Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!
Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!
“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”
Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
1. Cover - Yuni ada perasaan love/hate the cover. Suka sebab simple. Tak suka juga sebab simple. Simple pertama kerana tidak menyerabutkan minda. Simple kedua kerana sekali tengok sudah boleh agak ceritanya yang...it's trend in Malaysia.
2. Tajuk - Yuni rasa macam dah pernah cakap benda ini tapi tak ingat di mana dan bila. Trend 2016 adalah tajuknya letak nama jawatan. Kita tengok dari sudut positifnya. Pembaca ramai terdiri daripada orang muda yang masih tercari2 nak kerja apa yek? So nama jawatan ini setidaknya boleh membantu mereka2 ini membuat plan untuk future. Kill two birds with one stone lah kononnya. Negatifnya...please, tahap kesabaran yuni sudah makin nipis ni.
3. Timeline - peristiwa tunang tak jadi adalah dua tahun lepas. Berkahwin dalam 6 bulan. Berpisah dalam 4 tahun. Balik ke Malaysia tanpa pengetahuan suami sudah tiga bulan. Berbaik semula dan tengah mengandung 3 bulan. Tup tup chapter akhir...tujuh tahun yang lalu. Yes, yuni kira memang tepat tujuh tahun. Tapi itu semua tolak tepi masa in between. Nampak memang benda kecil tapi better tak payah tulis timeline tu.
4. Grammar - Yuni bukan Grammar Nazi. Heck...yuni punya grammar pun masih berterabur. Tetapi janganlah benda yang basic pun boleh salah. What the point you have your editor, miss author? "i'm" should be "I'm"! No matter where is it. Depan belakang hujung awal. Tetap kena huruf besar. Kalau sekali tu boleh diabaikan tetapi kalau dah lebih tiga kali...itu apa? It's very basic! Kalau hukum He/She/It/You/We/They/I pun boleh salah, guna ajelah BM. Bukannya kena satu kemestian untuk bercakap omputeh dalam novel bahasa melayu. Kalau mahir, it's up to you. I can learn something from it. Tapi kalau dah salah, tak ke merosakkan mood pembaca? Dari nak senang2 baca, tak pasal2 yuni jadi guru grammar part time.
5. Kahwin - Ianya amat menyedihkan bila wanita melayu Islam sendiri menulis sepertinya perkahwinan kedua itu adalah satu joke atau satu cara untuk menyakitkan/menyedarkan/mengajar isteri pertama. Sudahlah kaum lelaki memang suka part kahwin lebih dari satu. Tetapi kenapa wanita sendiri buatkan watak lelaki dalam novel ini ambil jalan mudah - kahwin lagi satu. Tak kiralah kahwin itu jadi ke tak. Tetapi murahnya harga sebuah perkahwinan sekarang ini yek? Kenapa yuni cakap wanita dan bukan lelaki? Sebab di sebalik watak Ejaz adalah penulis wanita.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
I don't like it as much as I wanted to. Pada N, terlalu banyak sangat benda yang berlaku. Every Malay novel cliche dirojakkan dalam novel ini.
Tak dinafikan penulis pandai mencorak cerita. Tapi selepas membaca beratus novel tentang arranged marriage, I want something different.
Minus mertua yang kejam, semuanya ada dalam cerita ini. The evil and annoying exes, kematian one of the parent, salah satu watak utama jatuh sakit and the other akan datang menyuap, one got into an accident pastu menjadi temporary cacat, dituduh curang, secretly mengandung pastu lari ke luar negara then come back years later with the child in tow.
It's almost formulaic and predictable.
But, I have to say, Dila Dyna is a pretty good writer. Yang itu tak dapat disangkal. N tak rasa pening or keliru bila baca novel ni. What is lacking, however, is originality.
Seperti biasa karya dila dyna tidak pernah mengecewakan saya. Bagi peminat novel yang sukakan jalan cerita yang tidak menambahkan stress dan mudah hadam ini adalah pilihan terbaik.
29 Sep 2016 Bacaan kali kedua sebab minggu depan adaptasi novel ni. Bacaan kali ni saya membayangkan lofa sebagai warda memang kena sungguh sebab dalam novel ni penulis beberapa kai menyatakan warda adalah seorang gadis yang sememangnya cantik dan pandai. Walaupun bacaan kali kedua tetapi disebabkan gaya penulisan dila dyna yang memang saya sangat suka tiada satu muka surat pun saya skip. Pada saya dila seorang penulis muda yang sangat berbakat dan matang babak cinta yang ditulis cukup rempahnya tidak terlalu sweet, sengal jauh sekali. Bagi saya yang kategori 40an ni memang tak boleh hadam novel2 yang banyak menggunakan ayat2 merapu ...he..he
Secara jujurnya, I like the sweet part of the story. The worst part was they don't trust each other as husband and wife! I mean, seriously, boleh jer Warda elakkan salah faham dengan suami tu dengan ikut nasihat Jannah - beritahu or share dengan Ejaz. Tapi apa yang Warda buat? Dia tak bagitau and ambik tindakan sendiri! Serious, geram and marah bila baca! And memang tak la kan nak tonton drama ni! ngeeeee
best...sweet...santai....light conflict....suka dgn kemanisan dan keromantisan ejaz dan warda....cumanya lama sgt lah diorg terpisah.....huhu... apa2 pun ok lah...citer best...blh hadam n layan....
Macam biasa , saya suka nukilan Dila Ejaz dn Warda memang jodoh yg telah ditentukanNya Apa2 je kejadian yg berlaku mereka tetap bersama jugak So sweet dn sangat berpuas hati dgn ending cerita setelah lama menanti kemunculan Ejaz dn Warda di versi cetak Kisah cinta Mr Pilot dn suri hati nya yg byk liku menyebabkan mereka lebih menghargai kebahgian yg ada Ambik masa sikit nk abiskan bukan sebab apa , sebab beberapa hari kurang sihat
Cerita yg menarik...mmg dah lama tunggu cerita ttg Ejaz ngan Warda...best baca cerita nie...yg x bleh terima ayt yg ejaz ckp dkt Warda....klau sya jadi Warda pun sya akn pergi jauh dari Ejaz...overall,cerita nie sngt menarik dan best giler...klau baca pun x jemu...bleh ulang banyak kali...sya bagi 5 bintang(★★★★★)...;) Jujur sya ckp,sya minat karya kak Dila Dyna melalui kisah abam Ejaz ngan Warda di blog kak Dila...time tu novel Dia Semanis Honey pun belum diterbitkan lagi...kemudian sya dpt tau novel DSH dah diterbitkan...dan sya baca...sya dapati karya kak Dila mmg memuaskan.... Akhirnya penantian sya x sia2...kisah abam Ejaz ngan Warda berjaya diterbitkan...thanks kak Dila Dyna kerana berjaya terbitkan novel ni.....
novel ni best walaupun ada bnyk lacking jgk... masalah dorg ni cuma satu 'communication'.. masalah yg simple diperbesar2 kan.. rasa mcm cliche pulak part yg Inara ambik video pastu bg dekat Ejaz.. serius part tu dah boleh agak masa mula2 dorg nk jumpa... aduii sy dah menyumpah2 time part tu ckp kalau husben dia percaya video tu mmg hampeh la.. entah laa.. dah la ambik masa lama sgt nk brbaik smpai anak dah masuk 3 thn.. yg peliknya yg si husben mcm x ambik tau pun pasal wife sbb x berusaha nak cari langsung ke??.. overall ok la.. ni first time sy baca karya penulis.. just nk tanya cerita Reisha isteri kpd sepupu Ejaz tu ada ke kat novel sbelum ni?
'juling mata keatas' such a drama... cerita ok tp dah boleh jangka apa yg berlaku lpstu. 1 part shj yg sy xjangka iaitu pengumuman perkawinan di pentas peragaan fesyen.. of kos ada langau dr exes, mesti ada fitnah2, yg satu salah fhm and then tanpa penjelasan dr yg satu terus nak marah2.. hello... pastu eksiden, yg satu rasa bersalah krn menyebabkn eksiden..lari sedunia selama 4thn. beranak sorang2, xbagi tau suami dah ade anak. bila c suami dah tau, situla dia cakap xserupa bikin. hati cinta tp mulut nak berpisah..
hmm ok laa bacaan santai..tapi leceh laa..berahsia rahsia dpt anak dah besar.ishh bosan bosan ..kekadang macam tak logic aje nak simpan rahsia mcm tu lama..dah la tu bila balik ingat senang aje nak get together gether..hahaha...bacaan marathon cuti sekolah..
Utuh betullah kisah cinta diorang..kerana berahsia, fitnah dan salah faham conflict berlaku..tak heavy with plots..cuma banyak minah2 sengal dan poyo..
Very fast-paced, and all good things mashed up in one big journey. Though a bit stereotypical, it has everything that you've ever encountered in a Malay novel.
novel kedua penulis yg dibaca sebelum ni baca semanis honey.. novel yg ringkas x beban kepala. apa yg penulis selalu buat adalah penulisan yg laju dan xmeleret (saya suka) sama macam dia semanis honey juga. cuma satu jer yg rasa mcm xsesuai. bab yg mcm romantik kkdg iol rasa penulis ni dah kawin ke belum? 😂😂😂 mmg lah watak novel suami isteri... cerita kawin paksa masih unggul dalam carta novel...😂😂😂 walau kkdg kita tau kesudahan mcm mana...
Thank you dila dyna bcs without you, lofattah wouldn't have had happened :')
My opinion on this book though (read after watching the drama nearly 8 years later), there were so many grammatical errors in english, which was pissing me off but it's bearable la. The conflicts and plots were so cliche too, very typical malay novel love stories.
Nonetheless, the romantic moments of Ejaz and Warda that didn't make it onscreen made it all worth it so its a big win for all lofattah shippers (yes we still exist in 2024, yes we've moved on dw) and I wasn't expecting Ejaz to be so manjaaaa with Warda, and seredflag mana pun Warda sabar jugak Ejaz dgn isteri tercintanya halahhh so sweet. Overall, it was a good chill read
Beli novel sebab drama tapi memang best cuma part Ejaz kena langgar tu macam tak berapa logik but ok. Walaupun banyak scene gaduh tapi still worth to buy and read