Mengakhiri usia dengan husnul khatimah bukan satu perkara yang susah seperti yang difikirkan oleh majoriti masyarakat awam, bahkan juga dalam kalangan intelektual. Apa yang susah adalah sekiranya persepsi ini dibiarkan berlarutan. Ini sehingga menggigit daya pemikiran dan hati, tanpa sebarang usaha bagi menjelaskan sejauh mana peluang dan persiapan setiap insan dalam meraih husnul khatimah.
Husnul khatimah adalah jalan keemasan yang memimpin kita bagi meraih darjat kehambaan. Ini tidak dapat dinilai walaupun dengan emas. Darjat kehambaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan keredhaan dan maghfirah (keampunan) Allah s.w.t. Ini memungkinkan kita menemui dan melihat zat-Nya tanpa hijab di akhirat nanti.
Lantas, kematian bagaimana yang kita idamkan? Hari ini mungkin kita terus leka dengan keindahan dunia yang ternyata palsu dan tidak menguntungkan. Kita fikir akhirat sudah kita bawa tetapi ternyata cinta dunia masih dalam dunia kita.
Buku ini wajib untuk seluruh umat muslim baca dan hayati.
Dari segi penggunaan penulis, ada certain ayat yang mengelirukan jadi kena baca banyak kali. Bab terakhir sangat menarik kerana doa-doa untuk memperolehi Husnul Khatimah ditampilkan.