Untuk meraikan harijadi Mira ke-20 tujuh tahun dahulu, Akim melamar dirinya untuk menjadi kekasih hatinya— sambil disaksikan sebiji kek Red Velvet di hadapan mereka.
Seminggu lagi, Akim dan Mira akan diraikan di sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan — yang akan diakhiri dengan pemotongan kek Red Velvet setinggi lima tingkat. Jalan hidup mereka indah seolah-olah karya dongeng.
Tetapi Akim menerima sepucuk kad RSVP dan sebuah kotak hadiah setinggi 6 kaki yang bakal mencemar majlis perkahwinannya. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong kek Red Velvet pada hari persandingan mereka?
Idea dah ada. Plot twist pun ada. Penyusunan ayat pun dah menarik. Tapi kekurangan cerita ni ialah dari sudut thriller-y tu tak cukup. Nak kata kejam pun takde la kejam sangat. Aku mengharapkan penulis kurangkan jenaka-jenaka hambar sebab dia berjaya merencatkan mood aku. Contoh, aku tengah saspens untuk part yang sekian-sekian dan tibe-tibe ada lawak hambar dekat situ- aku pun auto tergelak since aku ni spesis mudah terhibur. Dia jadi kacau kat situ. I need the suspens's vibe tu.
The biggest reason aku bce buku ni smpai jumpa perkataan bersambung tu is because of aku nk tau sape SYAITAN(?). Unbelievable ya! Segala teori yg aku buat habis kena langgar dgn plot twist hahhaha. Dalang dia tu mcm very unexpectedo. Macam -tibehhh je kau ni 😂
Paced pembacaan aku untuk buku ni kadang-kadang laju dan kadang-kadang mendatar. Part mendatar tu mmg sumpah cakap bosan gila 😴. At some point aku rse bende tu useless. Tak payah ada babak tu pun takpe sbb takde benda pun. Tak membantu penceritaan tu. Sekadar untuk panjangkan cerita mungkin 🤔.
Aku akan sambung baca untuk velvet dua sbb byk lagi plot-hole. Aku harap untuk velvet 2 ni sedikit sebanyak menjawab apa yg tak terjawab di velvet 1
Gaya penulisan aneh dengan ayat-ayat janggal untuk sebuah novel thriller/saspens/jenayah. Penulis mungkin boleh cuba genre komedi lain kali.
Ketika membaca, aku tak fikir tentang plot atau naratifnya pun, tapi aku nak tahu apa dalam fikiran editor masa dia baca dan sunting (kalau dia buatlah) buku ini.
Satu penderitaan yang menuntut kesabaran maha tinggi untuk mengkhatamkan novel ini; sesuatu yang tak akan aku ulangi untuk sekuelnya.
People say it's not the destination that matters but the journey instead. In respect to my experience in reading Velvet though, I was all about the destination. Velvet is your average typical thriller which started a week before the protagonist's wedding, when a suspicious early wedding gift arrived on his doorstep.
It took all my willpower not to flip to the end of the book to find out who is this person practically driving our protagonist out of his mind. Even though Velvet is your average typical thriller, what separates it from the others is how well-researched the scientific facts are.
It was hard, however, to like the protagonist mainly because he comes off as this rich spoiled brat who likes to play the victim and questions why these things are happening to him. It would have been better if the main character could have been written with a certain amount of complexity to display a sense of greyness in the character, to make the readers be able to sympathise with him more. The recollections of his memory could have been used to show his conflict with his past self but most of the time his past was just stated and brushed off.
An okay thriller and a good effort. It was probably not fair for the book to have been read right after I read Sahidzan's Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus, it was not fair to have been compared, even subliminally.
buku ni menarik sebenarnya, tapi.. entah, kurang rasa.
part pembunuhan tu memang superb, penulis leh terangkan sec details setiap cara penyeksaan ke atas mangsa ikut hukum2 sains. paling superb, dihubungkan pulak dengan kek lastnye. tapi, aku tak dapat hadam rasa sedih, resah or apa2 pada watak utama, Akim. mungkin, sebab ini penceritaan semula so boleh diterima kot cerita yang serba pantas ni.
masuk part kedua, yang lebih panjang, details dengan penyeksaan yang dilakukan menaikkan semula mood pembacaan. aku rasa part ni lebih menyerlah olahannya, tidak terlalu meleret2.
walaupun masih banyak tak terjawap, aku harap penulis dapat merungkaikan sebaiknya dalam buku seterusnya (atau merancang untuk trilogi?). just harap jangan lost dengan jalan cerita, dan element of suprise tu kena baiki sikit sebab memang sepanjang masa aku macam boleh agak jugak (n baca tanpa rasa).. cuma ayat last yang dua nyawa tu buat aku tertanya..
Cover tu dari jauh nampak macam seketul darah. Macam uri yang tak habis dimakan haiwan pun ada. Haha ke imaginasi saya terlebih sangat. Dan patung pasangan kat cover tu pula kalau dari jauh nampak macam playar multipurpose tu.
Tajuk dah ok. Kira Velvet ni boleh masuk untuk genre romantik, komedi atau seram. Atau mungkin lebih lagi.
Plot dah menarik walaupun jatuh kategori cliche. But, a good cliche is better than a bad original. Tapi sayangnya, tak dikembangkan dengan baik. Watak utama yang unlikable, masa dan tempat yang mengelirukan dan tentu yang paling hampeh, ada cliffhanger.
Satu note untuk penulis (tak kiralah siapa pun), kalau penamat buku pertama ada cliffhanger, dan nak sambung pada sekuel atau trilogi, saya cadangkan tulis kesemuanya sampai habis supaya ia boleh diterbitkan dalam jarak masa yang dekat. Dan cliffhanger tu mestilah buat pembaca berterusan nak baca. Bukannya dah sampai cliffhanger di buku pertama tapi pembaca tak nak cari dah buku kedua atau ketiga sebab dah tak berminat dengan watak atau jalan cerita.
1. Perincian watak yang amat-amat lemah dan tidak realistik. Macam kelakar pulak bila baca seorang demi seorang kawan-kawan si Akim ni mati, tapi dia relaks gila macam tak ada apa yang berlaku. A normal human being takkan behave macam tu, paling-paling dah kongsi berita ni dengan orang yang terdekat (cthnya, si 'tunang'nya Mira tu) tapi boleh pulak berkomplot dengan ayah dia untuk dispose all those bodies. Tak logik. Terlalu banyak situasi di mana Akim ni dibaca semacam robot tak bernyawa/berperasaan. Bagi aku watak Akim ni lack of identity, lack of character, so to speak. Banyak kali sepanjang baca naskah ni aku skim through je instead of going line by line sebab bosan dengan kekejungan ayatnya. Ayah dia lagilah... jangan cerita. Sangat robotik.
2. Naratif yang agak convoluted. Aku tahu penulis nak nampakkan Akim ni macam seorang lelaki yang brilliant, tapi terkadang terlalu banyak situasi di mana ayatnya kedengaran amat cheezy dan corny. Senang cerita, naratif keseluruhan cerita ni banyak "memberitahu apa yang berlaku" daripada membiarkan watak-wataknya bercerita. Terlalu banyak 'kebetulan-kebetulan' yang dibaca semacam hanya hendak panjangkan cerita, dan bukannya membantu pergerakan cerita. Macam contoh paling ketara sekali, kenapa pembunuhnya (aku tak tahu ID ke entah siapa, aku hilang nafsu hendak ambil tahu) siap buat segala macam perangkap bagai - tangki kalis pelurulah, kontenalah, kotak berisi tepunglah semata-mata nak 'balas dendam'. I mean, ya... dekat-dekat nak last tu dia ada cerita yang semua 'komponen-komponen' tu menjadi "kek red velvet", tapi apa simbolik kek red velvet tu dengan keseluruhan cerita? Tak dijelaskan dengan baik di situ.
3. Latar tempat. Aku tak mahu ulas lebih lanjut tentang benda ni. Aku boleh kasi kredit kepada penulis untuk tukar sikit-sikit nama lokasi tapi bila pembaca sampai tak tahu situasi tu berlaku kat mana, jam berapa, hari apa... then there's something wrong somewhere with the writing tbh.
Harap penulis tak kecil hati dengan ulasan aku. Tapi ayat/naratif dalam penceritaan amat-amat perlu dibaiki/diteliti. Aku tak salahkan penulis sepenuhnya, tapi aku juga salahkan tukang penyunting buku ni sebab tak bantu penulis untuk brush off writing penulis ni.
Aku berjaya abeskan pembacaan. Pembunuhan bersiri ni mcm terlalu cpt sgt berlaku. Part laki bini, terasa mcm nak kawen plak bila baca kisah romantik depa ni. Penulis mcm ada pengalaman. Kehkehkeh! Tapi ada sambungan pulak. Cpt2 tulis oiii
Aduh bersambung pulak. Sudahlah gigih aku habiskan cerita ni. Rasa macam panjang sangat tak habis-habis. The plot is good but the storytelling needs more improvement.
"Tidak akan tercipta sebuah kehidupan yang sempurna walaupun asas kehidupan itu dibina berteraskan sebuah siri kehidupan yang pahit atau apa yang dinamakan sebagai pengalaman kerana nikmatnya itu adalah terlalu rapuh untuk dipertahankan keindahannya apabila wujud dendam yang menggelegak di dalam hati syaitan yang kau rejam."
Awal bismillah, aku bagi 3⭐ untuk novel ni sebab jalan cerita dia tak sama macam apa yang aku bayangkan berdasarkan sinopsis yang disediakan di belakang buku.
Tapi aku gagahkan baca sebab aku tertarik dengan
" Adakah Mira berkesempatan untuk memotong kek Red Velvet pada hari persandingan mereka?"
Bab demi bab, aku mula rasa "ahh aku ingatkan ni cerita romantik yang akan berakhir dengan happy ending. Ternyata jangkaan aku salah. Penulis seperti membawa aku kembali ke zaman sekolah di mana kelas fizik dan kimia tu boleh buat kepala kau melekat kat meja sepanjang kelas.
Akhir kalam, aku bagi cerita ni 5⭐ sebab dia berjaya buat aku rasa sayang nak tidur sebab nak habiskan baca. Dia berjaya buat aku asah balik otak sains aku yang hampir berkarat ni. Dia buat aku rasa taknak masuk office sebab tak sabar nak tau apa akan jadi di muka surat seterusnya. Tapi maaf aku terpaksa palingkan muka pada babak tertentu sebab aku bukanlah penggemar babak thrill dan pembunuhan.
Pernah terfikir tak yang sebiji kek red velvet boleh membunuh manusia? Penggemar kek red velvet, masih nak makan kek red velvet ke?
Seorang pegawai penyiasat yang menghadapi rintangan dalam menuju hari perkahwinannya. Dia perlu berhadapan dengan beberapa siri kematian yang melibatkan rakan-rakannya. Setiap kali rakannya mati, ada clue diberi. Dapatkah dia mengetahui si pembunuh melalui semua clue itu? Bagaimana pula dengan rancangan perkahwinannya?
Penulisan yang bersahaja tetapi menarik dan buat saya nak tahu kesudahan VELVET.
2.8 stars to be exact. Rating is based on Fixi books and not compared to mainstream publisher's books.
Do I like this book? Oh, I like the cover more than the content. Best ke buku ni? Mungkin best untuk sesetengah budak-budak science geek. I was a science student before [for 7 years not including primary school] but somehow, I didn't enjoy it due to several issues. Ini personal opinion je, tak perlu ambik bulat-bulat okay. YOU MIGHT ENJOY THE BOOK, JUST GIVE IT A TRY <3.
Pertama sekali, tahniaahhh kepada encik penulis sebab naskhah ni berjaya lahir (acewah!). Saya pun belum ada buku sendiri. Sebab tu, pendapat saya tak valid sangat pun untuk dijadikan kayu ukur kejayaan novel ni (skema pulak!).
THE GOOD
1) Fast paced. Event dalam novel ni cepat sangat. Lepas sorang, sorang pulak yang kena bunuh. Kalau korang suka novel bunuh-bunuh ni mungkin korang suka.
2) Benda yang buat pembaca baca jugak novel ni is because orang membuak-buak nak tau sapa sebenarnya Syaitonirrojimm XD. No pun intended. Berapa kali jugak flip muka surat belakang sebab nak tau siapa. Nasib baik tak ter-spoil diri sendiri eheh.
3) Tak ada censored scene walaupun cerita ni pasal kawin. I'm so proud of you, Mr writer. So proud *thumbs up - boleh la kalau nak bagi adik korang baca XD
THE BAD (SLIGHTLY)
1) It was too fast, sampaikan ada banyak emosi dalam buku ni, bagi Una, tak berapa nak sampai. Lepas sorang-sorang kena bunuh, watak utama yang poyo dan kaya-raya tu macam takde perasaan. Memangla penulis ada cakap yang dia menyesal bla2, sedih sebab tak dapat jadi pengapit. Tapi kata-kata tu macam, just words. Not enough feelings. Then kawan dia yang lain pulak meninggal dia macam tak berapa nak sedih jugak. Takut tu ada tapi bila tengok kawan dia mati, tak pulak dia nak nangis ke, mourn ke. Turns out a little bit weird because as far as I know, lelaki punya friendship lagi strong daripada permpuan kan?
2) Kenapa ayah dia macam takda perasaan sampai terlalu rileks pulak XD. Akim kata ayah dia takde perasaan, lebih pentingkan kerja daripada kawan dia la. Padahal Akim pun sekepala. Kenapa pulak dia kena lebihkan Mira daripada kawan-kawan dia? XD
3) Una puji cara penulis cerita macam mana alat-alat pembunuhan kawan dia tu. Although some macam tak berapa jelas [It's just me]. Tapi, part kesakitan kawan dia, part darah, part anggota badan yang sakit tu macam kurang ditekankan. Cuma part last tu je yang dia bagitau.
4) Banyak benda penting yang tak terjawab. Benda yang jadi asas cerita ni. AM I THE ONLY ONE YANG TAK TAU??? Pelik sebab kalau nak buat bersambung pun, at least kena juga reveal sapa orangnya. Macam naskhah ni takde penutup. Major plot holes.
5) Too many science words. Kalau nak terangkan pasal cara pembunuhan tu guna kaedah sains tu bagus. Ni hampir keseluruhan naratif sampai Una student sains pun rasa tak selesa. Apatah lagi orang yang tak pernah amik sains. MAAFKAN SAYA MAAFKAN SAYA.
5) Part last tu cheezyyyyy. Kejunyaaaaa... Terlalu banyak keju untuk saya yang tak suka novel cinta. Mohon jangan berangan lebih nakkan orang kaya macam family dia. Wedding macam dia tu dasyat sangat. Mohon jangan teringin nak kawen atas alasan teringin nak wedding gitu, okay? Expectation kills XD
6) Cheesynyaaaaaaaa (okay masih teringat lagi scene2 tu. still can't get over it) XD XD XD
Jalan cerita dah asyik. Buat aku berdebar-debar nak kalih next page. Tapi ending dia spoil sikit. Sebab aku tak paham. Atau otak aku dah makin slow nak digest cerita? Maklumlah lama dah tak sempat membaca. Haha.
Aku baca buku ni dalam masa sehari, mungkin sebab aku suka genre cerita ni. sangat menarik kaitan ilmu sains dengan kehidupan student nakal dulu tu. lol tak sangka student nakal dulu, adalah pelajar kelas sains. tapi itu realiti. tapi buat aku pelik sikit, Akim bekerja sebagai penyiasat, tetapi kenapa dia mengambil masa yang lama untuk selesaikan ‘kes’ dia? walhal dia telah banyak didedahkan dengan kehidupan penyiasatan?
syabas untuk penulis sebab kelirukan aku tentang mini mastermind behind all the crime ; I would say. sebab aku dok ingat anak perempuan cikgu ros tu. tapi bila dah ada mention yg ID di buli bcs of LGBT mati-ii aku ingat dia tapi sayang ending hanging, which aku mmg xsuka la hahah.
well aku baru je berkesempatan baca VELVET 1 ni, ada beberapa persoalan timbul
1) Kenapa ID letak darah dalam kek kawen dia tu? 2) kenapa ID tumbuk Akim? 3) Siapa ‘dua nyawa’ di hujung cerita? adakah akim dan mira? 4) Katakanlah ID dah tau eddy buat kenapa dia snyp?
and karekter Mira tu sndiri mysterious.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Novel ini bikin aku tidak mahu membacanya. Benar, semuanya dinukilkan dengan sangat pantas oleh penulis, setiap kematian bermula dan berakhir hanya dalam satu bab sahaja. Pantas bukan? Bagi aku terlalu pantas, dan reaksi, dialog watak utama dan watak-watak sekelilingnya pula aku rasakan tiada logikanya. Ya benar, dunia fiksyen ini logikanya boleh kita letak tepi. Tetapi, itu jika bergenre sai-fai, novel ini pula kejadian yang berlaku di Bumi, sama seperti yang kita diami. Emosi dan reaksi ditonjolkan watak tidak kena dengan realiti. Ah, senang kira, aku ni yang belum cukup ilmunya untuk memahami naskah ini.
Novel ini mengangkat tema kasih-sayang dan persahabatan. Mengisahkan sekumpulan sahabat yang dibunuh satu persatu oleh sang pembunuh demi melunaskan dendam masa lalu. Ada elemen keterujaan apabila mengetahui bahan-bahan yang digunakan untuk membunuh sekumpulan sahabat ini adalah bahan-bahan untuk membuat kek red velvet! Kenapa mesti kek red velvet? Kek red velvet dah la sedap. Ok, tiada kena-mengena :p Memandangkan pengakhiran novel ini adalah tergantung, semoga sekuel nya bakal menyusul.
A good story. the writer have a lots knowledge about the biology, chemistry and physic. when i read this book, i just want to know how is murderer. Seriously, that feeling to know the murderer very high. After Akim and Mira married, the situasion or the way writer create the story, very nice and sometime have a part of i want to cry and cry. OMG!
Kadang2 ak berfikir bagaimana pantasnya die boleh menculik n membuat perangkap utk mangsanya... Kes kehilangan Solihin yg sekelip mata tu seolah2 Aqil langsung x perasan akn kehadiran seseorang. Mungkin pembunuh tu berlindung terlebih dulu. Anyway it's good story tp apa kaitan kek Velvet, virus n ID. Mmg betul ke ID yg letak virus tu dlm kek... Mungkin Eddy Ade jwpnnya... Kene tggu sekuel ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ending tergantung macam nie yang aku tak berapa nak minat. Sebab aku tak bole nak digest cerita nie. Aku pun tak faham apa author nie nak cuba sampaikan. Hmmmm.
Gaya penulisannya terasa janggal dan penulis seperti terlalu mencuba untuk menjadi kelakar hingga merosakkan feel "thriller" pada babak-babak di dalam novel ini. Tidak semua situasi perlu dijenakakan. Gaya penulisan itu membuatkan saya membenci watak utama dalam novel ini. Watak utama terlalu 2 dimensi. Rela membahayakan nyawa insan-insan tersayang hanya kerana tak mahu merosakkan hari perkahwinannya? Motif yang lemah dan mengarut. Siapa sahaja manusia normal yang boleh meneruskan majlis perkahwinan sedangkan insan rapat dengannya dibunuh dengan tragis from left to right? Pada saya, penulis telah gagal untuk mencipta watak utama yang boleh membuatkan pembaca berempati terhadap situasinya.
Dari segi logik, banyak sahaja perkara yang bagi saya tidak logik di dalam novel ini tapi bila saya membaca fiksyen, saya tidak terlampau menekankan sangat faktor logik di dalam sesuatu cerita kecuali jika jalan ceritanya terlampau tidak masuk akal. Agak kelakar bila watak utama berhasrat untuk membawa pembunuh ke muka pengadilan tapi bapanya sendiri telah menghapuskan segala bukti tentang pembunuhan-pembunuhan itu termasuk mayat yang mana adalah bukti yang paling penting dalam kes pembunuhan. Sepatutnya watak utama sebagai seorang anggota polis lebih tahu betapa pentingnya bukti untuk mensabitkan pembunuh rakan-rakannya. Latar belakang watak utama bekerja sebagai polis seolah tidak berguna dalam jalan cerita novel ini kerana dia tidak berkelakuan dan berfikiran seperti seorang polis. Aneh juga kenapa watak utama tidak menggunakan kemahiran dan sumber dari pasukan polis untuk menjejak pelaku. Mungkin kerana penulis juga tidak melakukan kajian yang intensif tentang penyiasatan polis dan sekadar semborono sahaja meletakkan watak utamanya sebagai seorang polis.
Babak selepas perkahwinan dipenuhi dengan klise jenaka lelaki melayu tentang malam pertama yang sepatutnya ditinggalkan pada tahun 2010. Saya tidak tahu bagaimana buku ini akan mempunyai sambungan kerana buku pertamanya juga sudah cukup membebankan untuk dihabiskan. Semoga maju jaya kepada penulis, saya percaya ini adalah buku pertamanya dan masih banyak lagi ruang dan masa untuk memperbaiki penulisannya. Saya membeli buku ini ketika saya berusia 21 tahun dan setelah 5 tahun baru saya berkesempatan untuk membacanya. Mungkin saya akan lebih menerima buku ini dengan baik jika saya membacanya 5 tahun dahulu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pada aku, apa yang cuba disampaikan oleh penulis adalah jawapan kepada teka-teki yang harus diselesaikan oleh Akim dan perkaitannya dengan makna VELVET di tajuk. Cumanya plot yang ditulis agak berterabur. Plotnya macam melompat-lompat dari satu babak ke satu babak yang lain. Susah untuk nak faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
Satu yang aku suka dalam novel ini adalah penulis cuba untuk menonjolkan segala ilmu yang diketahui dan disumbatkan kesemuanya dalam novel ini. Cara pembunuhan yang agak luar biasa sangat mengagumkan aku. Namun pada aku, ada baiknya kalau diberikan sedikit penjelasan berkenaan istilah-istilah yang cuba disampaikan. Yelah, tak semua orang berada dalam bidang yang sama. Agak hilang mood membaca apabila aku terpaksa refer google untuk setiap patah perkataan yang kabur maknanya.
Walau bagaimanapun, bukan senang untuk menulis sesuatu karya yang lain daripada yang lain. Yang itu, aku tabik penulis. Tahniah dan teruskan usaha. Oh ya, aku masih belum baca sambungan Velvet 2. Aku harap aku dapat merungkai novel ini dengan baik bila dah habis membaca keduanya.
Ini buku pertama fixi yang saya baca. My feeling? At first, memang rasa payah nak masuk feel sebab before this asyik read novel cinta 😂 so nak beralih ke genre lain agak lambat ya.
But this story, okey sangattt! Mula-mula part perkenalan tu agak bosan dan saya hampir ya dnf 😓 tapi saya keep on baca, dan bila dah dapat rentak, barulah makin lama makin laju selak.
Banyak ya plot twist. Saya banyak kali macam.. “ehhh? Bukan dia. Habis?” Cara pembunuhan sorang ii agak tragis. Saya sebenarnya keliru, apa Akim buat dekat cikgu eh? Ke saya terlepas paragraph tu? 😭
Habis cerita, memang saya terkedu. Like “what?! Hahaha Mira ni…” haih patutlah beria back up ID
Tapi kannn, bahasa penulis guna on each perkenalan bab baru, and ada certain parag, memang cantik eh tersusun. Saya as penulis pun amaze dengan penggunaan sesetengah ayat. 🫶🏻✨
Overall, quite okayy sebab boleh buat saya habiskan baca dan sekarang jiwa saya dah menyukai fixi. Sekarang pun dah beli Velvet 2 🤣
Asalnya otw baca tu aku dah kira-kira nak bagi buku ni 4.5 bintang ⭐⭐⭐⭐✨. 0.5 lagi tu sebab ending dia yang tergantung. Aku nak lagi, tapi instead of 4 aku bagi 5 bintang terus sebab rasa keterujaan yang aku dapat at the end of the book.
*"Tidak akan tercipta sebuah kehidupan yang sempurna walaupun asas kehidupan itu dibina berteraskan sebuah kehidupan yang pahit atau apa yang dinamakan sebagai pengalaman kerana nikmatnya itu adalah terlalu rapuh untuk dipertahankan keindahannya apabila wujud dendam yang menggelegak di dalam hati syaitan yang kau rejam"*
Aku nak hiburan, dan buku ni berjaya bagi aku hiburan, dan berjaya cut off aku dari reality dan masuk ke dunia faktab Akim yang melihat satu-satu kawannya dibunuh dengan kejam dan pantas si syaitan tu buat keje kan plus sempurna pulak tu takde jejak. Dendam kadang mampu mengubah yang baik jadi syaitan, yang dah syaitan jadi iblis dan paling tak boleh blah yang tak bersalah terima akibat dia.
I'm done reading this book and apa aku nak cakap is novel ni agak superb juga. Plot dia menarik, kemas. Tak terlalu messy. Idea memang gila. Agak mindblown. Korang tengok tajuk pun dah tahu pasal kek kan. Meh nak ceghita sikit. Cerita ni tentang pembunuhan sahabat2 watak protagonist novel ni. Dan sahabat dia ni dibunuh dengan menggunakan bahan2 untuk buat kek. Jadi kau ghase macam mana orang dibunuh pakai telur (one of the ingredient)? Hahaha.. Nak tahu kau kena beli arr novel nie. And yes, novel ini untuk pencinta novel bergenre thiller, crime. Kalau korang pencinta novel cintan cintun tahap dewa novel ni tak sesuai untuk anda. Hahahaha..
the plot was quite good. misteri yang perlu dirungkaikan oleh Akim tu semua berkait dengan sains. Tak boleh terbayang yang killer dia ni seorang pintar dan pandai dalam membuat aturan pembunuhan tujuh orang kawan Akim sehinggakan Akim trauma dengan semua tu. Tapi betullah, saya tak nampak perasaan Akim sebab tak dapat feel dia sebagai male lead dalam citer ni. Dan citer tergantung tu buat saya saspens and perlu baca Velvet: 2. Rasanya dapat tak merungkaikan pertanyaan saya dengan teka -teki buku ni?
Pembunuhan kawan2 hero cerita ini, Akim berlaku tanpa diduga tapi diaturkan dengan bagus sekali. Tapi tak tersangka pulak pembunuh itu orang lain bukannya seperti yang dijangka... tapi adakah ID ini pembunuh? Adakah perbuatan Akim untuk 'menghukum' ID bagi membalas dendam untuk rakan2nya itu betul? Kena baca Velvet 2 untuk sambungannya... harap2 segala persoalan akan terungkai
P/S: Saya kagun dgn cara penulis menggambarkan setiap situasi dgn fakta2 berbaur perasaan comical dan sindiran.