Mulanya membaca untuk sebab tertentu (bahasa), namun akhirnya lain yang dijumpa.
Selain penggunaan bahasa tinggi yang mengenyangkan, buku ini membicarakan hal-hal identiti (sejarah Melayu), bahasa dan sastera.
Pokok perbincangan beliau adalah pemikiran/ideologi mendasar yang ada dalam masyarakat -dan dari situ datangnya tajuk buku ini barangkali-
berentetan dari yang isu-isu yang disebut diatas.
Kritik atas pengajian Melayu pula, yang majoritinya mementingkan struktural atau aspek instrumental sahaja dengan mengkesampingkan wahana pemberdayaan
sosial masyarakat, diambil berat. Hal ini turut dikritik tambah dalam aspek wacana Islami yang serba-biasa (mediocore) namun bahayanya regresif.
Malah ditambah hujah mengenai aspek pensejarahan bahasa dan bangsa Melayu seperti nasionalisme, adat & adab, Melayu Baru yang terkadang pendokongnya
tenggelam dalam romantisme atau dari aspek lain, nyah-sejarah (ahistorical) dalam memacu ke zaman serba maju dan moden.
Dalam akhir bab, segala isu ini harus diambil bukan sebagai moral panic namun harus digalas sebagai moral responsibility.
Disebabkan saya baca buku ini dahulu dari bukunya yang satu lagi (Bahasa dan Tantangan Intelektualisme), saya mengusulkan hal yang sama bagi sesiapa
yang berminat untuk memnbaca keduanya. Hal ini tidaklah melainkan kerana hanya di akhir-akhir bab buku ini (Bab 10) dibincangkan aspek bahasa dari segi
perkembangannya; oleh itu ia sesuai disegandingkan dengan bukunya yang diterbitkan tahun 2014 itu.
Ini semestinya mempunyai kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri. Contohnya, rentetan idea beliau yang lebih awal tidak ditekuni terlebih dahulu misalnya.
Perkara ini akhirannya terpulang kepada pembaca.