Jump to ratings and reviews
Rate this book

JAHAT

Rate this book
Kerana sehelai sut, seseorang mati di tangan Affan. Hari-hari Affan sebagai orang bebas akan tamat jika dia terus di KL, jadi dia perlu melarikan diri. Namun apalah advencer tanpa perempuan di sisi. Di sinilah munculnya Jude, seorang kashier 7-Eleven. Affan mengajak perempuan itu mengikutnya dalam kembara jalan ke utara.

Satu lagi pembunuhan berlaku, kali ini oleh Jude. Maka secara rasminya, Affan dan Jude bersalah dalam dua pembunuhan berbeza.

Seorang melarikan diri dari polis, seorang lagi dari penjahat. Dan masing-masing menyembunyikan rahsia dari satu sama lain. Ini kisah tentang pelarian, pengkhianatan, dan lagu Jazz yang menemani perjalanan mereka.

300 pages, Paperback

First published January 1, 2016

5 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Syafiq Ghazali

19 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (17%)
4 stars
31 (28%)
3 stars
47 (43%)
2 stars
7 (6%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews16 followers
December 25, 2018
Perfect! Penulisan yang kemas dan mengkhayalkan. Bagi akulah. Walaupun kalau nak cakap cerita ni tak logik pun, bak kata Hakimi fiksyen ni realiti yang melampau.

Kenapa mengkhayalkan? Sebab aku rasa aku jarang boleh duduk baca 20 pages straight, aku cepat hilang fokus. Tapi buku ini cepat je habis. Contoh aku start page 210, selak baca selak baca tau² je habis. Jarang aku nak macam ni. Jadi aku kira penulisan Syafik Ghazali ni mengkhayalkan.

Ending pun kemas, mind blow. Unexpected.
Oh ya, lagi sedap dan feeling buku ni kalau dibaca sambil dengar lagu Jazz. Steady aku satu malam layan playlist jazz dekat spotify sambil baca buku ni. Feeling sungguh!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
February 20, 2019
Okeyyy, asalnya nk bg 3.5*, tp semakin nk habis, semakin syok pulak ceritanya. So, aku bg 4* terus.

Ending buku ni agak mengejutkan aku😂. Maklumlah, biasanya kebykan buku2 fixi endingnya sedih, mengelirukan atau pun haprak. Tp JAHAT sebaliknya, endingnya smooth and happy jer. Mudah, tak memeningkan kepala langsung. Semudah watak Affan yg sentiasa cool.

Dan mestilah aku suka dgn ending JAHAT, sbb ending sebegitu menyenangkan hati aku😋.

Watak2 cerita ni pun best. Affan dgn lawak sarkastiknya, Hakimi dgn falsafah entah apa2nya. Sesuai jer 2 org ni jd kwn😂. Itulah... Mula2 Affan ni menyampah dgn Hakimi yg byk ckp, sudahnya last sekali dia mintak tlg Hakimi jgk utk selamatkan dia daripada polis😂. Tp aku memang suka laa dgn watak Hakimi, sbb dia betul2 baik. Bkn kaki khianat mcm watak lain.

Plg aku benci watak malaun(yg aku tak ingat namanya) yg Affan sangkakan kwn baik, rupa2nya pengkhianat. Walaupun watak malaun tu satu babak jer, tetap aku rasa menyampah🤣.

Tentang watak Jude, aku takde komen. Sbb aku rasa takde yg menarik pun watak dia tu selain dari rambut dia yg berwarna merah🤔.

Dari segi jln cerita, mula2 jerlah rasa mcm slow or bosan sikit, tp lama2 akn rasa okey dan tenanggg~

Tenang sbb Affan ni jenis cool laa. Kena buru polis pun relax jer dia drive ke mana2. Tak runsing langsung dgn status diri dia sbg penjenayah yg dikehendaki.

Tp memang bodohlah Affan ni, sut punya pasal, tak pasal2 jd pembunuh🤣.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 9, 2019
Advencer yang sangat menarik, ala-ala Hollywood Bonny & Clyde katanya.

Si uda dan dara menjadi pelarian, cuba melarikan diri dari cengkaman pihak berkuasa. Cuba bersembunyi di dalam dunia, yang obviously sempit.

Novel ni buat aku teringin nak layan jazz.
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 18, 2016
Too jazzy for my taste

Maaf, saya berjiwa rock...hahaha...memang tak boleh masuk dengan jazz :p

Saya masih pelik bila memikirkan seseorang yang ingin melarikan/menyembunyikan diri tetapi begitu menonjolkan dirinya. Suit and fedora alone would attract attention in Malaysia, tapi ditambah pula teman wanita berambut merah dan kereta klasik volvo berwarna merah?

Hmmm...
Profile Image for adinatagus.
12 reviews10 followers
March 19, 2016
Bagiku,Syafiq adalah penyair yang menyusun plot, dan pencinta jazz sejati atau bukan Syafiq sebaliknya Affan.

1- Billie Holiday - The Sunny Side of The Street
2- Ray Charles - I Wonder Who's Kissing Her Right Now
3- Sarah Vaughan - What a Difference a Day Makes
4- Nat King Cole - Embraceable You
5- John Coltrane - Blue Train
6- Sarah Vaughan - Summertime
7- George Benson - The Masquarade is Over
8- Thelonious Monk - Blue Monk
9- Nat King Cole - It's Only a Paper Moon
10- Ella Fitzgerald - Tenderly
11- Billie Holiday - Blue Moon
12- Frank Sinatra - Sweet Lorraine
13- Charlie Parker - Now's the Time
14- Mel Torme - Night and Day
15- Ella Fitzgerald - How High the Moon
16- Ella Fitzgerald - A Tisket,A Tasket
17- Ella Fitzgerald - I've Got You Under My Skin
18- Duke Elington - Take the 'A' Train
19- Louis Amstrong - A Kiss to Build A Remember
20- Nat King Cole - Route 66
21- Jimmy Rushing - Exactly Like You
22- Dinah Washington - Blow Top Blues
23- Dave Brubeck Quartet - Take Five
24- Carol Sloane - As Time Goes By
25- Carol Sloane - In a Sentimental Mood

Kegelapan selalu mempunyai cara yang aneh,cara yang sukar untuk ditafsir dalam mengejutkan kesunyian di dalam diri kita- Affan.
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
June 30, 2018
Sepasang sut Brioni yang memulakan segala. Bila Affan bawa saya beradvencer dia juga sebenarnya bawa saya meredah naratif dalam kejutan, cemas, aksi dan perasaan yang boleh meruntuhkan sebuah kota. Saya suka permainan plot penulis. Momentum bacaan saya bertukar ritma naik turun seperti beat muzik. Ada sekumpulan artis jazz sedang mengalun irama di belakang tabir. Hiburan percuma dan setin coke!

Sebenarnya saya tak berapa gemarkan Hakimi (pada mulanya). Betullah dia banyak cakap, tapi hal panoptikon dan novel tulisan dia tu sangat menarik. Perkembangan dan penambahan plot dan watak begini sangat bagus, tidaklah bosan. Terhibur saya dengan kehadiran Hakimi dan pemikiran dia tentang hal Affan dan Jude juga sangat rasional. Tidak emosi (walau mulanya dia panik) malah sanggup membantu pada saat akhir.

Advencer ke aksi, pistol dan peluru juga sahabat baik yang mula berubah hati-- penceritaan jadi kelam kabut sikit. Tapi okay saja, lagipun dari awal memang sudah ada hal jenayah pasu bunga jadi ini sudah dijangka. Bahasa cerita bagus, tidak meleret. Perbualan dan dialog terutama antara Jude dan Affan paling menarik-- ringkas and to the point. Suka betul interaksi Jude dan Affan :')

Membaca JAHAT sebenarnya buat saya teringat perasaan waktu membaca KASINO. Entah kenapa rasa watak Affan dan Narcissus macam serasi saja perangainya.

JAHAT is not bad after all. Terima kasih untuk advencer yang kool dan hip juga mix-tape jazz, Affan! Rating sebenar 3.5 bintang!
Profile Image for farahxreads.
717 reviews261 followers
March 21, 2022
Semuanya bermula kerana sehelai sut Brioni. Sehelai sut Brioni yang mencetuskan pembunuhan, pelarian, pengkhianatan dan lagu-lagu Jazz yang menemani advencer si Affan dan Jude.

Benarlah orang kata bahawa bab 1 ataupun permulaan cerita bakal menentukan nada keseluruhan cerita tersebut - dan saya sangat tertarik dengan bab permulaan naskhah ini dimana kita dibawa untuk berfikir bahawa Affan ini merupakan seorang yang sadis - dan dibawa kepada insiden yang mencetuskan segalanya. Dengan laras bahasa yang sangat kemas & smooth, saya tahu saya akan sukakan buku ini.

Walaupun ini kisah advencer, elemen advencer nya tak begitu intense pada saya. Hanya secukup rasa saja. Mungkin penulis boleh bagi penulisannya yang akan datang lebih power dari segi plot cerita. Saya lebih tertarik dengan monolog dan apa yang difikirkan/dibualkan oleh Affan. Oh ya, dan juga Hakimi. Affan dan refleksi beliau tentang kehidupannya yang dibelenggu rutin, tentang politik, hal-hal cinta dan kegilaan beliau terhadap Jazz. Hakimi dan falsafah dan penulisannya juga membuatkan saya berfikir-fikir tentang banyak hal.

”Tapi itulah hidup, bahagian senangnya sedikit, bahagian sukarnya banyak,”

Dan JAHAT buat saya teringin nak layan jazz. Saya dah buat satu playlist lagu-lagu yang ada dalam naskhah ini. Semangat. Malam ini layan. Rating sebenar: 3.5/5 bintang!
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
January 19, 2018
Mungkin saya terlalu berlebihan mengharapkan pengalaman enak yang sama sewaktu membaca cerpen-cerpen Syafiq. Novel ini agak mendatar. Bolehlah nak buat baca-baca sementara mengisi masa.
Profile Image for Errah Bonasera.
3 reviews
March 10, 2016
Penulis peminat sut berjenama (atau kalau dia tak minat, maknanya dia google kaw-waw). Sangat detail penulis describe sampai aku boleh bayangkan macam mana rupa sut tu. Peminat lagu jazz. Ada beberapa lagu yang aku familiar, selebihnya aku download mp3 untuk dengar sebelum tidur. Pendek kata, novel ini ternyata punya kelainan. Tak payah lokasi jauh-jauh, dari KL ke Penang pun dah boleh build storyline yang mantap. Aku habiskan separuh hari baca novel ni dan memang puas hati dengan storyline ala Bonnie and Clyde Malaya ni. Berbaloi beli walaupun MPH bagi diskaun sempena Hari Wanita Sedunia kelmarin. :)
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
July 27, 2016
banyak kali terhenti bacaan.

entah mengapa, aku rasa lagu2 jazz tu lebih menarik dari jalan ceritanya agak mendatar..

klimaks yang tak menjadi, aku mengharapkan perjalanan yang lebih bermakna selain bibit2 cinta ala2 kisah ganster 90-an....

apa pun tahniah untuk penulis.
Profile Image for Farrah.
62 reviews2 followers
March 1, 2020
Susahlah. Slow sikit tapi habislah jugak. Jahat ni kadang-kadang macam menyakitkan otak tapi kalau yang tak sakit tu, seronoklah pulak... 😅
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
September 16, 2016
Aku teringat dengan Lokman Hakim yang turut menyukai muzik Jazz. Naik kereta beliau dari Johor hingga ke Kuala Lumpur tahun lalu, kami juga turut ditemani dengan Julie London, Martin Taylor, Billie Holiday, Duke Ellington dan ramai lagi sampaikan kami bersesak-sesak di dalam kereta beliau *Gurau*.

Jalan ceritanya sangat mendatar. Mungkin aku terlalu meletakkan ekspektasi yang tinggi dengan buku ini. Kekadang aku rasa Affan sangat bodoh walaupun aku nampak dia macho dengan gaya, body language dan pemikirannya. Tapi aku setuju dengan pembaca yang lain. Dia terlalu santai dengan apa yang dia dah buat. Kemon, kau bunuh orang kot. Sampaikan aku harap, bangla yang mati tu boleh jadi hantu dan buat Affan kelam kabut. Hahaha.

2.5* untuk JAHAT!

Kaver Jahat, nice!

Owhh ya aku harap suatu hari nanti, ada orang sudi tumpangkan aku naik kereta klasik macam Affan punya. Hiks!

Apa-apa pun kalian bacalah dulu. Mana tahu kalian akan menyukainya?

Peace!
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
July 5, 2017
Pengajaran saya dapat. Jangan baca apa pun time sakit. Takkan lekat kat otak. Tapi sebab saya dah baca separuh sebelum diserang selesema maka malas stop. Kang lupa pula.

Kerana satu suit custom made (mahal giler kot suit jenama tu), Fan dengan tak sengaja telah bunuh pekerja kedai dobi. Jadi jalan penyelesaian Fan ialah lari sebelum polis tangkap. Tujuannya ialah Penang.

Tapi takkan lari sorang pula kan. Pelarian mesti ada partner. Fan pilih gadis muda rambut merah dengan senyuman yang mampu meruntuhkan kota. Perghh. Ada ke senyuman camtu?

Jude, bukan sebutan Jud tapi Ju-de. Pelik giler kot sebut camtu. Dah macam Jedi dengan sebutan Je-di dan bukan Jedai. Okey saya dah merapu. Sakit la katakan. Nama gadis rambut merah tu.

Jude setuju ikut Fan. Dan di apartment Jude masa dia nak ambil barang, dia pun dengan tak sengaja bunuh orang. Maka nak tak nak, kenalah juga dia lari ikut Fan.

Kata Hakimi mereka mungkin berada di masa yang salah di tempat yang salah. Kata saya mereka manusia bodoh yang ada pilihan tapi pilih yang bodoh. Berada di tempat salah pada masa yang salah boleh dipakai time kau tetiba berhenti di tingkat bawah flat dan entah camne pasu bunga jatuh atas kepala kau.

Lagu Summertime je saya tahu sebab dinyanyikan dalam I Can See Your Voice. Saya akui saya obses dengan rancangan tu sekarang.

Bonnie dan Clyde kena tembak. Fan dan Jude?

Fan dan Jude yang tiada survival skill and mostly depends on luck. Pelarian camne ni? Pelarian patut blend in dan ubah imej. Bukannya...haishhh.

And ayat meleret buat saya faham perasaan Fan masa Hakimi dan Jimi bagi ceramah percuma mereka. Not good bila ko sakit. Ada sedikit sentuh bab politik.

Overall, cerita ni akan buat saya fikir lama. Manalah tahu satu hari nanti saya hantar baju ke dobi dan jadi camni kan. So ada la knowledge sikit.
Profile Image for Nazri Zulkafli.
9 reviews
September 24, 2024
Saya bukanlah peminat muzik Jazz. Namun, pada setiap judul lagu yang tertulis, saya cuba mainkan di Spotify saat pembacaan untuk cuba tenggelam dalam penceritaan.

Genre seperti ini bukanlah seperti yang selalu saya pilih untuk baca. Plot tersusun kemas namun monolog Affan, bagi saya, terlalu banyak diterapkan dalam penceritaan sehingga membuatkan advencer yang dilalui kelihatan tidak begitu intense. Kesannya saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel ini. Usai 4-5 muka surat, perhatian saya mula menerawang ke sana sini dan tidak lagi melekat pada buku.

Adakah itu bermaksud buku ini tidak berbaloi untuk dibaca? Tidak semestinya. Jalan ceritanya mungkin kelihatan datar pada permulaan, namun saya agak tertarik dengan premis yang cuba disampaikan oleh penulis. Ala-ala Bonnie dan Clyde, latar lokasi yang menjadi pilihan tidak perlu terlalu jauh, cukup KL ke Penang.

Syukur ada watak Hakimi! Mungkin pada mula saya mempunyai pendapat yang sama seperti Affan, Hakimi hanya menyibuk dan sangat annoying. Namun, perlahan-lahan saya mula menggemari watak itu. Ada perubahan karakter sehingga pada akhirnya lelaki itu berani untuk membantu Affan dan Jude. Karakter yang mula banyak bercakap dan cepat panik bertukar lebih matang (walaupun dia masih banyak bercakap).

Kesimpulan? Bukan bacaan utama saya. Cuma satu bacaan untuk meneutralisasikan perasaan, selingan sebelum saya memulakan novel lain yang lebih berat plot penceritaan.
112 reviews3 followers
May 4, 2019
Aku dah baca Kiub dulu jadi bila baca buku ni, sampai 3/4 buku pun aku 😑😑

Mungkin aku tak boleh relate kut. Aku suka muzik Jazz tapi bukan peminat. Isinya banyak deskriptif. Bagusnya tak banyak sangat cubaan mendidik dengan fakta, dan tak ada bermuka-muka surat sembang entah apa yang langsung tak de kesan.

POV 1 dalam naskah ni juga mungkin membuat mood aku terbunuh. Aku tahu ia tidak mudah. Tapi usaha yang baik. Ada masanya aku suka humor yang MC lontarkan.

Keseluruhannya buku ni menyentuh tentang kegilaan dan kesan-kesannya. Ia menjadi dasar kepada cerita, menjadi alasan untuk setiap tindak-tanduk yang tidak logik.

Aku sangka aku akan sukakan endingnya tapi tak. Aku cuma boleh kata aku suka 1/4 terakhir buku ni sebab ada watak inspektor polis. Hehe. Memang taste!

Apa-apapun, ada perbezaan dengan Kiub yang mana aku nampak dah lebih baik. Jadi aku ok2 sajalah dengan buku ni.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
May 14, 2019
Tempo pembacaan agak perlahan pada awal-awalnya. Sedikit meleweh. It made me sleepy. Tapi lepas scene Affan mengajak Jude untuk sebuah roadtrip, it was a smooth reading for me. Halaman demi halaman dibaca dengan lancar. Rasa macam tak nak stop. Tapi cerita yang seronok elok dibaca perlahan-lahan. Baru lah dapat feel advencer tu.

Sepanjang pembacaan ni, I can't help myself from imagining that Affan tu dilakonkan oleh Izzue Islam dan Jude mungkin boleh dilakonkan oleh Octavia Manrose atau Emma Maembong. Haha banyak tengok TV aku ni.

Lastly, aku harap ada orang rajin dan baik hati untuk compile semua lagu jazz yang dipetik dalam novel ini dan jadikan sebuah playlist di Spotify. Thank you! 3.5 bintang!
Profile Image for Fariz Ghazali.
5 reviews
October 21, 2017
Ditengahnya agak meleret. Kisah cintanya simple, sesuailah bagi dua orang lelaki dan perempuan yang terperangkap dalam satu situasi yang isolated dan sesiapa pun tak boleh nak tahu. Keseluruhan story tellingnya bagus.

Belum masak, tapi penulisan dan penceritaan Si Shafiq ini aku rasa akan matang dengan beberapa novel lagi. Jahat ada elemen-elemen penulisan hebat yang akan mature very very soon.

Layan jugak mise en scene Jahat ni. Set-up nya stylo. Cliché tapi stylo. Aku terbayang cerita Snatch (Guy Ritchie) entah kenapa. Overall nice.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mohd Asyraf Abdul Nasir.
67 reviews3 followers
May 11, 2019
Buku ketiga penulis yang aku baca. Satu lagi kisah advencer yang permulaannya agak meleret seperti ada ayat yang tak perlu untuk di huraikan secara berjela.

Pengembaraan sebenar bermula ketika Affan dan Jude bertemu Hakimi atau setelah mereka sampai di Penang. Disitu permulaan perasaan ingin tahu bila membaca.

Ceritanya lebih kurang dengan Fantastik tulisan Hasrul Rizwan yang keluar tahun ini (2019), cuma bezanya pada jenis humor yang disajikan penulis.

Keseluruhannya mungkin 3.5 bintang, mungkin juga 4?
Profile Image for Bil Halim.
82 reviews10 followers
August 28, 2018
-Aku suka-
Seseorang itu hanya boleh berada di tempat salah pada masa salah untuk satu kali. Hanya satu kali. Lepas tu, apa yang jadi, bergantung kepada pilihan yang dia buat.
Juga Affan yang lepaskan semua benda,phone, volvo 122s, fedora,sut Brioni demi sesorang yang dia jangka bakal runtuhkan kota kota dalam dirinya di masa masa depannya.

Kenapa Affan ni mengingatkan aku pada kawanku Tan sri Lan huh
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
July 27, 2024
Best! Bila baca buku ni rasa macam berada kat luar negara. Even latar belakang sebut kat dalam Malaysia, tapi cara buku ni bercerita macam kita tonton filem2 English yg klasik2 moden. Tak tau nak cakap. Dengan latar muzik Jazz. Jenis kereta yang dipakai. Suit & outfit. Memang rasa klasik. English classic. Agak banyak bebel buku ni. Tapi tetap layan. Sebab kalau tgk cerita or Movie English memang banyak cakap kan. So memang ada feel la. Kesimpulan best cerita ni. Boleh layan.
Profile Image for Mohamad Fais.
18 reviews2 followers
December 14, 2017
Seperti biasa, membaca tulisan Syafiq Ghazali menimbulkan perasaan nyaman yang mencuri masuk ke dalam hati. Ada cerita dalam cerita yang kau perlu baca sendiri. Tentang muzik jazz, perempuan dan sut Brioni. Diam-diam syafiq memasukkan 'survival of the fittest' oleh Charles Darwin, antara seni dan hiburan yang mana satu dikejar manusia? Itu kau perlu baca sendiri.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
July 25, 2019
'Segalanya yang kau perlukan untuk sebuah [cerita] adalah seorang perempuan dan sepucuk pistol.' - Jean-Luc Godard

Yes. Kalau dah namanya hero, pasti ada heroin disampingnya. It's a fun ride bebehhhh!

Agak lambat jalan penceritaan dia. Perlukan kesabaran yang tinggi. Oh ya, mungkin sambil membaca sambil mendengar jazz~ (kalau aku, yes. Aku tidur terus)
Profile Image for Rafiq.
24 reviews
September 26, 2022
Mengisahkan tentang hanya kerana sehelai sut Brioni, kes pembunuhan, pelarian, pengkhianatan dan macam-macam lagi berlaku dalam advencer Affan bersama Jude.

•single POV
•permulaan agak slow pace, tapi makin lama baca makin best build-up dia
•storyline tersusun baik
•nice ending!!

worth reading, 5 stars~
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 27, 2021
Semuanya bermula dengan sepasang sut Brioni. Dari situ muncul satu persatu masalah baru. Kembara 4 hari antara Affan dan Jude lari dari masalah. Terhibur dengan humor Affan yang muncul dalam keadaan cemas.
Profile Image for readwithkai.
154 reviews3 followers
October 12, 2021
Baca full review di sini: https://kyratulamira.blogspot.com/202...

Took longer than expected to finish this. The first half of the book is quite boring, tak tahu ke mana author intend to bawak cerita ni pergi. At one point author sendiri ada mention buku ni nak jd buku teks atau fiksyen which I agree wholeheartedly.

The starting tu gempak jugak lah walaupun buat aku seram dgn Affan ni sebab sanggup bunuh orang semata sut dia kotor. Ada beza orang panas baran dan psiko. Aku kira Affan ni tergolong dalam yg kedua tu. POV dia pun tak berapa menarik. Kadang2 mcm pretentious pun ya jugak. Tapi sebab dia dah awal 30-an dan aku sebaya Jude, jadi kurang tertarik dgn monolog dalaman Affan. Dia mcm kurang berperasaan. Empati apatah lagi. Tapi dah nama pun psiko kan. Tapi aku suka la bila dia tenang je berdepan dgn situasi yg boleh buat orang biasa terkencing. Aku salut.

Jude pulak kadang2 ditulis mcm pick me girl. Lagi2 part dia makan tak acah2 sopan depan Affan tu. Aku pun takdelah minat sgt dgn minah ni kecuali rambut merah dia tu. Kiranya kalau Jude ni yg jaga 7 eleven tempat aku pergi, aku nak cepat2 blah la sebab tak vibe dgn dia.

Aku rasa first half tu boring sbb bnyk sgt falsafah sampai aku ngantok baca. Author bnyk benda nak share tapi mungkin lebih sesuai pd blog bukan buku, bg saya lah. Lagi2 buku yg dikategorikan sebagai fiksyen pulak tu. Tapi separuh terakhir cerita ni mula pick up its pace. Banyak dialog dgn watak lain dan mula discover siapa Jude sebenarnya. Part tu menarik jugaklah.

walaupun aku tak suka Affan, tapi aku suka minat dia terhadap Jazz dan Humphrey Bogart. Dia buat aku dengar Jazz jugak sambil baca.

Gaya bahasa penulis pun indah. Cuma kadang2 ada mcm meleret tapi apedehal. Aku suka metafora dan simile yg digunakan sbb menarik dan boleh relate.

Aku rasa kalau korang nak baca cerita action packed, bukn buku ni lah jawapannya. Kalau korang saje nak isi masa lapang and takde idea nak baca buku apa, bolehlah baca buku ni sambil2 tu belajar serba sedikit drpd falsafah yg dikongsikan dlm buku ni.
Profile Image for KAE.
17 reviews
June 25, 2024
DNF

Terlalu perlahan, mendatar dan terlalu banyak penjelasan/huraian untuk sesuatu yang boleh diabaikan. Ibarat penulis hanya mahu mencukupkan patah perkataan tanpa memikirkan jika pembaca akan tertarik atau tidak. Mungkin saya akan cuba habiskan buku ni suatu hari nanti.
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
July 21, 2016
Apabila aku mula baca Cerpen Terbaik 2015 selenggaraan Wan Nor Azriq dan mendapati cerpen Syafiq Ghazali, Siapa Bunuh Keluangman? sebagai cerpen pertama, minda bawah sedar aku berkata, "Ini adalah sebagai penarik untuk baca cerpen-cerpen seterusnya." Aku kata begitu sebab cerpen-cerpen Syafiq yang aku dah baca, antaranya di SelangorKini memang best dan aku sangat suka. Ia mungkin seakan sama dengan gaya penceritaan cerpenis-cerpenis baru, muda dan menjanjikan yang banyak muncul sekarang tetapi ia telah berjaya keluar dengan sangat jauh dari satu penyakit yang aku rasa ramai hidap, iaitu poyo. Poyo telah jadi satu penyakit dalam karya tidak kira karya kau arus perdana atau indie. Tidak semestinya kau indie kau tidak poyo. Tetapi Syafiq Ghazali, lewat karya Jahat terbitan Fixi ini sama sekali tidak poyo. Dan ini yang membuatkan aku suka kepada karya-karyanya. Lepas ni aku nak cari kumpulan cerpen dia, Bahagia Dalam Balang Kaca terbitan ITBM.
Profile Image for Firdaus Ahmad.
19 reviews
May 2, 2016
nice plot, tapi pace agak slow. kemudian laju balik, then slow balik. cool & sexy main characters (oh yeah, maybe disebabkan background muzik ni kot -Jazz). saya boleh kata, ni adalah Bonnie and Clyde versi Melayu.heheh
overall, it was okay. keepitup!
Profile Image for Mior Ikhmal.
12 reviews
May 17, 2016
Saya beli buku ni on impulse sebab ada quote yang cool pada prakata dan sinopsis yang menjanjikan roadtrip. Buku ni bagi saya beberapa lagi quote yang cool, roadtrip, dan beberapa lagu jazz yang sedap. I couldn't ask for more.

Dan "OK, Enough, A. Samad Said!" was hella funny.
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.