya, dan juga hubungan kekeluargaannya.
Ketepikan isu LGBT yang diangkat dalam naskhah ini, buku ini tetap bagus dari segi bahasa dan olahannya. Memberikan fakta yang tepat dan input pelbagai mengenai penyakit AIDS, tak salah untuk membaca dan mengambil iktibar.
Begitu juga dilema dan penerimaan orang sekeliling mengenai AIDS, salah tanggapan dan juga sentimental masyarakat. Tidak hanya terbatas mengenai penyakit itu, tetapi juga isu LGBT secara tidak langsung.
Ada pengajaran yang dapat dikutip, ada ilmu yang tersisip, ada hikmah terselit. Bacalah.
Awal bab ini, aku ingatkan ini karya terjemahan. Sebab sama. Ya. Dulu aku selalu baca buku terjemahan ya.
Plot okay. Conflict ada. Tapi tak kemas. Terasa macam ada yang tersekat di situ. Seolah-olah ada di edit teruk. Aku tak puas. Perlu dikembangkan, dilebar dan diuraikan lahi. Tetapi terasa macam tergantung.
Ada bab sedih ketika meninggalkan dan ditinggalkan. Aku hampir mahu menangis. Emosi nya sampai kepada aku.
“Senyuam terkuntum, senyuman lemah yang pernah membahagiakan semua orang itu dulu”
p/s: Ada rumor yang cakap ini karya FT. Betul ke? 🤔
Sebuah buku yang padat dengan pengetahuan tentang apa itu HIV/AIDS. Sebuah cerita yang menyayat hati. Jesse Steven pantas untuk dapatkan hukuman sebegitu kerana kecurangannya. Dunia ini kejam.
A.I.D.S Aidi Aidil (Faisal Musa) . Novel pertama oleh Faisal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani. Syiah atau tidak itu bukan topik perbualan aku. . Novel ni ditulis sekitar 1995 dengan tajuk Musim Dingin Terakhir. Bacalah dengan nama Tuhan, moga dalam membaca karya-karya seperti ini mengetuk pintu supaya tidak melihat tuhan sekadar dalam buku-buku agama. . "Bruce menggenggam tangan J.C yang terbatuk kecil dan dadanya pula sentiasa berombak menghirup nafas dengan bantuan pembekal oksigen. J.C membuka matanya dengan kepayahan. Dia berusaha membuka topeng oksigennya. Bruce membantu. J.C mencungap sebelum berkata. "Ayah dan ibu memanggil saya." Dia memasang semula topeng oksigen itu. Bruce mengesat air matanya. Kini hanya dia dan J.C setelah semua orang pulang. Dia melihat jam di tangan, pukul empat pagi. Dia bangun dan mengucup dahi J.C dan menggenggam erat tangan anak saudaranya itu. Bruce meletakkan kepalanya di atas tilam. Dia menahan air mata. Dia mendengar J.C menyedut nafas, kuat, kuat, kuat, sederhana kuat dan perlahan-lahan ia berakhir. Genggaman tangan J.C longgar dan Bruce menangis teresak-esak seperti bayi." . #Letsاقرأ #syawalbookreview
Bagi aku, isu yang diketengahkan dalam buku ni menarik, tentang homoseksualiti. Berlandaskan dari sudut pandang seorang atheis, aku tidak mampu menjiwai watak sepenuhnya. Cuma yang paling terkesan, babak akhir JC yang aku bayangkan sebiji macam drama bersiri 13 Reasons Why waktu Justin mati. Aku rasa aku kurang hayati kesedihan watak-watak sampingan setelah kehilangan JC mungkin kerana aku push baca novel ni dan juga kerana aku tak kenal setiap satu watak sampingan ni dengan lebih terperinci.
Laras bahasa novel ini indah, disulam kata puitis dan dipetik beberapa tokoh seni terkenal. Elemen-elemen sebegini menambah estetika karya.
Novel ini terlalu liberal untuk dibaca oleh orang innocent. Itu saja pesan aku.
pendapat saya untuk buku ni, ya, memang betul. semua orang ada hak masing-masing untuk hidup dengan cara yang mereka inginkan. untuk menegakkan hak mereka (golongan LGBT) di dunia ini seolah-olah menegakkan benang yang basah. mungkin ada beberapa hak yang mereka dapat tetapi untuk terus hidup dengan aman tanpa ditentang agak sukar. kita jugak boleh tahu akibatnya jika amalkan gaya hidup songsang ini. boleh membawa padah dan parah.
berbalik pada agama, dalam Al-quran sudah terang lagi bersuluh bahawa hubungan songsang ini adalah perkara yang terlarang malah dibenci oleh-Nya.
Membuka kaca mata tentang golongan homoseksual dan AIDS . Cara penceritaan yang santai tetapi kurang sentuhan emosi cuma di pengakhiran saja baru sedikit sebak. Satu lagi naskhah yang ringan dan mudah difahami. Medical term yang simple oleh kerana penulisnya doktor. Cuma yang kurang adalah konflik yang kurang dan klimaks penceritaan yang hampir tiada
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buat lah secantik mana ayat pun, jawapan nya tetap sama. Mana2 agama pun tidak menghalal kan hubungan sejenis. Bukan menghina tapi inilah realitinya. Semoga2 golongan2 ini diberikan kekuatan utk berubah.
Novel yang biasa je. Dekat pasaran agak mahal untuk MDT sebab cover lama dan susah nak dapatkan. Ramai yang mencari sebab nama penulisnya, Faisal Tehrani. Kalau nama penulisnya Asraf Shaari, agak-agak ada yang nak beli? 😹
Tak peliklah kalau J.C dan Norman dua-dua ada rupa, mostly memang macam tu. Memberi pengajaran supaya berhati-hati dalam membuat seks dan teruskan kehidupan walaupun ajal menanti. Hargai orang di sekeliling, hargai kehidupan dan nikmatilah.