Karya ini memuatkan 12 kisah yang tercetus dari ruang imaginasi tanpa sempadan, dikembangkan menerusi alur pemikiran rasional dan seterusnya diadun dengan elemen-elemen nyata dan semasa. Bermula daripada pencarian makna kewujudan diri melalui , kepada kehidupan di dunia mimpi dalam Don Berkeluarga di Dalam Mimpi, sehinggalah terjemahan ketakutan secara nyata melalui Perempuan Berkepala Besar, pembaca akan dibawa menelusuri sebuah dunia "surreal" yang kota-kotanya dibina daripada paduan magis dan logik.
Keseluruhan ceritera dalam buku ini cuba untuk meraikan sisi anehh dan luar daripada norma kehidupan, namun kadangkala masih juga berjejak di bumi nyata.
Aku bagi bintang penuh sebab aku terhibur baca semua cerpen di buku ini. Realis magikal, ada perasaan mellow dan kesunyian namun witty dan sinikal. Aku suka hampir kesemuanya. Aneh sekali sebab kalau baca setiapnya, emosi cereka sangat mendatar seakan pencerita tak ada perasaan, tapi ajaibnya ia seakan candu yang buat aku adiksi. Atur bahasanya juga kemas dan bersahaja, tak terasa 'berat', penceritaan yang kadang ada misteri cukup buat aku curious mahu terus baca. Suka idea cerekanya yang variasi walau sebahagian karakternya berkisar dalam dunia penulisan (kalau ada hajat nak jadi penulis, buku ini ada banyak nasihat yang mungkin kau boleh pakai) naratifnya menari-nari dalam kepala aku sampai habis baca pun masih teringat.
Tak seperti Debu Bidadari (yang aku sangat marah bila habis baca buku tu sampai review aku semua caps lock huhu), aku sangat suka cerpen-cerpen dalam kumcer ini. Ternyata Syafiq bijak bermain dengan tema realisme magis.
Cerpen yang paling aku suka, Shahrazad Mahu 1001 Malam Lagi. Aku harap Syafiq consider lah nak panjangkan cerpen ni untuk jadikan novel.
Ia adalah kumpulan cerpen yang menarik. Bermula daripada awal, saya tidak henti membacanya sehinggalah dua cerita terakhir. Itupun berhenti kerana terlalu mengantuk dan terpaksa tidur.
Entah dari mana-mana, watak dalam cerpen-cerpen ini muncul, cuba mencari makna kewujudan dalam hidup seorang pembaca. Atau adakah sebenarnya kita yang cuba hidup seperti sebuah watak dalam sesuatu cerpen?
Penulis telah menghidupkan watak yang menjadikan cerita dalam dunia yang pelbagai atau mungkin pelbagai cerita yang wujud dalam satu universe yang sama ; dunia versi Syafiq Ghazali.