What do you think?

Basikal Karat
Hidup ini ada banyak pilihan. Pilihan itu adalah tanggungjawab kita untuk tentukan. Hasil daripada pilihan itu, ia bakal mencorakkan kehidupan kita.
Dakwah adalah jalan hidup pilihan aku. Meskipun masih muda, namun aku selesa dengan kehidupan yang penuh dengan pentarbiahan ini, sama ada memberi mahu pun menerima. Hidup sebagai seorang pelajar universiti, aku tidak dapat hidup sebagaimana mahasiswa biasa yang lain. Kehidupan bertarbiyah memerlukan aku untuk berlari sentiasa. Itu tandanya begitu banyak tugasan dakwah yang belum terlaksana.
Keikhlasan itu penting dalam berdakwah. Nawaitu memainkan peranan untuk memberi kecekalan terhadap diri pendakwah. Tidak dinafikan kini ramai golongan belia yang melibatkan diri dalam aktiviti dakwah. Namun ramai yang kecundang di tengah jalan. Ini semua kerana aktiviti berdakwah dilakukan kerana mengikut kawan.
Basikal Karat memaparkan kisah-kisah yang berupaya menjadi inspirasi kepada golongan anak muda di medan dakwah. Kisah-kisah ini adalah realiti yang sering terjadi kepada pendakwah-pendakwah muda seperti kita. Rasa futur tidak semena, rasa dipinggirkan dalam jemaah, rasa pokai sentiasa, rasa penat beraktiviti, rasa menipu keluarga dan pelbagai rasa lagi.
Oleh itu, Basikal Karat mengajak anak-anak muda untuk sentiasa menjadikan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian sebagai pengajaran yang mematangkan.

176 pages, Paperback
First published January 1, 2015
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
August 22, 2025
Buku ni saya beli preloved dari kawan. RM 5 je kut. Saya tak research apa-apa pun sebelum beli dan pertama kali juga dengar nama penulis Ukhti Mawar. Jadinya, seawal pembacaan saya dapat rasakan ‘vibes’ nasihat dalam bahasa santai dan mudah. Simple tetapi menusuk.
Tema utama buku ini mengetengahkan isu-isu dalam dunia dakwah dan usrah. Saya dapat memahami banyak juga perkara berkaitan dengan usrah kerana dulu ada pengalaman join usrah, daulah, mukhayyam di universiti. Selain daripada itu, para pembaca boleh juga relate dengan tanggungjawab dakhwah. Amar makruf nahi mungkar. Tak semestinya kita perlu jadi yang terpaling berilmu atau sempurna untuk melakukan dakwah. Ia nya tanggungjwab.
Antara poin penting yang saya belajar dari penulis dan buku ni:
para pendakwah/anak muda/kita perlu suka dan banyak membaca
semua orang wajib jadi cikgu/pendidik
perlu asah skill pengucapan awam untuk menyampaikan sesuatu
jaga kekemasan dan imej diri, jangan comot dan pengotor
jangan rendah diri tak kena tempat
Banyak lagi pesanan dan ibrah yang boleh dipelajari dari buku ni. Saya rasa tertampar, semestinya bacaan seperti ini perlu dilazimi kerana fitrahnya manusia perlu diingatkan selalu.

September 8, 2026
Selingan anekdot, motivasi dalam dunia tarbiyah dan dakwah dan cerpen di penghujung karya ini menjadikan ia suatu buku yang berwarna-warni dengan cara tersendiri.
Suka dengan cerita pasal jiran penulis di Politeknik Port Dickson. Bagus betul anak-anak lelaki soleh yang memahami dan mengamati adab dalam berjiran.
Penulis banyak mengingatkan untuk membaca bahan bacaan yang bergenre fikrah Islami seperti karya Fath Yakan, Imam Hassan al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi.

February 6, 2022
Q U O T E
"Wahai anakku yang tercinta, hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut perbuatanmu."
_Kitab Ayyuhal Walad; Imam al-Ghazali

November 14, 2022
Buku yang menyentuh tentang banyak perkara mengenai kehidupan.. Menggunakan basikal sebagai analogi dalam penyampaian.. Bacaan yang bagus..
Displaying 1 - 4 of 4 reviews