Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sebarkan Cinta-Mu

Rate this book
Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.



Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.



Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

874 pages, Paperback

First published September 1, 2011

38 people are currently reading
308 people want to read

About the author

Fatimah Syarha Mohd. Noordin

34 books344 followers
Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.

Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

Gadis yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

(Dari kulit belakang novel 'Tautan Hati')

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
177 (55%)
4 stars
93 (28%)
3 stars
43 (13%)
2 stars
6 (1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
September 20, 2012
ini ada antara buku yang bisa aku angkat pada tahap yang tinggi. Membaca novel yang sarat dengan ilmu pengetahuan dan penjernihaan pada masalah berkenaan dengan hukum fiqh dan tauhid amatlah menerujakanku. Yang tama dan utama yang cuba narrator ketengahkan dalam novel ialah soal poligami dan ketidakfahaman yang tulus dalam hal ini, baik kepada lelaki ataupun perempuan. Soal yang sensitif bagi kaum hawa ini banyak digunapakai oleh si suami yang ingin melangsungkan hidup dengan beristeri lebih dari seorang dan alasan yang paling glamoris bagi mereka(suami) ialah 'ini sunnah nabi(jika melawan dianggap derhaka' dan si isteri yang tidak memahami secara jagat pula terpaksa akur dan terus 'berendam hati dan meminum madu yang pahit'. Disini penulis cuba membawa si isteri bangun dan menyuarakan hak mereka.

Buku ini sangat mengangkat kaum wanita dalam soal ini(poligami) dan juga memberi kefahaman yang betul kepada kaum lelaki supaya meletakkan hukum agama pada jalan yang sebenar. Selain itu, persoalan 'islamfobia' juga diangkat dimana ada diskusi diantara non-muslim yang fobia tentang islam terutama soal kebebasan bertudung,feminisme, poligami(mereka selalu mempersoalkan mengapa si lelaki islam bisa berpoligami),soal harta dan soal liberalisasi dalam islam dan bagaimana ia tercetus.

Perbidasan pada golongan fanatik islam juga menarik untuk didiskusi dengan lebih panjang dimana narator cuba megenegahkan golongan yang terlalu mengikut hukum dan tanpa menerima pandangan orang lain dan suka menghentam orang yang dianggap menyimpang dari fahaman mereka.

Selain itu penceritaan dalam cerita ini juga menarik dan tidak membosankan. Kebijaksanan penulis ialan menyelitkan sedikit info pada setiap situasi yang berkait.

apa yang bisa aku katakan novel ini sangat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan baik lelaki atau perempuan waima anda adalah fanatik novel fixi dan cerita urban yang lain.:)
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
September 11, 2012
Antara isu yang sering digunakan oleh para orientalis dan musuh Islam untuk memburuk-burukkan Islam ialah isu poligami. Mereka lupa bahawa sebelum Islam datang lagi poligami itu telah diamalkan, malah Islam memelihara sistem poligami ini dengan syarat mampu berlaku adil dan mengehadkan kepada empat orang isteri sahaja.

Islam itu adil. Suami dan isteri masing-masing ada hak dalam hal ini, bukannya kelebihan kepada suami semata-mata. Saidatina Fatimah sendiri menolak permohonan Saidina Ali kerana bimbang cemburu itu menjejaskan akhiratnya.

Kesilapan yang terjadi dalam masyarakat apabila si isteri dipaksa untuk merelakan kehendak suami yang mengambil mudah untuk berpoligami dengan alasan ia sunnah nabi dan ada dalam al Quran, kalau menolak akan menjadi kafir!

Ada pihak yang menggalakan, ada yang sampai tahap mahu mengharamkan, seelok-eloknya kita berada di tengah-tengah (wasatiyah) dengan mengikut pandangan jumhur ulama'; hukumnya harus tetapi tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu.

- Kesimpulan yang dapat dibuat selepas membaca buku Sebarkan Cinta-Mu (Ustazah Fatimah Syarha).
Profile Image for Tahir.
3 reviews1 follower
April 6, 2013
Buku ini adalah antara buku yang memberi impak yang mengubah kehidupan si pembacanya. Saya sebagai seorang yang nihil daripada ilmu tauhid, agama dan sama waktu dengannya mula berjinak-jinak dengan buku agama, sejarah, dan lain-lain kerana buku tulisan Ustazah Fatimah ini.

Padat dengan jalan cerita yang menarik dan sering membuat kita rasa berdebar, marah, gembira, dan ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Selain itu menengahkan isu semasa yang membelengu muslimin dan wanita sedunia yakni poligami, hak wanita, orientalis, puak liberal dan puak ekstrem.. dan selain itu, diselitkan juga info-info yang banyak menarik tentang sejarah, agama, dan fiqh.
Profile Image for Afinie Syahirunnisaa.
76 reviews
July 30, 2015
" bukan Allah yang kejam membuat takdir . tetapi manusia sendiri yang tidak mahu berubah ketika diberi pilihan "

Not a light reading , I have to say that I need to stop a few times to digest what the Ustazah trying to explain in the book but the experience was awesome. I knew more about hijab , poligami , relationship with people and so on.

Perbezaan buku ni dengan sesetengah nuku yang lain is dia jawab soalan kita, bukan macam sesetengah buku sekarang yang terus melabelkan sesuatu perbuatan itu haram tanpa hujah yang bernas dan jelas.

Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 17, 2013
Novel ni hadiah birthday. Tebal ok novel ni. Tapi gagah aku habiskan dalam dua hari. Seronok kot novel ni. Cerita kisah anak dan ibu. Banyak sangat ilmu diselitkan dalam bentuk cerita. Jadi tak la bosan. Macam baca buku agama dah pulak sebab banyak sangat ilmu dapat. 
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
August 20, 2015
Tidak keterlaluan kalau aku katakan karya ini padat dan lengkap dengan ilmu yang cukup indah dan berguna buat para muslimah di luar sana. Berjaya merungkai banyak persoalan di mindaku tentang isu monogami dan poligami selama ini. Mengupas dan menjelaskan secara terperinci tentang hak-hak seorang wanita sebelum bernikah, hak-hak isteri terima poligami atau tidak dan hak-hak isteri sebelum dan selepas bercerai, adab poligami dan banyak lagi yang mungkin tidak kita ketahui selama ini. Karya ini sangat sesuai dan amat patut dibaca oleh kaum hawa.
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
January 11, 2013
Not a light reading, this one I must say but not that I'm complaining. Banyak info yang diketengah. Sikit sebanyak dapat saya memuhasabahkan diri. Dari hijab, hadis, sirah, dan well... poligami! The main thing is. Isu yang saya rasa isu yang paling menakutkan untuk seorang perempuan.

Islam itu adil. Really. Lelaki dan perempuan diberi hak masing-masing. Bukannya tertakluk kepada lelaki semata-mata. Berjaya membukakan mata saya yang penuh skeptikal pada isu ini.





Profile Image for Cik Milah Sekupang.
31 reviews3 followers
June 13, 2014
Hebat. Saya sungguh tertarik untuk membaca dan terus membaca bagi mengetahui apa seterusnya yang berlaku di dalam novel ini walaupun buku ini sangat tebal bagi saya. Kisah yang dipaparkan melalui peristiwa yang berlaku kepada setiap watak memberikan kesedaran tentang isu-isu realiti yang berlaku tanpa saya sedar.
Saya suka dengan hak-hak wanita Islam yang disampaikan dan ditekankan melalui kisah keseluruhan buku ini. Saya sendiri tidak pernah tahu dan terfikir bahawa Islam sangat menjaga hak semua umatnya tidak mengira gender mahupun status hingga begitu teliti. Sebelum ini saya juga merupakan salah seorang yang mempertikaikan mengapa poligami itu perlu wujud kerana sikap umat manusia pada zaman sekarang. Ianya amat tidak adil pada fikiran saya sehinggakan terlupa seketika bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu yang sia-sia. Tersentak dan tersedar semula. Aturan Allah Maha Adil namun kerana sebilangan manusia yang menampakkannya tidak adil lantas poligami terus dipersalahkan.
Semua isu yang diketengahkan sangat menarik. Terima kasih ustazah kerana menghasilkan buku seperti ini.
Profile Image for Raihan M.
33 reviews2 followers
March 21, 2016
hidup akan teraniaya dan binasa tanpa ilmu agama.

sungguh! sebab Islam telah meletakkan dengan cukup sempurna hak seorang wanita semenjak sebelum hahirnya (pemilihan isteri utk menjadi ibu) selepas lahirnya (susu ibu), pembesarannya (kasih sayang dan didikan ibubapa), sebelum bernikah (pemilihan pasangan), semasa pemilihan calon (setuju/tidak), sebelum/selepas akad (sebarang perjanjian), semasa hidup berumahtangga dan seterusnya.

sungguh dan sungguh, rasa terbela hidup dengan berilmu.

hal jodoh sangat berkait rapat dengan akhirah. hmm... pilih jodoh bukan sebarangan, klu tak dapat yang sebarangan la.

dengan pengulangan beberapa aspek dalam buku ni, saya yakin ustazah cuba untuk menyampaikan bahawa PENTINGNYA hal itu sampai perlu diulang berkali-kali. seperti nabi sallallahu'alayhiwassalam sendiri menyembut 3kali akan sesuatu yg amat penting.
Profile Image for Mimosa.
10 reviews4 followers
June 28, 2013
Alhamdulillah... digerakkan hati utk beli n baca buku ni. bkn sekadar novel cinta, tp penuh dgn ilmu fiqh wanita. ttg cinta, pkahwinan, poligami, istikharah, etc. byk nasihat ibu dhiya' tbyg2, tngiang2..
Inginkn ending spt sarra n qasdi?? =)

nota ibu dhiya' buat anknya qasdi:

Maafkanlah:

1. Maafkanlah supaya kita diampunkn
2. Maafkanlah spy Allah mjd sayang
3. Maafkanlah spy kita tdk sama dgn org bodoh
4. Maafkanlah krn org mulia sntiasa memaafkn
5. Maafkanlah agar kau tmasuk d klgn org y gagah mnhn mrh

Ye... mari mjadi lbh pemaaf.
Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
August 21, 2013
Sebarkan Cinta-Mu adalah adaptasi kajian ilmiah penulis serasanya. Usaha yang wajar dipuji dalam mengupas isu poligami. Walau ada di sana sini sobekan (terutama di penghujung cerita), naskhah ini haruslah dibaca bagi penggemar naskhah berwibawa yakni ada isinya.

Mabruk penulis!
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
August 31, 2012
Alhamdulillah alhamdulillah.Akhirnya berjaya juga habiskan buku setebal 874 muka surat ini.Mungkin agak lama saya mengambil masa menghabiskan buku ini kerana hampir lama juga saya meninggalkan pembacaan buku ini kerana faktor kesibukan sebagaia seorang pelajar dan juga ketebalan buku ini.

Pengisian buku ini terlalu hebat!!Kagum!Lengkap!Indah!dan berkualiti.Itulah yang mampu saya rungkaikan sebaik habis membaca novel ini sebentar tadi.Isu yang cuba diketengahkan ustazah berkaitan poligami yang mana menjadi ketakutan buat para wanita akhirnya berjaya ustazah sampaikan dalam bentuk penceritaan novel.Cantik disitu.UStazah kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesebuah bahan bacaan yang bukan saha berisi malah berkualiti.Melalui kajian,artikel dan sumber-sumber rujukan yang lain menjadikan novel ini bukan sekadar novel sebaliknya ibarat sebuah buku yang boleh dijadikan rujukan untuk mendalami isu poligami.

Beberapa watak dan perwatakan yang diketengahkan dalam novel ini:

Ibu Dhiya dan Pak Yodong : Suami isteri yang kuat pegangan ilmu agamanya bekas pelajar dipesantren yang menjalani ujian demi ujian sepanjang hidup mereka selepas bergelar suami isteri.Dahulunya seorang cleaner dan pemandu teksi kini menjadi pensyarah di KOSDAT.Berpegang pada Agama Allah,rajin menuntut ilmu,mendekatkan diri dengan masjid,ceramah dan sebagainya.Watak utama yang MENARIK dan KUKUH dalam menjadikan penceritaan novel ini menarik.

Sarra: Pelajar cemerlang KOSDAT yang mempunyai 12 adik-beradik dan ibu tiri daripada perkahwinan ayahnya yang kedua.berpegang kepada monogami kerana pengalaman ibunya pada mulanya.Merupakan isteri abdullh Mujahid,teman sekelasnya dan menyambung pengajian di dublin bersama beliau.Rajin,bijak,sopan,kuat pegangan agamanya,sentiasa menjaga adab dan sebagainya.

Diranie : Teman akrab sarra yang pada mulanya hanyut dengan cinta sebelum pernikahan sehingga terlanjur dan akhirnya kembali kepada hakiki.Kehidupan keluarganya yang susah kerana tinggal dengan opah dan ayahnya yang kurang siuman keran menagih cinta ibunya yang dahulu menjadikan kehidupannya tertekan.Namun apabila berkawan dengan sarra kehidupannya sedikit demi sedikit perolehi pemcerahan.Namun cinta syaitan itu menjadi penghalang untuk beliau berubah.Watak antagonis yang diketengahkan oleh diranie ini menjadi pasang surut dalam penceritaan novel sebarkan cinta-Mu.

Qasdina: Anak kandung dan tunggal Ibu Dhiya dan Pak Yodong yang telah lama menghilang dan akhirnya ditemukan semula di KOSDAT yang pada mulanya sukar bagi Qasdi menerima ibu bapa kandung mereka.Namun dengan penjelasan dan sebuah diari kehidupan mereka akhirnya tiga beranak ini bersatu menjadi keluarga yang bahagia.Berkenalan rapat dengan Sarra dari kecil dan akhirnya berpisah kemudian bertemu semula di KOSDAt menjadikan persahabatan mereka menjadi akrab.dibawah bimbingan usrah yang sama oleh ibunya.

Ibu Satri : Teman rapat kepada Ibu Dhiya dan merupakan isteri kepada Pak Musa.yang menginginkan kahwin lain dengan bekas kekasihnya yang lama.Bertemankan ilmu,nasihat daripada Ibu Dhiya menjadikan Ibu Satri seorang wanita dan isteri yang kukuh pegangan agamana,tabah menghadapi ujian dan sentiasa reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Ustazah Qatrun,Ustaz Syukur, Madam Zeema : Pensyarah-pensyarah KOSDAT masing-masing memegang perwatakan yang berbeza-beza namun masih diikatkan dengan isu polgami.Ustazah Qatrun merupakan isteri kedua kepada Ustaz Murad(watak sampingan),Madam Zeema pada mulanya berpegang kepada monogami dan pernah menjadi Islam Liberal dan Ustaz Syukur yang tegas dengan pendiriannya dengan poligami dan pernah melamar Sarra sebagai isteri keduanya melalui isteri pertamanya.

Daniel: Watak antagonis yang telah merosakkan mahkota Diranie.

Nazliah :Watak sampingan yang mengejut kemunculannya di hampir penghujung cerita.adik Diranie yang telah dirosakkan sendiri bapanya.

Abdullah Mujahid dan Harits Zafran : Adik beradik yang berjaya menambat hati isterinya Sarra faseeha dan Qasdina dengan cara yang halal kerana mengagumi agama mereka.watak pemanis dalam novel ini.


beberapa petikan daripada novel setebal 874 ms ini yang dipetik oleh saya :



Sekadar cadangan,sebaiknya buku ini dibuat dalam dua jilid.Jild I dan Jilid II.Ini bagi memastikan pembaca tidak hanya tergesa-gesa menghabiskan buku yang dibaca sebaliknya menghadam isi-isi yang cuba disampaikan di dalam buku ini.Seperti yang diketahui,isi-isinya agak berat dan 'high class' untuk mereka yang kebanyakannya bukan dari background agama kerana isu yang ingin diketengahkan juga agak berat iaitu berkaitan poligami.Sekiranya dibuat dalam dua jilid mungking mudah dan menarik minat orang ramai untuk mengetahui kesudahannya malah turut dapat menghadam ilmu yang cuba disampaikan oleh Ustazah.:)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,552 reviews41 followers
May 29, 2018
Kisah beberapa orang watak yang kebetulan bersangkut paut dengan rencah kehidupan sekitar konflik poligami, ... perkongsian ilmu bersandarkan Al Quran, hadis, catatan ulamak, kupadan ilmiah. Coretan novelnya menarik dan watak-wataknya ramai yang berkaliber bijak berhujah secara tulisan mahupun percakapan, cumanya bagi saya terlalu banyak ulangan. Ibu Dhiya jelas dapat menarik hati ramai dengan berfikiran positif, tenang, berhujah berdasarkan ilmu yang dibaca dari bahan bacaan bermutu, cenderung bersederhana, tidak mahu extreme ke kiri atau ke kanan dalam isu poligami. Ibu Santri bagi saya lebih menggambarkan biasan wanita realistik. Desakan Ustaz Shukur si pensyarah yang yakin dia benar untuk berpoligami, Ustazah Qatrun yang turutkan saja demi inginkan syurga, Ustaz Murad si janggut lebat yang merasakan dia ada hak mrmaksa Sarra setuju dimadukan, keadaan yang menyedihkan, nasib baik Sarra remaja istimewa penuh kematangan dan ilmu. Lelali seperti Daniele yang mulut bijak bercakap dan berpelajaran namun kuat sungguh bernafsu, ramai kan di kalangan kita? Ada yang menarik pada status perkongsian hidup Madam Zeema dan Qudri? Watak Kak Ruhil di sekolah-sekolah agama, agaknya betapa banyak jiwa remaja terpenjara kerananya? Atau ia dorongan bagi melahirkan lebih ramai jiwa yang bertaqwa? Tragedi anak dirogol bapa sendiri itu sangat kasar namun kurang diberi penjelasan terhadap natijah atau hukum hakamnya. Mungkin perlu satu buku lain.
Profile Image for Nurhamizah Mokhsin.
1 review
September 17, 2013
Alhamdulillah, buku yang sangat bagus dari segi kupasan ilmu sebelum berumahtangga dan setelah berumah tangga. Walaupun cerita rekaan semata-mata tetapi sarat dengan fakta, perdebatan dan penjelasan yang merungkai kekeliruan dalam soal rumah tangga. Antaranya isu budaya 'couple' yang salah, isu cerai dan isu kekeliruan poligami yang jarang sekali dijelaskan secara terperinci kepada masyarakat umum. Jawapan-jawapan mengenai isu tersebut disampaikan kepada pembaca dalam bentuk perdebatan dan soal jawab antara watak-watak serta melalui konflik dan jalan cerita. Boleh dijadikan panduan dan rujukan segera kerana banyak sangat info figh yang ringkas tetapi padat diselitkan di dalamnya. Mudah difahami, boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Membuka minda agar keluar daripada kejahilan ilmu rumah tangga dan keluar dari budaya 'couple'.
Profile Image for Mali.
210 reviews
February 8, 2017
Ini merupakan buku Fatimah Syarha yang pertama yang berjaya membuatkan saya menangis. Buku ini termatlah 'touching'.

Berbeza dengan Aku Ada Wali, daripada memfokus kepada hanya satu watak, ia berjaya memberi life kepada watak-watak yang lain dengan background story masing-masing.

Buku ini sungguh berilmiah dan terlalu banyak ibrah yang terdapat dalamnya.

Memberi penerangan tentang hak-hak wanita dalam Islam yang sudah tentu akan menggembirakan mana-mana hati pembaca Muslimah.

Note: I got this book as preloved for almost half the price from @preloveditem_aynl on Instagram. Such gem! c:
Profile Image for Hakimah  Saidi.
50 reviews2 followers
February 5, 2014
Alhamdulillah...finally i'm done reading this book. Subhanallah, buku ni sangat-sangatlah bermanfaat. Penuh dengan ilmu, setiap topik yang dikupas pasti ada penerangan yang detail. Buku ini mengandungi tiga pandangan yang berbeza, golongan yang suka menghukum, golongan yang berfikiran liberal dan golongan yang berfikiran sederhana.islam itu sederhana jadi pandangan dari golongan sederhana memang layak untuk diambil contoh. i love this book so much because full with 'tarbiyah'.
1 review
September 8, 2020
Secara keseluruhan, novel ini menunjukkan dengan jelas bahawa Islam sangat menjaga hak semua umatnya tidak mengira gender mahupun status dengan begitu teliti. Ibu Dhiya, Pak Yodong, Qasdi, Sarra, Diranie dan semua watak memainkan peranan penting dimana seolah-olah buku ini membahaskan dan juga memberi solusi bagi kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh wanita terutamanya. Perkongsian ilmu bersandarkan Al Quran, hadis, catatan ulamak dan kupasan ilmiah ini sangat berbaloi untuk dimiliki.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 18, 2024
Novel ini mengungkap rahsia dan derita yang sering disembunyikan di sebalik senyuman, sambil menekankan pentingnya mendekati orang lain dengan kasih sayang dan hikmah berdasarkan ajaran Islam. Ia adalah sebuah karya yang menarik untuk dibaca dan memberikan makna mendalam tentang kehidupan dan hubungan sesama manusia.
1 review1 follower
January 26, 2013
sangat bermanfaat dan padat dengan ilmu-ilmu yang sangat berguna di dalam kehidupan.
sentuhan nasihat yang berhemah secara tidak langsung menjentik hati pembaca untuk muhasabah diri dan menjiwai setiap watak yang dikarang.
5 reviews
Read
November 5, 2017
Buku yang sarat dengan nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi pegangan umat Islam. Di samping itu, petikan hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran di sepanjang penceritaan menguatkan lagi isi dan pengajaran yang ingin disampaikan penulis.
Profile Image for Bookread.
3 reviews1 follower
December 5, 2022
Banyak ilmu yang disampaikan dan banyak yang membahaskan mengenai isu² semasa. Banyak info² yang kadang² kita sendiri ter-overlook sehingga membuatkan kita beranggapan yang agama ni susah. Buku ni buka pandangan supaya kita melihat dari sudut yang lain🥲🥲🥲
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
March 8, 2012
penuh dengan ilmu..membacanya sambil mencerna minda dan muhasabah diri..Tahniah kak Fatimah Syarha
Profile Image for adila_alim.
8 reviews
June 15, 2012
Alhamdulillah sangat bermanfaat dan digalakkan membaca bagi sesiapa yang inginkan pencerahan mengenai poligami.
Profile Image for LG.
42 reviews1 follower
September 5, 2013
First time baca novel tauhid. Plot gets too repetitive. :(
Profile Image for Atiq Aziz.
13 reviews
April 20, 2017
Very informative book, the knowledge is delivered in simple and relax manner.
2 reviews
July 28, 2019
Buku yang sangat baik. Sarat dengan info keagamaan. Teruskan menulis ustazah! ^_^
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.