Arak-arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap hati padamu puan, Tidak puan siapa lagi?
Begitu caranya kita memuji kekasih. Tulisnya yang baik-baik dan bahasanya yang indah-indah, apatah lagi janjinya yang muluk-muluk. Kadang-kadang kita lupa yang menentukan semua itu tentulah Dia. Hanya pada-Nya kita pasrah dengan segala takdir...
Tika berkasih sayang kalau boleh, kita janjikan bulan dan bintang. Itu sahaja yang tidak tercapai dek tangan sesiapa: kekal di langit tinggi. Kita pertaruhkan harapan dengan sumpah merenangi lautan api. Mana mungkin si dia benarkan kita berbuat begitu: luas dan panasnya, menyeksa kamu wahai sang kekasih.
Lalu, biarkanlah naskhah ini berkenduri cerita, menjamu selera dengan 40 buah kisah daripada 40 orang pengarang. Tulian mereka berbeza plot tentunya, dan juga muzik latar yang mengiringi. Usah bimbang melihat cerita cinta seseorang itu permulaan dan penamatnya bagaimana, tetapi berbahagialah dengan cerita cinta itu kenapa begitu jadinya, ya!
Namun, benarkah setianya kekasih itu sehinggakan...?
Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman; Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Pertama sekali, tahniah pada semua penulis yang cerpennya berjaya diletakkan dalam Antologi Cerpen Kepadamu Kekasih ini. Tahniah juga buat Puan Editor dan petugas penilai yang bertungkus-lumus menyunting dan memilih cerpen-cerpen yang terbaik.
Aku sudah selesai habiskan 40 buah cerpen ini. Tema utamanya cinta, daripada kekasih kepada kekasih. Namun, pengertian cinta itu pelbagai. Begitu juga dengan kepelbagaian plot dan latarnya. Daripada 40 buah cerpen terpilih ini, tentu saja ada beberapa cerpen yang dekat di hati aku. Ini antaranya:
Abang Mad Dobi (Penang Yellow Bus)
Ia sebenarnya sebuah kisah cerita cinta yang biasa tetapi dipersembahkan dengan gaya yang manis. Tentu sekali gaya bahasa pengarangnya menjadi daya penarik untuk membaca cerpen ini. Lucu dan manis sekali gus.
Buku Edisi Terhad
Antara cerpen kegemaranku. Bacaan aku lancar. Jalan ceritanya menarik. Ia sebuah cerita yang aku kira sangat kena dengan situasi masa kini - ketaasuban. Dan percayalah, Tuhan itu Maha Penyayang. Dibukanya hikmah satu-satu pada kita saat perasaan taasub itu mula memuncak. Ah, betul-betul terkena batang hidungku!
Cinta yang Tertangguh
Salah satu perkara yang membuatkan aku gemar cerpen ini adalah jalan ceritanya yang ibarat air sungai yang mengalir tanpa apa-apa halangan. Lancar. Dan, watak penyibuk Si Pingu Toha aku suka! Tak silap aku kalau dalam seni teater, 'watak penyibuk' ini memang wujud. Dipanggil apa, ya? Lupa pula.
Emak Nak Balik
Tidak keterlaluan aku katakan, ini adalah cerpen terbaik dalam antologi ini. Pengarang tidak pernah mengecewakan aku dengan cerpen-cerpennya yang terdahulu. Dan kini beliau kembali lagi. Temanya kekeluargaan, lebih tepat lagi ia hubungan anak dan ibu. Pengarang gemar mengambil kisah seputar masalah keluarga Melayu, lebih tepat lagi di Singapura yang sebenarnya masalah-masalah ini sentiasa wujud dalam kalangan kita. Namun, ia diceritakan dengan baik sekali. Aku menangis. Titik!
Langit Biru di Danau Singkarak
Sebuah cerita cinta yang menarik bagiku selalunya sebuah cerita yang tentang pengorbanan. Cerpen ini membawa aku menelusuri perasaan Sarah yang berani mati membawa uminya ke Padang atas satu misi besar yang akhirnya ia menjadi satu peristiwa yang pahit buat Sarah. Cerpen yang lain daripada lain.
Langit November
Penulis membawaku menjamu selera dengan pelbagai resepi dan acara makan-makan sehingga pada pengakhiran cerpen aku dibawa mengenang sesuatu yang manis dalam kesedihan. Ia sebuah pengakhiran yang menyentakkan.
Nota daripada Kekasih Jauh
Hah, ini cerpen karangan sendiri. Pada asalnya ia hanya sepanjang 5 muka surat sahaja dengan menggunakan pengganti diri nama ketiga. Tetapi, aku ambil keputusan tukar kepada ganti diri pertama dan panjangkan cerita ini atas syarat-syarat penerbit. Ada beberapa orang mengatakan mereka berasa kasihan dengan watak 'saya' dan memberi alasan mereka. Aku menerima dan bersetuju juga. Namun, di sudut hati aku sebagai penulis, watak 'saya' itu sebenarnya wujud dalam hidupku walau ia tidak digambarkan seratus peratus. Mungkin, secara tidak langsung aku sendiri kurang gemar pada watak 'saya' itu.
Pesan Angin
Sebenarnya aku terlupa sebab aku suka cerpen ini. Oh ya, kerana ia sebuah cerita yang biasa, tetapi pengarang pandai juga buat plot twist ditambah dengan watak Rabiah yang aku kira susah dah nak jumpa kawan sebegini. Kena tolak pun relaks saja. Hahaha...
Ribut dalam Hangatnya Sayang
Ini sebuah cerita fiksyen sekali gus sebenarnya bercerita tentang realiti wanita masa kini. Secara khasnya buat wanita Melayu Malaysia. Bagi wanita yang kahwin lambat ini, dilemanya memang banyak. Antara kata-kata orang dan tanggungjawab pada keluarga. Lebih-lebih lagi apabila aku membaca anekdot si penulis. Patutkah aku mengeluh?
Si Cantik
Kenapa apabila aku membaca cerpen ini aku teringat akan seorang penyanyi wanita yang dulunya agak popular dan seksi - Sahara Yaacob. Aku tak kenal lagu-lagunya, tapi aku sangat ingat dengan gayanya.
Siluet (daripada Kekasih untuk Kekasih)
Dalam 40 buah cerpen yang terpilih, ini antara cerpen yang lain daripada lain. Ada bau-bau filem Hollywood yang aku pernah tonton, tapi tak ingat pula judulnya. Ada plot twist yang menarik juga sayu :(
Surat kepada Perempuan Feminis
Ini cerpen khas buat wanita seluruh dunia. Hidup dalam 'dunia milik lelaki', secara tidak sedar wanita sering kali diperkotak-katikkan dan kita menganggap ia adalah sesuatu yang biasa. Aku bersyukur dengan kewujudan cerpen ini kerana aku sendiri sudah bosan dengan perkara-perkara negatif yang sering dituding pada wanita. Baik sama ada oleh lelaki atau oleh wanita sendiri. Lihat sajalah komen-komen di media sosial dan lambakan novel yang tanpa sedar memijak maruah wanita.
Akhir kata, tahniah buat semua penulis. Teruskan berkarya.
Setiap cerpen yang saya suka, saya tandakan hujung muka suratnya:
1. Cinta Yang Tertangguh - Saya nak baca karya-karya Cik Ungu! Wujudkah Trilogi Surat-surat kepada Kekasih, wahai Pingu Toha? 2. Emak Nak Balik - secara semulajadinya, kisah ibu anak sentiasa menyentuh hati. 3. Langit Biru di Langit Singkarak - wah, menarik betul penulisan Cik Annura. Mengalir dan begitu terkesan. 4. Ribut dalam Hangatnya Sayang - saya sama-sama menyenangi tokoh perempuan yang tidak lemah. 5. Satu Per Dua - Saya sukakan penulisan Shirod Shukri sejak dari Antologi Cinta Pertama. Monolog -30 dan Satu Per Dua berada dalam liganya tersendiri. 6. Siluet (Daripada Kekasih untuk Kekasih) - Lain daripada yang lain.
Ada beberapa cerpen lagi yang menarik walaupun gaya penulisannya mungkin boleh diasah lagi, Jiwa Naga misalnya bercerita dari sudut perkahwinan hantu. Bukan selalu dapat baca macam ini kan? Ada juga yang penulisannya sedikit jiplak gaya Noor Suraya, hehe. Keciwa juga tak bertemu cerpen penulis-penulis yang saya tandakan di Antologi Cinta Pertama. Namun kesimpulannya, buku yang masih menarik hati. Gitu.
Antologi... I really took my own sweet graceful time to sum up this wonderful compilation. what can I say.. hmmm Terbaik! kalau rasa nak buat playback, nak board the love ship of commitment and the one true meaning of true love, this is the anthology you must have.
Lama betul saya bergigih nak habiskan baca buku ni. Bukan sebab isinya; isi buku sebenarnya menjerit-jerit minta ditelaah dan dihayati. Akan tetapi saiz fizikal buku yang agak berat untuk diusung ke sana-sini yang membantutkan semangat pembaca tablet ini.
Apapun, selesai juga akhirnya. Alhamdulillah. Empat bintang. Saya suka semua ceritanya. Terutamanya, Si Cantik dan Walinong Sari. Berderau darah chek.
Kepada yang membaca reviu ini untuk memutuskan sama ada naskhah ini berbaloi dibaca; jawapannya 'ya'.
Cerpen ya, memang ceritanya pendek - pendek, namun hampir kesemuanya bagi saya cukup cantik, cukup sendat dengan kasih. Ada 40 cerpen, yang mana paling terkesan dan masih melekat di kepala saya? Not in any particular order, saya suka cerita pertemuan si gadis cemerkap Polaroid dengan Yusuf. Lagi, cerita Puteri Lagenda modern Walinongsari dengan Putera misteri sekaki payung hitam, Selamat Malam Indah sedih sangat tapi sweetnya, Ainin yang Rindukan Kekasih nya Jacob berantai silver hingga dihantar untuk "beli butik dengan tuannya sekali" pun sweet, Emak Nak Balik, Allah sedihnya kasihannya Eja, Legenda Cinta walau saya rasa macam penulis lebih macam cuba-cuba menulis sedih dan memgharukan cerita tentang ayahnya Si penipu, Have I Told You Lately That I Love You gila gila tragik aduhai, cerita Affan yang dok pi siasat dengan Pak Long Siapa gadis yang bei udang tu sampai juga hajatnya bertemu Jodoh Dari Langit lucu dan sweet juga, Noor Suraya punya Abang Mad Dobi [Penang Yellow Bus] memang lah bersahaja dan kreatif saya suka... banyak lagi yang best.
Suka dengan kisah orang ketiga karya Nurazz Ahmad. Tapi, watak utama adalah orang ketiga yang baik yang sanggup melepaskan cinta dia demi wanita lain aka her best friend.