Pengalaman wartawan yang bercerita tentang peristiwa di balik tabir memang selalu mengujakan.
Kemas sungguh penceritaan Charles Mohan, dan cermat pula susun atur cerita di dalamnya. Banyak white space yang membuatkan buku ini mudah dibaca, dan diimbangkan pula dengan mainan warna dan saiz font sedikit sebanyak melegakan mata.
Beberapa anekdot tentang beberapa tokoh politik membuatkan hati hiba dan terharu.
Buku terbitan PUTEH PRESS ini cuma berharga RM20 saja. Boleh dicari di toko-toko buku berhampiran anda, atau klik saja di kedai buku online, bagi menjawab soalan yang selalu bermain di otak kebanyakan kita, "Anda tahu segalanya? Anda yakin?"
Jika engkau berminat dalam dunia kewartawanan dan 'mass comm' mungkin ini buku wajib untuk dibaca. . Realiti di sebalik kotak televisyen. Suka duka, pahit manis, dunia kewartawanan.
Penceritaan yang santai tapi sampai. Buku ini menarik kerana penulis menulis pengalaman beliau dalam bidang kewartawanan. Terlalu menarik buku ini boleh baca habis dalam 1 hari.
Selalu kita tengok wartawan hanya menceritakan perihal orang lain. Dalam buku ini, kita boleh temui bagaimana wartawan bercerita tentang dirinya dalam usaha untuk melaporkan & menceritakan perihal orang lain...haa...selamat membaca !
Cerita dari sudut pandang seorang wartawan. Menarik untuk dibaca. Memang kenal Charles Mohan ni sewaktu NTV7 gah. Ada banyak benda menarik yang dikongsi. Seronok baca sebab ayat yg santai.
A very good journalist experience story...really had a good time reading it as it is about the issues in our country and also outside the country based on his experience. Im really into it