Perbualan kami berkisar mengenai politik Malaysia, dan Sarah menyatakan keraguan untuk balik ke Malaysia sesudah mendengar pelbagai berita yang kurang baik disebar di media sosial. Ramai juga bekas pelajar di sini yang memilih untuk terus bekerja di Jepun daripada balik ke Malaysia.
Perbualan kami serasanya aneh dan janggal kerana percampuran bahasa yang meluas digunakan secara rawak. Sarah sering kali bertukar bahasa dari Jepun, ke Melayu, ke Inggeris dan Melayu Sarawak. Apabila aku bertutur dengan Halim pula, dalam bahasa Melanau. Ya, dalam perbualan kami bertiga, kami bertutur dalam 5 bahasa sekaligus.
Kesimpulannya, kami masing-masing bersetuju, politik Malaysia kini agak menyedihkan.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Ini review yg tak amanah, kenapa? Sebab bila Melissa dan Rogiro mula bertemu panda, aku dah tak baca dah kisah diorang, sebab aku rasa dah mengarut sangat. So, aku cuma baca kisah travelog tuan penulis Lokman Hakim je. (Aku skip semua fantasy part). Aku dah baca Brazil Ridhwan Saidi, yang lagi bagus dari yg ni dalam bab elemen fantasi dia, pasal Kasma Booty. Travelog Lokman Hakim ni OK, cuma bab fantasy Melissa kepala rusa dan Rogiro tu macam filler semata-mata je, tak menarik langsung bagi aku. Sebab tu ni review tak amanah, sebab aku ada skip part kisah diorang (tak baca 100%). Yang paling best ialah aku dapat kenal band muzik yang aku tak pernah dengar, iaitu Mew & Baby Metal. Sedap jugak piece diorang, thanks Bro Lokman. Hedonis?
Beratus-ratus buku aku baca, ini kali pertama aku kena tipu dengan blurb buku.
Mulanya aku nak campak dah buku ni kat tingkap. Sebab Lokman cakap "unsur2 saifai dibuang terus dalam Jepun ni".
Tapi bila aku teruskan pembacaan, aku yang silap. Memang betul ni bukan saifai. Cumanya apa yang Lokman tulis sebelum ini dia ada dalam novel ni. Struktur/konsep penulisan novel ni juga unik. Aku nak cerita tak tahu, tapi penulis ni bijak sebab dia boleh tulis macam ni.
Plot cerita tidaklah serabut. Selalunya kalau baca Lokman di Buku Hitam, aku memang banyak lost. Tapi Jepun ni santai je sebenarnya. Santai sampai sesat.
Agak lain dengan tulisannya sebelum ini; tulisan ini menulis mengenai diri penulis, bukan apa yang penulis nak sampaikan. Kalau dulu penulis tulis pasal saifai, tetapi Jepun ni adalah boleh dikatakan signifikan kenapa penulis menulis macam tu.
Ada banyak perkara tak sedap didengar aku boleh cakap pasal buku ini. Tapi bila teringatkan Lokman Hakim beritahu melalui Jepun yang dia menulis menggunakan egonya sendiri, menulis untuk keseronokan diri dia bukan untuk kenikmatan orang yang membaca, maka apa lagi nak dikatakan kan. Terang-terangan dia tengah syiok sendiri. Lantak kau lah. Kau punya hak atas penulisan kau, aku punya hak sebagai pembaca.
Apa yang aku faham, percutian ke Jepun ini adalah tajaan Fixi untuk Lokman Hakim melahirkan satu karya berintikan Jepun. Ini pemahaman aku, mungkin juga tak betul. Tetapi sampai habis baca pun aku tak rasa berada di Jepun sepertimana aku rasa menjejak Brazil dibawa Ridhwan Saidi dan merayau Amsterdam di sisi Fahmi Mustaffa. Tak ada bezanya dengan kau melepak kedai mamak dan sembang pasal muzik sambil makan nasi. Pergi tengok konsert sampai ke Jepun tapi ceritanya hampir tak ada. Bahagian fantasi, surreal tu aku malas nak komen panjang. Terlalu mencuba dan kosong. Rogiro tu katanya orang Jepun tapi dia buat macam budak kecil tu melayu. Entah lah.
Dari awal Lokman Hakim tak sudah-sudah merungut tentang rutin 9-6 yang menjadi punca dia hambar dan sesekali berbangga dengan bilangan karya yang dia hasilkan. Nampaknya dia kejar kuantiti berbanding kualiti. Mungkin juga nak tunjuk dia macam Materupty terkurung dalam penjara imaginari. Macam bacul yang hanya tahu menyalahkan situasi tanpa ikhtiar demi sebuah kebebasan. Agaknya dia dengar muzik yang bagus sebab orang lain kata muzik itu bagus, cumanya orang lain sertakan jiwa, dia pura-pura letak jiwa tapi tak ada hala tuju.
Mungkin Lokman Hakim akan baca review ini sambil ketawa sebab mungkin juga ini lah yang dimahukannya pembaca macam aku rasa bila baca jepun. Aku nampak satu pembaziran Fixi taja dia pergi Jepun untuk hanya merungut dan hasilnya serupa ini. Kenapa Lokman Hakim? Adakah sebab dia ada adik yang pernah belajar di Osaka yang boleh bantu selok belok dia di sana? Sebab dia suka muzik yang acah-acah dijiwainya? Atau mungkin juga ikut suka hati Fixi lah nak hantar sesiapa pun sebab kos tu Fixi yang tanggung. Aku rasa kalau Fixi hantar penulis lain, buku ini berpotensi jadi jauh lebih berisi.
Jika dibandingkan dengan dua buku Lokman Hakim yang sebelum ini dengan Fixi (Retina dan Monarki), rasanya, aku lebih suka dengan naskah ini. Ianya tidak terlalu memeningkan dan berbelit-belit. Malahan aku dapat ikut merayau bersama di dalam perjalanan Lokman di Jepun walaupun kadang-kala aku dibiarkan sesat sendiri oleh beliau.
Cerita realiti yang terkandung di dalam buku ini yang cuba diselang-seli dengan kisah fiksyen watak-watak di dalam manuskrip Lokman Hakim yang masih belum disiapkan - yang cuba untuk memberontak ingin bebas, boleh dianggap sebagai satu idea yang bijak. Mungkin Lokman cuba untuk membezakan yang buku ini bukan hanya sekadar kisah travelog semata-mata. Good job untuk itu!
Aku suka dengan Mellisa dan Rogiro. Aku rasa mereka berdua sangat comel dengan cerita mereka yang serabut untuk mencari kebebasan.
Apa-apa pun, kalian cubalah sendiri. Lain orang lain citarasanya. Tepuk dada tanya selera.
Sukar untuk aku habiskan naskah ini sehingga aku menghabiskan 3 judul lain sehingga dapatkan mood semula untuk menghadam naskah ini. Setelah mencuba dan cuba memahami corak penulis setelah hampir sebulan aku akhirnya khatam Jepun!
Mood penceritaan penulis agak membosankan (maaf) di bahagian travelog mungkin kerana penulis terkurung dalam sistem 9 pagi hingga 6 petang dan sering mengeluh dalam naskah Jepun ini. Namun pada muka surat 222 aku mendapat pencerahan yang penulis menulis bukan untuk menyeronokkan orang tapi menyeronokkan dirinya sendiri, patutlah penulisannya tidak menyeronokkan aku yang membacanya. Penulis seperti ingin lari dari travelog kebiasaan yang klise tapi menjadi membosankan di bahagian catatan perjalanan penulis di Jepun. Travelog sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan.
Namun aku suka dengan selingan watak fiksyen Rogiro, Melisa dan Materupty. Aku agak suka kisah Nabi Muzik Materupty dan watak Rogiro pada permulaannya agak susah dihayati oleh aku tapi di akhir babak Rogiro kelihatan comel.
Ada beberapa ideologi dan input yang dimuntahkan penulis aku suka baca dan aku harap Lokman Hakim segera bebas dari penjara kerjanya (atau sekarang dah bebas?) untuk terus menulis dan menulis. Keep it up!
ada butang 'read but not finish' x? aku suka jepun aku suka lukman hakim
tapi aku tak cukup cool utk habiskannya. sebab ceritanya memerlukan imaginasi yg tinggi dan kau tak boleh skip atau kau akan x faham. sbb realiti dan fantasi bersatu dalam cerita ni. macam kau tengah tengok JEJAK JEPUN JIHAN tp tiba2 NARUTO dan JU-ON masuk sekali hambek kau.
at first I was excited to read this, because of the title and because I want to live my experience of travelling to Japan again. suddenly I realised that I am buying this book for a totally wrong reason and I got totally wasted over this. totally not worth my money and time to read this. I understand nothing, though he trying to be that cool kind of writer who don't go for mainstream kind of writing style. it just got wrong in so many ways.
I got this book as a present for my birthday back when I was 19. Berjuta kali terima kasih kepada yang memberi hadiah buku ni dan berjuta kali maaf kepada penulis sebab saya tak faham apa yang disampaikan dari awal sampai habis. Maybe kalau saya berkesempatan untuk membuka dan membaca semula buku ini selepas 5 tahun saya akan faham? Tapi itu hak penulis untuk menulis buku apa yang mereka mahukan.
Sampah. Jangan bazirkan duit kau beli buku ni. Buku yang sebenarnya tak layak dapat 1 bintang pun. Naratifnya berterabur, melompat daripada satu kisah ke satu kisah tanpa tujuan yang jelas. Lebih kurang macam filem Cloud Atlas tapi setidak-tidaknya filem tu ada juga bebenang yang menyambung cerita antara setiap watak.
Kau cuma akan baca 'travelogue' sampah. Satu-satunya yang aku suka mengenai novel ni adalah bahagian watak-watak novel penulis yang hidup dalam dunia sebenar, dunia penulis sendiri, dunia kita. Berjaya membuat aku tertanya-tanya, what's coming next. Tapi hampa, sampai ke sudah, tak ada konklusi yang jelas.
Beberapa cebisan ayat-ayat 'filsuf' takkan cukup untuk buat novel ni berbaloi dibaca. Pendek kata, simpan saja duit kau untuk buku yang lain.
Lokman Hakim melancong mencari manusia, bukan mencari dirinya. Dirinya sudah lama hilang, itu dia sendiri pun tahu, dalam timbunan buku-buku dan fail-fail kerja, menindih dan terus menindih sehingga dikhuatiri dirinya sudah hilang (baca; mati). Dia tak kisah akan dirinya yang sudah hilang itu, tapi dia mencari manusia. Untuk apa? Dibunuh? Dibelah dada dan dilahap jantungnya? Dipenggal kepala untuk menyedut cecair-cecair di dalam otak? Mungkin dia nak cari kawan baru? Mungkin sahaja. Untuk itu, kena baca dulu buku ini dan kau akan tahu apa yang sebenarnya dia cari.
In truth, I haven't actually finished this book but given that i have taken months to reach 90% of it i feel it ought to be added into my 2019 Reading Challenge. What a waste of time this book has been. Such a confusing plot and so very draggy and boring.
Aku mula ternampak buku ini dekat Google Play Books. Aku tak tahulah kenapa Google promote buku ini. Disebabkan free, maka aku pun belilah (free kot). Dalam kepala aku terfikir juga kenapa Google bagi free buku ni. Teruk sangat ke kandungan dia? Tak laku ke?
Aku memutus untuk membaca ulasan di Goodreads. Banyak juga ulasan negatif. Macam tak bagus je buku ini. Namun untuk berlaku adil, aku tidak akan mengulas sehinggalah aku membaca dahulu.
Secara jujurnya, buku ini tidaklah senegatif yang digambarkan banyak ulasan di Goodreads. Jika kalian mencari cerita yang proper, yang ikut hukum-hakam penceritaan, kalian akan hampa. Sebab boleh dikatakan tiada cerita yang proper di sini. Penulis (Lokman Hakim atau LH), ada menerangkan ia travelog yang berselang-seli dengan fantasi di awal novel ini. Maka disebabkan itu mindset aku dah setkan aku akan baca travelog yang diselangseli dengan fantasi, bukan cerita.
Aku secara peribadi memang suka travelog. Penulis menggambarkan dengan baik tempat-tempat yang dilawati di Jepun seolah aku dibawa bersama mengembara. Disebabkan aku pernah ke Jepun, maka tempat-tempat yang disentuh di dalam buku ini banyak menggamit kembali memori lama. Cuma bahagian travelog itu sangat singkat dan didominasi babak-babak di sebuah konsert. Aku tak suka konsert, dan inilah yang spoil keseluruhan kandungan. Jepun menawarkan lebih dari sekadar konsert. Bahagian fantasi menambah teruk. Aku bilang kalau novel ini sebuah travelog penuh, aku sudah bagi empat bintang.
Part fantasi tu agak membosankan (part Melisa dan Rogiro tu lah!). Bila sampai sahaja bab tu aku mengeluh (haih, part ni lagi! Macam tu suara hati aku) dan skip. Aku tak nampak motif-motif di sebalik aksi-aksi watak dan kaitannya dengan Jepun. Aku anggap itu khayalan-khayalan kosong yang penulis alami dalam kembaranya (apakah penulis mengalami halusinasi akibat skizo atau mengambil dadah aku tak pasti). Aku tak nampak mesej besar mahupun kecil daripada cerita dalam cerita ini. Bila aku menghampiri penghujung cerita, aku perasan dua watak ini makin entah ke mana-mana dan yang muncul watak-watak lain pula dalam domain khayalan penulis: Materupty, Veronica dan entah apa lagi. Dan aku perasan juga penulis seperti mahu menyampaikan mesej tertentu yang aku tak faham melalui watak-watak fantasi ini. Aku fikir mesej tentang manusia dan ketuhanan, lebih kurang macam tu lah. Aku rasa penulis boleh berlatih rewrite bahagian fantasi ni agar lebih jelas mesejnya. Penulis juga banyak masukkan luahan fikir dan rasa sebagai penulis, di mana ia tak ada kaitan dengan tajuk novel ini juga.
Aku rasa penulis ada potensi. Bahasa penulis baik. Cuma penulis perlu belajar bina cerita. Menulis, melukis dan membuat cerita adalah tiga kemahiran berbeza. Ada orang mahir satu saja, ada yang mahir dua atau ketiga-tiga. Penulis patut mula belajar menyusun plot, hindarkan tabiat menulis macam pantzer, di mana engkau menulis tanpa mengenal hala tuju (main taram je!).
Lagi satu (ini last), tajuk tu agak misleading. Aku boleh setuju dengan tajuk ‘Jepun’ kalau buku ini memang travelog penuh melancong ke Jepun. Tapi bahagian travelog terlalu sedikit, banyak pasal konsert Summer Sonic entah apa entah, diselang-seli dengan fantasi yang tak jelas mesejnya. Takkan pergi Jepun tengok konsert je? Patutlah rasa bosan.
Apapun, great works. Tiga bintang untuk buku ini. Kalau travelog penuh aku sudah bagi empat bintang.
"Aku takkan lupakan renungan tidak berperasaan dari Lokman Hakim, selaku pencipta kami. Mungkin itulah rasanya menjadi ciptaan manusia, diabaikan apabila tidak diperlukan, dan ditinggalkan apabila menjadi beban. Oleh kerana itu, manusia hanya boleh jadi pencipta, tetapi mereka takkan boleh jadi Tuhan. Mereka kurang bertanggungjawab, dan tidak bersimpati dengan apa yang mereka ciptakan." . . Jepun. Lokman Hakim. Terbitan Fixi. . . manusia. sejenis makhluk yg sangat kompleks. yg kadang-kadang ndak mampu mau faham dirinya sendiri. tapi bukan pulak alien la~ seperti karya penulis yg ini, bagi aku ianya sebuah karya yg kompleks yg mana ada bahagian yg aku tidak mengerti apa yg cuba disampaikan penulis.
Aku suka gila sbb dia ada cerita di dalam cerita. Tentang watak2 yang ditulis penulis yang cuba mengambil alih penulisan penulis dan menulis laluan mereka sendiri. Lokman Hakim kot. Terbitan Buku Fixi
Bulan itu hanya muncul di mata orang yang mahu melihatnya.
Sebuah novel trivalog yang luar biasa dan unik. Percayalah, anda memerlukan fokus luar biasa untuk mendalami dan memahami apa yang penulis cuba sampaikan. (kritikan dan sindiran terhadap kehidupan)
Saya cukup gemar dengan gaya bahasa dan struktur ayat yang digunakan, rasa seolah-olah sedang berbual terus dengan penulis.
This review is my effort to save others who finish the books they read.
Took over a year for me to finish. I get the concept. Good idea but poor execution. Author did say he writes for himself so, there you go.
Good sentences don’t always make a good story. Anggaplah he bared some parts of his soul but we don’t always connect with everyone just because they’re being real.
If the idea is to stir up some strong emotions, congratulations! I got this book for free but now I want a refund. I’m not being catty but really, geram.
The concept sold and what I was reading seemed promising, so I kept reaching for this book (figuratively). I stopped a lot as I read for entertainment and I wasn’t getting entertained but I thought oh maybe it’s just not my cup of tea. Read and reread some chapters in different settings— while waiting at an appointment, during train rides, while relaxing by the lake, when bored, during a period I set aside for reading, while pretending to be busy so I don’t have to hold a conversation. It’s only fair to keep on going, maybe it’ll get better or I’ll learn something useful.
Forced myself through the whining and pretentious thoughts. Waded in the fantasy I’d describe as syok sendiri but others may relate to and appreciate. Forced myself to finish the last few chapters in one sitting. Only to arrive at I don’t know what? Even the travelogue can’t make up for my time.