Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menyeberang sejarah: Kumpulan esei pilihan

Rate this book
Kumpulan esei Menyeberang Sejarah ini merupakan penanda perjalanan intelektual dan budaya yang panjang dan jauh oleh Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Kritikawan dan ahli teori ini bermula dengan kesusasteraan Bandingan, tetapi telah pulang kepada kesusasteraan Melayu dan kesusasteraan Nusantara dengan kekayaan dan pengalaman kesusasteraan dunia. Kini beliau membawakan pendekatan dan teori yang teruji dan berguna untuk kesusasteraan kita di wilayah ini. Selain Bakhtin, Ong, Barth, beliau juga terangsang oleh Fanon, Edward Said dan Aijaz Ahmad. Teori-teori pascakolonialisme membahaskannya untuk menyatakan derita anak negeri yang dijajah tanah air dan jiwanya dan melukis keindahan serta keunikan kesusasteraan Melayu yang sama sah, indah dan bermanfaat. Dalam beberapa buah esei, Muhammad cuba melihat teks lisan dan tulisan, dan berdasarkan bukti dalaman beliau secara tekun dan susah payah telah membina takrif, konsep dan teori kesusasteraan Melayu yang ternyata kaya dan unik. Himpunan ini memperlihatkan suatu arah kritikan yang agak berlainan yang jarang ditempah oleh kritikawan tempatan. Muhammad membuka diri kepada teori kesusasteraan dari pelbagai benua. Puncak-puncak yang dicapai beliau membayangkan juga puncak penting kritikan kesusasteraan Malaysia yang sedang menuju jati dirinya.

647 pages, Paperback

First published January 1, 1999

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Muhammad Haji Salleh

76 books30 followers
Sasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
4 (80%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Izzat Isa.
423 reviews52 followers
March 26, 2019
Buku ini paling banyak dan menyerlahkan usaha dan kekaguman penulis terhadap kehebatan buah fikir bangsa Melayu tentang pantun. Dalam semua bab yang dikumpul hasil kertas kerja dan artikel, saya menemui suatu pengetahuan baru dan sangat tertarik dengan tulisan penulis berkaitan pandangan/kajiannya terhadap watak wira Hang Jebat, sarjana amatur Richard Winstedt, penonton persembahan kesenian kebudayaan tradisional, bibit-bibit awal kritikan Sastera Melayu dan karya-karya cereka Hugh Clifford.
Profile Image for Mawarku Salbiyah.
2 reviews4 followers
October 6, 2013
Banyak sumber ilmiah yang dikaji secara khusus dan terperinci. Penggunaan bahasa yang agak berat dan berpuitis namun masih boleh difahami. Sarat dengan penggunaan sumber daripada teks klasik. Buku yang baik bagi mereka yang sukakan atau mahukan ilmu berkaitan sejarah sastera tempatan.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews