Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bicara Iman Untuk Tenang

Rate this book
Setiap yang dilahirkan sebagai Islam, ada iman di dalam dirinya. Yang membezakannya, sama ada kita menggunakan dan mempraktikkan iman di dalam kehidupan seharian atau tidak. Iman perlu diraih. Ya, Allah membekalkan kita dengan iman tetapi jika kita tidak istiqamah untuk cuba meraihnya masuk ke dalam budaya diri kita, mana mungkin kita boleh bertenang. Iman perlu dilatih dengan niat, solat, doa, zikir dan tawakal yang berterusan.Buku Bicara Iman untuk Tenang ini sebagai santapan pemurnian iman anda. Melalui pembacaan kisah-kisah di dalamnya, insya-Allah akan menyentak diri kita peri pentingnya iman untuk bertenang.

296 pages, Paperback

First published April 1, 2016

12 people are currently reading
51 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (36%)
4 stars
23 (52%)
3 stars
5 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Author 3 books9 followers
March 16, 2017
Saya mengambil masa hampir dua bulan untuk menyudahkan pembacaan. Kerana buku ini adalah sebuah buku yang pada saya tidak perlu dibaca dengan laju. Nikmati sahaja peringatan demi peringatan dalam kandungan buku ini. Bukanlah kerana isi-isinya terlalu berat atau Ustaz Pahrol menggunakan bahasa melayu tinggi, tetapi kerana selepas membaca satu bab ke satu bab, memang perlu banyak untuk kita koreksi diri sendiri.

Penggunaan kertas paperback memang ada auranya tersendiri.

Seperti biasa, saya suka dengan gaya dan penyampaian penulisan Ustaz Pahrol yang sentiasa lembut tapi agak menusuk para pembaca. Dan selalu saja, ada 'sesuatu' disitu!
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
July 6, 2017
Saya memulakan bacaan buku ini dalam bulan Ramadan. MasyaAllah buku yang banyak memberikan pengajaran secara lembut dan berhemah. Saya merasakan bahawa buku ini benar-benar membantu saya mendekatkan diri dengan Tuhan dan menjadi seorang manusia yang lebih baik. Saya amat sarankan semua orang untuk membaca buku ini.
Profile Image for Edi Rozaidi.
134 reviews
April 20, 2024
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.

Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.

Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.

Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
April 14, 2024
Rating sebenar: 4.5/5.0⭐️


Catatan-catatan dan refleksi yang dimuatkan di dalam buku ini buat saya berfikir lebih mendalam. Topik yang tidak begitu berat dan mudah dihadam. Ada satu bab favourite saya dalam buku ni, tapi bukunya dah disimpan.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
February 18, 2024
Isi kandungannya mudah difahami. Straight forward. Cuma banyak typo mengganggu mood membaca.
40 reviews4 followers
June 11, 2017
sebagaimana lunaknya bahasa penulis di segmen Mukmin Professional, begitu jugalah lunaknya bahasa beliau dalam buku ini.

Penuh peringatan bahawa hidup ini bertuhan.
kembali kepada Tuhan solusi segalanya.
kembali kepada agama, dengan faham dan amal, kunci kepada kejayaan dunia akhirat.
March 30, 2020
Buku yang sarat dengan teguran dan nasihat yang lembut.

Seolah-olah memujuk pembaca untuk kekal tenang walau apa jua ribu yang melanda.

Penulis mengingatkan kita akan tugas hakiki kita di dunia, iaitu hamba dan juga khalifah.

Sesungguhnya kehidupan di dunia dan juga akhirat mempunyai hubungan antara satu sama lain. Islam sesekali tidak mengajar kita untuk meminggirkan kecemerlangan duniawi demi kecermelangan ukhrawi.

Malah, kecemerlangan duniawi merupakan bayangan kecemerlangan akhirat kerana hukama ada menegaskan “dunia adalah tanam-tanaman untuk akhirat”.

Tanaman umat Islam di dunia mestilah subur agar buahnya yang lebat boleh dipetik di akhirat.

Sebab itulah hati orang yang beriman dapat melihat dengan jelas dunia yang dekat dan akhirat yang jauh. Yang dekat(dunia) dimanfaatkan semaksimjm yang mungkin untuk keuntungan pada yang jauh(akhirat).

Islam kini seolah-olah anak yatim piatu yang kehilangan pembela. Islam dipandang mundur kerana kelemahan kita sendiri.

Mana mungkin barat dan jepun akan tertarik dengan Islam sekiranya umat Islam sendiri tidak mementingkan integriti dan kebersihan.

Oleh itu, Islam telah mengajar kita untuk berzikir dan berfikir. Berzikir mengingati Allah dan menjadi muslim yang baik dan berfikir untuk menjadi muslim yang bermanfaat kepada masyarakat.

Kerana muslim yang sentiasa zikir dan fikir itu adalah muslim yang hatinya ada Allah SWT. Muslim yang sentiasa zikir dan fikir akan bertemu dengan ketengan sepanjang kehidupannya walaupun hidup di dalam dunia yang oenuh cabaran dan dugaan.

Kerana dia mengetahui kesusahan yang dialaminya itu adalah panggilan cinta Allah untuk hambaNya.

Panggilan untuk sentiasa mengingatiNya.

Tetapkan lah berdoa dan mengingati Allah agar setiap langkah kita dipermudahkan.

Kata penulis “Tidak salah meminta hidup yang mudah, tetapi alangkah baiknya meminta hati yang tabah untuk menghadapi ujian itu”.

Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
June 25, 2016
'Tidak salah meminta hidup yang mudah, tapi alangkah baiknya meminta hati yang tambah untuk menghadapi Ujian itu.'

InsyaAllah
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.