Kisah Imam Bukhari yang buta semasa kecilnya Berkta doa ibu, alhamdulillah penglihatannya kembali. Pada ketika dia sudah mampu melihat, kecintaannya terhadap ilmu terutama ilmu hadis semakin meninggi.
Dia mula belajar daripada seorang guru kepada guru yang lain. Dia mula mengembara hanya bagi mengumpulkan hadis-hadis. Akhirnya selepas bertahun-tahun lahirlah Kitab Shahih Bukhari.
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Masih banyak kisah ajaib imam Bukhari tidak dimasukkan..tetapi ia sudah baik bagi pemula untuk meminati bacaan sejarah islam.
Agak ralat apabila buku bertajuk Imam Bukhari tetapi tidak mengunakan gelaran imam Bukhari dlm novel. .. Ia baik juga bagi mengingati nama penuh beliau. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail
Dulu belajar tentang Imam Bukhari time form 5 je...tu pun sikit je cerita dan kisahnya... So bila ada karya lengkap tentang kisah Imam Bukhari ni memang seronok dan boleh increase knowledge tentang Imam Bukhari. Terima kasih penulis, Encik Abdul Latip sebab berusaha gigih untuk tulis karya ni. Ofcoz boleh kira macam buku Sejarah tapi aku tak ngantuk sebab penggarapan cerita tu sangat kreatif plus aku baca dalam versi eBook dari:-https://www.e-sentral.com/book/info/6...