Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud

Rate this book
"Nak, belajarlah dari seekor butung yang tidak punya akal seperti manusia, namun mempunyai naluri rasa, kesungguhan dan kebaikan dalam memaknai kehidupan."

Nur Suhada meneroka pelbagai persoalan tradisi dan moden yang sering menjadi pergolakan rasa seorang remaja dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud. Isu nilai tradisi seni warisan negara dinukilkan penuh hemah menanggapo cabaran kelestariannya. Manakala dalam proses kedewasaan, konflik legasi keluarga dan persahabatan memberi warna-warni pengalaman. Nur Suhada mencerekakan ceritanya dengan kesedaran bahawa segala-galanya bermula dan akan kembali kepada Sang Pencipta.

Perumpamaan burung hudhud tidak pernah leka dalam melaksanakan misinya dalam kehidupan seorang remaja, begitulah keistimewaan buku karya Nur Suhada ini. Burung bijak mengertikan kebebasan sebagai suatu pendamaian sedangkan manusia kadangkala silap memaknakan kebebasan sehingga melakukan kezaliman tanpa batas. Mahukah terbang bersama burung hudhud dan belajar tentang erti kebijaksanaan, kebebasan dan kedamaian yang sebenar?

252 pages, Paperback

First published January 1, 2016

3 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Nur Suhada

4 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (75%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Lukhman.
7 reviews55 followers
June 15, 2016
Sudah pasti, hanya penulisnya sahaja yang mengetahui apa yang ingin disampaikannya dalam setiap cerpennya. Resensi ini hanya sekadar analisis ringkas dari sudut pandang seorang pembaca.

Saya mengira, antologi cerpen ini layak untuk dikatakan antologi yang patut dibaca oleh remaja dan anak muda yang baru bertatih mengenal realiti. Sambil mengetengahkan tema-tema tradisional dan moden, penulis berjaya membawa pembaca menghayati dan merasai setiap detik sepanjang cerita seolah-olah terasa seperti betul-betul berlaku di hadapan mata.

Dalam setiap untaian kata yang tersusun, terselit kritik-kritik sosial yang memprihatinkan sang penulis. Setiap kritikan itu lembut tetapi terasa menusuk kalbu dan menjentik minda. Apa yang dapat saya perhatikan, rata-rata kritikan tersebut berlegar sekitar persoalan jati diri sebagai seorang Melayu. Kritikan tersebut paling ketara kelihatan dalam cerpen Sekapur Sirih Seulas Pinang, Yaladan dan Pak Yung.

Kritik sosial yang turut terserlah ialah persoalan tenggelamnya kasih sayang sesama manusia di dalam badai era moden. Pun begitu, penulis meyakinkan pembaca bahawa kasih sayang itu tidaklah sirna sepenuhnya dibawa arus kemodenan, selagi ada insan yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Islam yang membawa mesej kedamaian dan kasih sayang. Untuk persoalan ini, ia lebih jelas terserlah dalam cerpen Ketika Angsana Mengelopak.

Dan banyak lagi kritik-kritik sosial yang boleh diulas (tetapi dibatasi dengan ruang yang kecil, mungkin kena tulis buku ulasan lah kot. Haha).

Jika ditanya "Cerpen manakah yang menjadi kesukaan saya?", jawabnya cerpen Cinta di Khutubkhanah dan Beruzlah. Cinta di Khutubkhanah berjaya mengungkapkan perasaan dan jiwa seorang pencinta buku, dan saya terkesan dengan usaha-usaha Melati menghidupkan budaya membaca di kampungnya. Sementara Beruzlah - meskipun jalan ceritanya pendek, hanya sekitar dalam perjalanan di dalam sebuah tren - berjaya menyampaikan mesej dakwah dan islah: bersahaja, ringan tetapi menggoncang hati yang ketandusan.

Selepas membaca antologi ini, siapa yang tidak mahu terbang bersama Hudhud? :)
Profile Image for Norhasiah Akhir.
32 reviews
January 3, 2021
Amat berpuas hati dengan pembacaan saya. Cerpen-cerpen yang disajikan Nur Suhada amat terkesan di hati dan menyentuh nubari saya. Nur Suhada mempersembahkan kisah yang terselit unsur nasihat dan motivasi. Dan yang paling seronok, di setiap cerpen diselitkan informasi buku-buku lain. Ada yang menekankan ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis. Apa yang paling membuatkan saya kagum ialah seolah-olahnya Nur Suhada mempunyai ilmu yang meluas dalam aspek seni. Dari seni kesusasteraan melayu, adat tradisi dan muzikal melayu, seni ghazal, zapin, may yong, seni silat sehinggalah ke seni moden spt grafiti dan seni fotografi. Seperti tidak berkesudahan.....tema yang diangkat ialah persahabatan dan kekeluargaan. Membaca cerpen Nur Suhada umpama mengangkat kembali semangat seni, cintakan tanahair dan sejarah dalam diri yang sudah lama merudum. Kadang-kadang terasa seolah-olah Nur Suhada sedang menceritakan perihal dirinya sendiri, kisah benar yang telah dialaminya. Tenggelam dalam dunia bacaan cerpen, saya harap Nur Suhada akan terus menulis cerpen dan akan lebih banyak lagi buku cerpen lain dari Nur Suhada. Insya Allah, next mission - Pluviophile.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.