Peluang kedua tidak mustahil...tp akan adakah peluang ketiga andai hati disakiti berkali2?
Aina Yasmin (Min) disyaratkan agar mengikat tali pertunangan dengan anak angkat Hj Zainal (abahnya), Ameer Aazad (Aazad) sebelum diizinkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini kerana bapanya berpendapat status tersebut mampu memelihara Min daripada dipengaruhi gejala negatif sepanjang berada di luar negara. Demi cita2nya, Min akur menerima. Demi budi Hj Zainal kepadanya, Aazad juga turut bersetuju.
Di awal tempoh pertunangan, hati Min dirobek luka apabila cacian & hinaan Aazad tanpa sengaja menerobos ke pendengarannya. Aazad tak pernah sukakannya. Bagi Aazad, dia gadis yg buruk rupa, budak yg entah apa2, langsung tidak sesuai berganding dgnnya.
Biarpun terluka, Min gagahi juga demi mencapai cita2nya. Selama 5 tahun dia berada di luar negara, tidak pernah sekalipun Aazad menghubunginya, apatah lg mahu mengambil berat tentangnya selayaknya sebagai seorang tunang. Dan tidak pernah sekalipun Min lupa kata2 penghinaan Aazad…kata2 yg membawa pergi seluruh keyakinan dirinya.
Sedang dalam tempoh 5 tahun tersebut juga, Aazad di Malaysia alpa dgn tanggungjawabnya, lupa pada janjinya yg pernah dilafazkan kpd Hj Zainal, lupa statusnya dek hanyut dalam keseronokan dunia. Sehinggalah pd suatu ketika di mana dia ditimpa kecelakaan jln raya & hampir lumpuh. Apabila teman berliburnya semua mula menjauh, dia mula sedar khilafnya...baru teringat amanah yg dipertanggungjawabkan ke atasnya. Namun dia kekok...bagaimana cara untuk dia bermula...apa yg harus dia lakukannya...
Sehinggalah pada suatu hari apabila Min meminta utk dileraikan tali yg mengikat mereka...Aazad mohon diberikan peluang kedua. Dia mahu memupuk cinta antara mereka..mahu menjadi tunang yg sebenar2nya & kalau boleh mahu ke fasa yg seterusnya.
Walau berat bg Min untuk membuat keputusan, ekoran luka di hatinya masih bersisa, namun keadaan akhirnya membuatkan dia & Aazad bersatu juga akhirnya. Lantas dia reda & bersedia membuka hati menerima cinta seorang suami. Maka Aazad pun menjalankan misi menggodanya... menggoda sehingga sang isteri bisa jatuh cinta kpdnya.
Sedang bahagia melingkari mereka, sedang mereka saling memberi & menerima, sedang mereka asyik memikat & mengikat, ujian hebat dtg menduga dgn tidak disangka2. Nikmat berumahtangga dirasakan seketika cuma. Aazad berubah dgn tiba2... baran tidak semena2 sehingga mengasari & mengusir Min dr kediaman mereka.
Kecewa Min bkn kepalang. Lantas dia mahukan sebuah pengakhiran....dibinanya tembok penghalang di sekelilingnya demi enggan terus2an terluka hati & perasaan.
Mengapa Aazad berubah sedemikian rupa sedangkan dia pernah nekad mahu Min menjadi pendampingnya sehingga ke akhir usia? Akan kembalikah dia kepada isterinya @ menerima sahaja salam perpisahan yg dihulurkan? Wanita yg setia tidak sukar memberikan peluang kedua kpd yg dicinta, namun perlukah diberikan peluang ketiga?
Sejujurnya kematangan penulis terserlah dlm karyanya yg ke3 ini. Masih menerapkan nilai kekeluargaan - ibu ayah yg mahukan yg terbaik untuk anak2 mereka...adik beradik yg saling menjaga, nilai persahabatan - sahabat yg sentiasa setia dlm susah & senang...dpt menerima segala kekurangan, serta nilai kemasyarakatan - sifat dengki & iri yg akhirnya memakan diri. Gaya bahasanya tersusun indah..baik BM mahupun BI nya, itu yg paling saya suka ttg penulis ini. As if i could feel your sincerity within.