Limited Edition supposedly to be better than any of her novels but sadly to say, it’s otherwise. Jalan cerita yang simple tetapi agak slow, tidak ada babak romantis atau kesedihan yang boleh menyentuh perasaan atau menusuk ke kalbu. Kurang jiwa.
Pada awalnya, saya sangat teruja tetapi beransur merundum bacaan saya. Saya ambil masa juga nak habiskan novel yang tak lah tebal mana pun. Garapan dan olahan kalau dimantapkan lagi, cerita ini pasti akan lebih menarik.
Kisah Shahrir yang bernikah mutaah dengan Mia Aira di UK kerana Mia khuatirkan kos penginapan yang tinggi. Sehabis belajar, mereka pulang ke Malaysia membawa haluan masing-masing.
Mil Affandy pula yang sudah ada Milia, kekasih hatinya tidak mahu berkahwin dengan Mia. Tetapi Mil hanya setuju untuk bertunang dengan Mia sebab bapa Mil, Datuk Izi letakkan harta sebagai cagaran.
Shahrir yang masih menyintai Mia mahu Mia kembali kepadanya kerana mereka mempunyai Adam, anak yang Mia sangka sudah mati di UK lima tahun dahulu.
Walaupun tidak banyak watak dalam cerita ini, keseluruhannya tetap hambar. Babak pertemuan di antara Shahrir, Mil Affandy dan keluarga Mia Aira berakhir secara mendadak. Siapa dapat hak penjagaan Adam? Semuanya tergantung sepi.
Alangkah bagusnya jika dapat dipanjangkan cerita di sini sebelum epilog di mana Mia melahirkan seorang anak perempuan di hospital.