Born in a musical family background, Maria fell in love with art at the first sight. And as she taught herself to read, she fell for the beauty of language.
Never set limit to her creativity, Maria used to play dollhouse to pour out her 'right-brain' contents. And as she grew up, she chose a different outlet -- writing.
Starting with Uqasha back in 2015, Maria's first baby is now published under Lejen Press (Uqasha: Nafsu and Uqasha 2: Rahsia) and now brought international by Fixi London.
Tahniah buat cik penulis untuk kehadiran naskah ini dan telah mendapat jutaan view di Wattpad. Ianya satu perkara yang sangat sukar dan kira boleh dibanggakan untuk penulis-penulis yang ada kat Malaysia untuk tulisan mereka akan mendapat sambutan yang sangat luar biasa seperti itu.
Tapi sepanjang pembacaan dengan naskah ini, aku selalu terfikir dan tertanya-tanya, apa bezanya naskah ini dengan naskah arus perdana yang lain? Malahan buku arus perdana yang kekadang cuba dikecam oleh segelintir pihak, rasanya lebih baik dari buku ini. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang cuba ingin disampaikan dan bukan hanya cerita semata-mata.
Premisnya sama sahaja. Cinta-gaduh-baik semula-kemudian ada sesuatu yang mengganggu rumahtangga mereka dan bezanya kita kena baca buku kedua baru tahu apa yang terjadi.. Owhh, sudah biasa dan kerap kisah sebegitu kita temui sebenarnya.
Jadi pengajarannya, buat diri sendiri atau pembaca lain, bacalah semua bahan bacaan. Jangan bias!
Ternyata bahasa Maria sangat baik dan lancar yang membuatkan cerita ini senang untuk dihadam. Buat masa ni, tiada konflik yang pusing sana sini dan memeningkan. Sebab bersambung ke buku kedua. Cuma aku setuju dengan beberapa pembaca yang mengatakan, ada beberapa plot cerita yang tidak perlu pun ada di dalam naskah ini. Mungkin penulis sengaja mahu hasilkan cerita yang lebih lama supaya pembaca akan tertanya-tanya dan terus membelek helaian buku. Tapi yakinlah, kekadang ianya agak menjengkelkan (mungkin dengan aku saja).
Seperti yang aku katakan di atas, mungkin kisah ini sengaja dipanjangkan dan versi watpad terpaksa dibahagi kepada dua bahagian apabila jadi buku, maka buku pertama ini, seperti semuanya terasa kurang umpphhh. Mungkin buku kedua akan lebih mengancam sebab klimaks dan peleraian akan ditemui di situ dan jalan cerita akan lebih jelas. Mungkin?
Watak Adam memang sangat cool! Dahlah handsome, cool, romantik pula. Nampak tak perwatakannya memang tiada beza dengan buku cinta yang lain dan drama senja? Hahaha...
Apa-apa pun anda cubalah baca sendiri. Dan kepada peminat Uqasha, jangan nak sentap pulak sampai viralkan review ni. Sebab bak kata orang, lain padang, lain rumput dan belalangnya. Eh betulkah perumpamaan tu? Kalau salah maafkan saya. Lain orang lain citarasanya.
Very popular di wattpad doesnt mean the story is good..sebabnya...readers kebanyakannya tergolong dari warga muda yg mungkin lebih gemar tema begini..in fact saya adalah antara penunggu setia for every chapter..tapi jarang sekali saya vote..sungguh tak menghargai olahan penulis, bukan? Tidak sekali..mungkin tak kena dgn jiwa saya..lelah dgn watak Uqasha..Adam yg sweet tapi ada berahsia juga..tapi bila dah baca, teruskan saja. Saya tak suka unfinished business.
Yg buat saya sebal..cerita dia end just like that..rupanya ada sequel to those questions that was left unanswered. Hailah..with sequel pun..dengar2 there is gonna be a trilogy..like..seriously..hmmm..
Berminat untuk membaca UQASHA: Nafsu setelah melihat post bahawa buku ini dibanned di PBAKL. Tbh, setelah membaca keseluruhan novel ini, tak ada se'lucah' yang diuar-uarkan. Maybe dorang hanya membaca satu page yang mengandungi sex scene dan membuat kesimpulan yang ini novel lucah. Seriously, I've read worse.
''Uqasha, seorang gadis sosial dipertemukan dengan seorang 'gayboy alim' yang bernama Adam.'' Okay, funny story, reading the backcover, I actually thought Adam was really GAY , rupanya cuma ejekan saja. Hahha. Although that will be interesting plot line kan? And Adam is SIAM + CHINESE + GERMAN, so MARIO MAURER ?
Back to review, first, novel ini ada elemen yang sama seperti novel cinta melayu yang lain (kahwin tanpa rela), but jalan cerita sangat jauh dari cliche. Konflik Uqasha dan Adam adalah sangat intriguing dan tak meleret. Although some of the dialog adalah redundant, especially part ground rules tu. And of course, the sex scenes which is surprisingly not that explicit. And you must (wajib) buy UQASHA2: RAHSIA, because in this novel, there's only minimum resolutions , and many complications remains unsolved. I guess it's in the sequel, yeah?
Overall, novel ni sangat best, and just like other indie books, it's a whole new reading experience. Who knows there's ''novel cinta melayu'' that has fresh storyline away from recycled plot lines seperti novel mainstream zaman sekarang. Kudos, and I'll be rooting for more Maria Isabella works!
Tahniah kerana telah menjadi salah satu buku yang diintai ramai kerana krisis pengharamannya diterbitkan. Buku ini sejujurnya pada saya hanyalah buku cinta yang biasa-biasa. Tetapi pengakhirannya ya mirip filem 'The Vow'. The ending could be the new beginning of a new novel. Siapa tahu kan?
Pada asalnya teruja ingin membaca, dengan pelbagai kontroversi mengenai buku ini. Saya rasa bacaan ini kurang sesuai untuk remaja bawah umur. Please be reminded!
Sebelum apa-apa, mohon maaf sekiranya review ini kurang disenangi. I m just being honest. Berikut adalah review saya secara umum berdasarkan pembacaan saya :- 1. Permainan emosi tidah berapa kuat dan tidak tetap. 2. Gambaran rebel hambar. 3. Banyak watak yang tidak perlu. Contohnya Erin, John. 4. Kurang fokus kepada watak-watak penting. Mana pergi Ed? Malique? 5. Kurang masuk dek akal pesakit yang suspek mengidap demam denggi boleh berjalan seperti orang sihat. 6. Plot-plot cerita yang agak bersepah dan terhenti hambar. Sebagai contoh, pertandingan memasak. Apa tujuannya? 7. Babak intim yang kurang padu dan tidak kemas. Fantasi yang kurang menyenangkan. 8. Hambar pada babak akhir mengenai bapa Uqasha. 9. Saya gemar cara penulis membentuk Adam menjinakkan Uqasha dengan kasih sayang. Babak seperti ini, memang saya puji 100% sweet macam drama senja jam 7petang. Watak seorang Adam yang serba-serbi perfect dan hebat. 10. Ending menarik, style drama senja TV3 11. Kulit buku cantik.
Sorry... Tak berjaya menawan hati saya. Reason saya baca adalah kerana dah beli, dan buku ni hot on stove.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kurangnya 1 bintang kerana saya geram dengan watak Uqasha. HAHAH dia macam bagus pulak buat Adam macam tu. Haih . mujur lah Adam rajin layan kerenah ko. Tapi sejujurnya semasa 2016 ogos saya join wattpad dan ini adalah cerita pertama yang saya baca. Jujur saya katakan yang cerita ni memang berhantu juga. Watak Adam yang hidup dan membuatkan saya angau. Saya masih ingat, sampai saya msg kawan saya sebab nak kahwin dengan orang bernama Adam. Tapi serius bagi saya penulis pada garapkan watak Adam. Which he is veryyyyy urghhhh! Selalu buat saya tersenyum dan mahukan wujud lelaki sebegitu.
Dari segi konflik ( bagi saya bagus je ) sebab dia bukan konflik yang annoying kecuali watak si Uqasha tu yang suka main tarik tali. Mujur Adam tu mmg suka dia. So boleh layan kerenah dia. Dia yg bagi syarat tapi dia juga yang emmm..
Dan untuk penulis : Ni yang saya dah lama nak sampaikan, saya memang fans awak. HAHA sebab pencetus kepada saya untuk jadi penulis juga adalah kerana buku Uqasha. Selepas saya baca buku Uqasha saya terus berkobar-kobar untuk menulis sebab jalan cerita susunan ayat yang mantap dan tak boring menyebabkan saya baca satu persatu perkataan. Sejujurnya setiap cerita penulis, saya akan perhatikan gaya penulisan sebab sangat mantap. Tak berterabur dan cerita baru beliau Rafaella saya follow rapat okey! heheh
To be honest with you, I don't really like the title of the book. The writer is just using the title for a clickbait. I understand that she's from Wattpad so I'm just gonna ignore it because the only way you can get readership on Wattpad is by writing controversial story.
The reason why I read this story is because I didn't have anything else to read and I'm wondering why this book is such a phenomenon.
First, the title itself. Good for the writer. Second, the storyline which doesn't make sense sometimes. Third, the romance between Uqasha and Adam. And the conflict they're going through together as a couple.
The only reason why I'm not giving this story a five star is because they were a lot of grammatical errors in the beginning, you end the book just like that (of course to show that a sequel is coming) without solving major issues like telling Janna the truth, confronting the bad guy who was looking for Uqasha and what's with Uqasha's dad having an affair again?
So in a nutshell, yes, this story has its own ways of entertaining people. But the plot is just too weak towards the end. And the character development only focus on the two major characters.
Siapa yang ada jual novel ni ? Novel ni sudah nak cari & tak famous sbb diharamkan ;) so if siapa2 nak jual tak kesah la secondhand ke yg pentng fullpage. Email : mmhisk@gmail.com Instagram : issm4c
Novel ni kontroversi & jd viral kat wattpad. Aq pun macam excited nk baca & tertanya-tanya apa yg menarik. Tapi... Rupa2nya, dia macam +- drama tv3 pukul 7 ptg la.
Namun begitu, ada jugak la beberapa aspek positif dlm novel ni. Apa yg aq suka:
1. Idea penulis cetuskan konflik dalam cerita ni bagi aq kreatif la. Contohnya konflik dengan sepupu, kawan2, parents, dll. 2. Gaya Bahasa Dan penulisan penulis, yg nampak la penulis ni banyak membaca. +Mampu tulis sampai setebal ini. 3. Plot dia ok la. Dia bagi persoalan yg buat pmbaca tertanya2 & excited nk tahu, & just teruskan bacaan je nanti, dia hurai la kenapa itu, kenapa ini. 4 Phase cerita dia bole la. Laju jugak.
Apa yg kureng:
1. Watak Adam terlalu sempurna. Kurang logik. 2. Watak Adam yg gay tu, kalau Adam betul2 gay mesti lagi menarik konflik citer ni. 2. Part romen dia macam tak sampai. Tergantung. Macam dh banyak potong. Tau2 dah settle romen. Aik. 3. Watak Uqasha awal2 tu nampak rebel & ada strong prinsip. Tp last2 tu dia macam dah...dh tak konsisten... 4. Pada phase 1/3 cerita, adrenaline macam laju, tp bila dah start masuk phase 2/3 cerita, dh macam biasa2 je.
Secara puratanya, novel ini kurang lebih macam drama tv3 pukul 7 ptg.
Apa2 pun, aq tetap support penulis ni utk terus berkarya. Sbb aq pun tak mampu tulis setebal buku ni & idea2 karya tak sekreatif ini. Slmt maju jaya.
This entire review has been hidden because of spoilers.