Masyarakat kita kini sedang ribut lagi kelam-kabut. Biarpun mewah harta-benda, kita seolah-olah masih terumbang-ambing dalam persoalan lain yang membentuk nuansa kemanusiaan--seperti bahasa, seni, sejarah, makna menjadi manusia, makna kemerdekaan negara, dan lain-lain.
Penulisan ini merupakan satu upaya merenung tabiat serta akar kepada masalah-masalah tersebut, yang hari ini kelihatannya semakin pongah merenggut setiap sisi kemanusiaan yang kita nikmati. Kita menjadi manusia kerana fakulti tertentu yang dianugerahkan Tuhan kepada kita, dan makna kepada kejadian itu sesungguhnya menuntut kepada penaakulan mendalam daripada setiap insan yang punya kesedaran akal jua batin.
Seperti yang terangkum dalam salah satu bait daripada pantun warisan, "alam terkembang dijadikan guru", kita sebenarnya mampu belajar banyak perkara daripada reliti masyarakat hari ini. Dari situ, melalui pemerhatian seteliti mungkin, kita akan mampu untuk bergerak lebih dekat menuju daerah penyelesaian, supaya dapat kita ubati masyarakat ini daripada sakit yang dideritainya.
Buku ini adalah undangan penulis kepada para pembaca untuk memikirkan semula hakikat kewujudan dirinya dan masyarakatnya, serta segala yang mengisi lohong-lohong di celah keterikatan antara keduanya.
Mohamad Basil Hazman Baharom is a graduate in Economics and Social Studies from the Universit of Manchester, UK. He is also one of the co-founders of Universiti Terbuka Anak Muda (Open University for the Youths), a Malaysian intellectual movement that organizes street discussions, seminars and open weekly classes on economics and philosophy.
Aku tertarik dengan perkataan-perkataan yang dipilih untuk menulis buku ni. Sangat sesuai dan kena pada tempatnya. Dan perkataan itu membuatkan tulisan buku ini semakin cantik.
Ada beberapa bab yang menarik.
Bab 8 - MENINJAU SEMULA HUBUNGAN KUASA DAN INSTITUSI AGAMA Hazman menulis dengan tuntas mengenai autoriti agama yang memegang kebenaran sehinggal amalan liberalisme terancam dan ini sangat tidak bagus untuk tumbesaran Malaysia.
Bab 9 - PILIHAN RAYA UMUM, MASYARAKAT SIVIL DAN PERANANNYA DI MALAYSIA. Penulis mengetengahkan peranan civil society ketika pilihanraya bermula. Dan mengelakkan politik partisan. Hazman juga menulis mengenai kebebasan akademik dan tugas kaum intelektual.
Bab 12 - PENGAMATAN RINGKAS SEPUTAR LANGKAH PENGHARAMAN BUKU Bab ini ditulis dengan kemas untuk melawan hujah daripada JAKIM atau badan autoriti yang mengharamkan buku.
Bab 14 - KESUSASTERAAN SEBAGAI WAHANA PENCERAHAN. Asasnya semua bab yang diperbincangkan ini aku sudah tahu serba sedikit, tetapi apa yang menarik pada bab 14 ini ialah penulis membuktikan pesoalan dan mengulas mengenai sastera melayu khususnya pantun dan peribahasa. Aku sangat tertarik dengan kupasannya.
Penulisan yang sangat teliti dan bernas, dan saya fikir wajar untuk dibaca generasi muda hari ini khususnya. Tertarik dengan pembawaan hujah pengarang sendiri tentang bagaimana beliau mengetengahkan permasalahan yang menjadi tabiat masyarakat. Dan permasalahan yang dikemukakan cuba dirungkai melalui beberapa sisi pandang yang berlapis lapis dan tidak simplistik seperti kebanyakan pengarang muda yang lain. Sarat dengan kritikan berasas yang membawa pembaca untuk menilai semula pendirian yang selama ini dipegang.
Sebagai seorang yang sudah biasa dengan pemikiran Hazman, kandungan buku ini tidaklah mengejutkan. Tambahan pula sebahagian topik yang dimuatkan dalam buku ini sudah pernah dibaca di laman sesawang.
4 bintang bagi buku ini adalah kerana bacaan rujukan yang disediakan penulis di bahagian nota kaki. Secara peribadi, saya sangat menghargainya kerana secara tak langsung ini akan menambah koleksi bacaan saya nanti.
Ini buku kemasyarakatan pertama yang saya baca. Kagum dengan pandangan penulis yang kritis dalam penulisannya kerana penulis memandang setiap isu dalam negara kita dari sudut ilmu kemanusiaan.
Penulis memulakan penulisan buku ini dengan wacana 'pergelutan menjadi orang', yang saya kira satu daya penarik dalam buku ini dan memberi first impression yang sangat baik kepada pembaca. Kerana masyarakat terbentuk daripada individu, lalu apa yang menjadikan seseorang individu layak bergelar 'orang'? Anda boleh cari jawapannya dalam buku ini.
Sememangnya, masyarakat kita mengecam perbuatan Raja Bomoh di KLIA dulu(pasca kehilangan MH370) yang serba khurafat, tetapi penulis menilai dari kaca mata yang berbeza. Kenapa masyarakat kita berpandangan begitu? Atau lebih tepatnya, kenapa masyarakat kita pada hari ini meletakkan kaedah saintifik sebagai indikator kebenaran? Ternyata penulis sangat kritis dalam penilaian beliau.
Sebenarnya, kalau boleh saya nak ulas setiap bab dalam buku ini tapi, saya memilih bab MH370 & masyarakat moden kerana pandangan penulis dalam bab ini lebih menepati tema kemasyarakatan dalam buku ini. Persoalan lain yang dikupas ialah isu politik, pendidikan, dan agama.
Esei-esei di dalam Renungan Kemasyarakatan sungguh mencerminkan pandangan penulis terhadap isu-isu masyarakat Malaysia seputar isu agama, politik, budaya, adat, bangsa, pendidikan mahupun pemikiran. Penulis bagi saya berjaya mengulas isu-isu kemasyarakatan secara holistik dengan pandangan yang tajam dan kemas. Laras bahasa yang digunapakai sangat memuaskan, terma-terma akademik yang tidaklah terlalu jargon, bisa dibaca oleh golongan marhaen mahupun golongan intelektual. Cukup sarat dengan kritikan terhadap hampir semua peringkat masyarakat daripada ahli politik, institusi sehinggalah masyarakat terbanyak dan juga menyentuh individu.
5 bintang untuk penulisan yang baik, penggunaan bahasa yang cemerlang, pemikiran yang kritis, pandangan yang jujur dan idea yang original. Hazman tidak berbasa basi di dalam kritikannya, tidak juga mengeji mengutuk apa-apa yang tidak disetujuinya. Beliau sensitif sekali dengan isu-isu dipersekitarannya, sehingga isu yang biasa kelihatan remeh dan selalu dikilas pandang sahaja pun beliau berjaya mengulas panjang mendorong pembaca untuk menilai kembali secara serius. Beliau memilih untuk tidak berpihak, kiri-kanan atas-bawah dikritiknya. Bukan kritikan kosong, diberinya contoh-contoh terdahulu, pandangan-pandangan para filsuf dan cendekiawan, juga cadangan-cadangan untuk pembaikan. Saya sangat berharap hidangan seperti ini akan terus dilahirkan. Bukan sahaja lazat dan kenyang, terapi juga berkhasiat.
4 bintang bukanlah kerana isi. Ia hanyalah kerana buku ini mengumpulkan makalah-makalah yang berselirat yang pernah penulis tulis di laman sesawangnya, atau di media awam. Disebabkan itu, sebahagian besarnya telahpun dibaca. Selain itu, kerana format buku ini, yang berbentuk esei/makalah yang membincangkan banyak topik yang berlainan, berbeza dengan buku yang membincangkan satu topik besar.
Bagaimanapun, sangat menghargai kerana dapat membiasakan para pembaca dengan penghujahan yang bersifat akademik disamping membumi (disebabkan latar & minat penulis sendiri), tanpa mengabaikan penggunaan Bahasa Melayu tinggi yang sangat mengasyikkan.
Sebuah buku yang bagus untuk dibaca. Buku yang boleh merangsang minda jika dibaca secara kritis. Sama ada kita setuju atau tidak dengan wacananya, itu terpulang kepada keyakinan dan pendirian masing-masing. Namun,suatu kelemahan yang sangat ketara dalam buku ini ialah penulisnya sepertinya ‘membela’ orang yang berbangsa selain Melayu apabila menyentuh tentang beberapa isu. Satu contoh yang jelas, apabila penulis berwacana tentang ‘ekstermis bangsa’, secara tekal penulis hanya mengambil contoh badan bukan kerajaan PERKASA. Kenapa penulis tidak mengambil Dong Zong atau HINDRAF dan meletakkannya sebaris dengan PERKASA apabila membincangkan tentang tuntutan berasaskan kaum? Hanya penulis sahaja yang tahu sebab dan tujuan dia berbuat demikian.
Oh, dan satu lagi: sandaran-sandaran perbincangannya banyak dibuat kepada karya-karya yang diambil daripada Barat. Jadi, apabila cuba diterapkan dalam kerangka perbincangan setempat, kesannya agak bercapah.
Hanya tiga bintang untuk wacana dalam buku ini kerana keobjektifan perbincangannya yang jongkang-jongket.
This entire review has been hidden because of spoilers.