Jump to ratings and reviews

Saya Sayang Nabi: Kisah Hidup 25 Rasul Allah s.w.t.

Kisah-kisah nabi bermula daripada Nabi Adam, iaitu manusia pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t. hinggalah ke junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., iaitu utusan yang terakhir.

Sebagai seorang Muslim yang mempercayai rukun iman, keyakinan kepada nabi dan rasul adalah antara yang wajib diikuti. Bagaimana mahu mencontohi jika kita tidak tahu tentang perjalanan hidup mereka?

Insya Allah, buku ini membantu kita mengenali siapa 25 rasul pilihan Allah s.w.t. dan mengetahui sejarah hidup mereka. Ini pasti menjadi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna-warni. Semoga sejarah hidup dan akhlak mulia para rasul ini dapat dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.

248 pages, Paperback

First published April 14, 2014

Loading...
Loading...

About the author

PTS Junior

6 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (71%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
January 13, 2016
Baca buku ni, sebab nak relax kan otak...lepas baca novel tebal. Buku ni sebenarnya, untuk kanak-kanak...setiap mukasurat di sertakan dengan ilustrasi yang menarik dan berwarna warni...sesuai sangat untuk mak bapak yang suka bacakan anak buku sebelum tidur..daripada bacakan cerita2 macam cinderella, snow white..saya galakkan buku ni, Kisah Hidup 25 Rasul Allah s.w.t... banyak teladan dan kebaikan yang boleh di ambil...

Sebenarnya untuk orang yang makin meningkat usia ni pun..elok juga baca...hahaha..Iyelah. seiring peningkatan usia ni..kalau kisah Rasul ni..yang pasti orang ingat kisah Nabi Adam a.s, Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Ismail a.s,Nabi Musa a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Yusof a.s, Nabi Luth a.s, Nabi Hud a.s dan Nabi Saleh a.s saja kan... Kisah Nabi yang lain, tentu ada yang ingat2 lupa ataupun tak tau langsung. Jadi, tak salah beli buat koleksi..ada masa, boleh selak2 balik..untuk sentiasa ingat dan tahu, tentang sirah nabi2 Allah ni..
Displaying 1 - 1 of 1 review