Sebelum
Hmmmmmmm... Berapa kali nak ingatkan diri sendiri jangan terpengaruh dengan bintang-bintang dan reviu orang lain?
(Nantilah sambung bila aku ada mood)
---
Selepas
(Mungkin ada spoiler)
Aku setuju dengan pendapat pembaca lain yang mengatakan beliau tak dapat menikmati buku ini seperti sebuah novel. Benar, perasaan seperti membaca novel itu tak wujud ketika aku menguliti buku ini. Begitupun, walaupun beliau rasa buku ini seperti diari, aku tak berkongsi rasa yang sama. Padaku, diari sepatutnya lebih intim kerana sifatnya yang rahsia (seperti penulis hanya menulis untuk kau seorang) dan novel-novel yang berformatkan diari seperti
Flowers for Algernon
dan
The Perks of Being a Wallflower
(sekadar contoh); pun aku masih boleh lagi dapat feel seperti membaca novel. Ketika membaca buku ini aku rasa seperti sedang membaca pos-pos dalam sebuah blog; sebab selain penulis memerhatikan sikap dan gelagat masyarakat, penulis akan meluahkan perasan tak puas hati tentang itu ini di samping bersifat judgemental dengan orang sekeliling. Dalam bloglah banyak benda begitu; sebab tak mampu nak merempan directly pada orang yang dikritik, jadi tulis sahaja dalam blog dan terbitkan bagi orang lain baca. Semoga yang membaca akan dapat sedikit input dan nasihat. Haaa... Macam itulah perasaannya. Buku ini macam siri rempanan seseorang, ditambah sedikit nasihat dan tarbiah secukup rasa. Malangnya aku tak berkenan jenis tarbiah sentap ni, by the time aku tulis ni aku dah tak ingat langsung nasihat-nasihat penulis.
Plot pun tak berapa nak ada. Ye la, dah kata macam blog, kan. Justeru rasa macam baca aktiviti semasa penulis sahajalah. Dan aku rasa banyak filler yang tujuannya hanya untuk tambahkan perkataan sebab syarat Fixi, novel kena ada sekitar 60,000 perkataan. Sebagai contoh, macam isu Kamarul batuk-batuk, macam dia ada penyakit serius. Okey, masa ini aku berminat sedikit nak tahu lebih lanjut, mungkin plot ini akan dikembangkan. Tapi selepas tu dah tak ada sentuh bab tu. Entah Kamarul tu pergi hospital buat check up ke tidak. Dialog pun boleh katakan banyak sebagai filler jugak, macam tak membantu plot atau perjalanan cerita pun. Macam saja suka-suka nak bagi karakter bercakap.
Character development adalah sikit, tapi ada yang tak dikembangkan dengan bagus. Contoh macam Amni mula-mula marah dan benci sangat dengan Amirul, tup-tup jadi macam tak ada apa-apa di penghujung cerita. Macam tu je dia berubah, senang nak mampus. Perempuan komplikated kot. Ajaib.
Perasaan aku juga flatline habis ketika membaca. Teruja tidak, rasa bersemangat dan tak sabar nak tahu pengakhiran cerita pun tidak. Okeylah, adalah rasa sebak sikit bab nak dekat habis tu. Sebab tu buku ni naik dua bintang.
Aku tak ada masalah dengan penggunaan bahasa utagha, tapi kalau boleh dihadkan pada dialog sahaja kan lagi bagus.
Dan seperti biasa, mesti ada punyalah kesalahan tatabahasa dan saltik.
Dah, tu je kot.