Cinta??? Benarkah cinta sejati itu wujud? Jika benar, mengapakah ia amat menyakitkan? QASEH SYAFIQAH, gadis kampung yang tidak pernah percaya pada sebuah ungkapan cinta dan perkahwinan. Lantaran sejarah silam orang tuanya, dia takut untuk membuka ruang di hati bagi sebuah cinta sejati. Kerana sejarah silam juga, dia berdendam dengan ayah kandungnya sendiri.
Hanya kepada Tok Daud tempat dia menumpang kasih. Dan hanya kepada Aamar tempat dia mencurah rahsia hati. Tapi, takdir memang tidak pernah terduga. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Atas desakan datuknya, dia berkahwin juga walaupun hati tidak pernah rela. Mampukah rumah tangganya bertahan, kerana di hatinya langsung tiada cinta.
“Aku tak minta lama, cuma setahun aje. Lepas setahun kita boleh berpisah.” - Harith
HARITH HAIKAL, lelaki kacak yang telah dipilih untuk menjadi pelindung kepada Qaseh. Lelaki yang diamanahkan untuk melenturkan dendam dan mencambahkan cinta di hati wanita itu. Walaupun pada mulanya dia sangat membenci, namun terbit jua rasa cinta di hati.
“Awak... ermm, awak ada masukkan duit... dalam akaun bank saya ke?” - Qaseh “Hmm, kenapa?” - Harith “Tak adalah... duit baki dalam akaun saya tiba-tiba saja jadi banyak.” - Qaseh “Entah! Kekasih gelap kau yang masukkan tak? Tak pun sugar daddy kau!” - Harith
Mampukah Harith membenih rasa cinta di hati Qaseh, sedangkan hati perempuan itu sudah lama mati, sudah sekian lama ketandusan cinta dan kasih sayang? Mampukah benteng yang dibina dengan ramuan kebencian dan dendam itu bertahan apabila dilanda lautan kasih dan sayang? Akan lembutkah hati Qaseh dek kesabaran dan kesungguhan Harith? Apakah mampu untuk Qaseh memaafkan ayahnya lantaran kisah silam tetap terpahat utuh dalam ingatan?
Sebenarnya baca novel lain tapi novel ni pulak yang terhabis awal. Haha. Well, secara jujurnya utk tahun 2019. Storyline mcmni mungkin ramai org akn rasa mcm so cliche. Iya la, CEO yang kaya gila. Perempuan gedik seksi terkinja kinja nak rebut laki org, cinta seorang sahabat yg tidak kesampaian. Tapi sebabkan novel ni pun tahun 2015. Maka, kita nilai ikut tahun itu la ya.
Kesian Qaseh. Dugaan yg jadi dekat dia dari kecil sampai dia dah besar tu. Bukan lah semua org mampu hadapi. Kehilangan emak, ditinggalkan ayah, dipulaukan oleh kawan-kawan. Dah besar kena kahwin paksa pulak dengan lelaki kaya yang kerek nak mampus. Bleh.
Tapi itulah kan org kata, jgn benci sgt nanti jatuh syg. Itulah yg jadi dekat Qaseh dgn suami dia, Harith. Harith pulak dari kehidupan yg serba liar nak tukar cara hidup dia tu ke yang lebih baik. Saya salute. Sebab tahu struggle nak berubah tu mcm mana. Bukan senang. Andai kata tak kuat, mmg ke laut la jawabnya.
Konflik dalam ni ada mcm mcm. Dgn si Bella, ayah Qaseh, Faez, Mak Esah lagi. Nasib baik la konflik ia tu mcm tak meleret. Kalau tak mesti mood saya drag. Pengajaran masih ada. Kalau nak tau pengajaran dia apa, baca la hehe. Overall, masih blh dibaca waktu santai. ✌🏻
best...sy suka cerita ni....mcm2 rs ada....sedih dan simpati dgn apa yg dilalui oleh qaseh dlm memiliki rs ksh syg dan cinta....harith yg mula2 nya berlagak dan sombong akhirnya berubah ke arah kebaikan dan mula menyayangi dan mencintai isteri tersyg....
tahniah pd penulis cerita ni much better drpd bk beliau yg sblm ni....
Qaseh, Ku sangkakan kau kuat Tapi kenapa Kenapa Qaseh Engkau lemah begini
Qaseh Ku fikirkan kau telah belajar Dari pengalaman ibumu Dan cuba untuk mengelak Agar ia tidak berulang Tapi kenapa Kenapa Qaseh Engkau biarkan saja
Qaseh Pengakhiran ceritamu Berakhir dengan airmata Airmata kegembiraan Maka ucapkanlah Terima kasih Pada sahabatmu Kerana tanpa mereka Engkau pasti tewas
3.5* sebab tak suka Harith membabi buta kasi duit ratusan ribu to Bella just like that..mmglah duit dia..
Kkdg saya tertanya ya..jika Harith tidak nampak kecurangan si Bella..Mungkinkah Harith : 1. Bisa terimbau kembali detik Bella reject dia when he was a nobody? 2. Akan rasa bahagia disamping Qaseh walaupun rasa sayang tu dah berputik? 3. Ataupun Qaseh dimadukan? ~ Madu ni rasa taklah sebab pengalaman Qaseh yg lalu akan buat dia tegas menegakkan haknya.
Bella's aside, saya nampak usaha Harith demi merebut hati Qaseh dan kasih sayang yg ditonjolkan oleh Harith pada Qaseh. Walaupun conflict 5 min je.
Yg anehnya bukan itu yg buat saya tersentuh dlm novel ni. Walaupun tak banyak on Ammar, Qaseh dan Fasha, saya benar2 rasa tercuit dengan usaha Ammar untuk melupakan Qaseh dan serahkan cinta kepada isterinya Fasha. That struggle macam angkat besi berat berkilo2. I feel him..kalau tak dapat bersatu as husband and wife biarlah bersatu as friends. Saya juga suka ngan sikap Qaseh yang amat memahami gelora hati Fasha..Qaseh benar2 ikhlas dalam persahabatan.
Agak slow sbnrnya nk hbiskan buku nie... Sbb tak taulah... Tp tetap bintang dia 4**** sbb keseluruhan kisah novel ini amat kemas dan tersusun penulisannya... Need to give some credit to the author.. Kisah Qaseh dan Harith... Dr benci kpd suka... Dan cinta... Tema agak cliche... Tp what do u expect.... Realitinya pn kta sering dihidangkan kisah yg cliche...
Dan part2 nk hbis tue... Menitis jugak air mata sya... Sbb kesiankan Qaseh... Bru nk bahagia... Dah diragut bahagianya itu... Tp secara jujurnya jugak... Menghampiri ke penamatnya, sya sbg pembaca dpt merasakn penulis seolah2 rushing utk menoktahkan kisah mereka ber2 nie... Tp oklah... Last sekali... Good job penulis...
Sesuci cinta Qaseh sebuah novel yg menyentuh perasaan. semasa membaca novel ini saya rasa kasihan & simpati sangat dengan nasib yg menimpa Qaseh.. dia kekurangan kasih sayang selepas kedua ibu bapanya berpisah. dia menjadi saksi penderitaan ibunya yg tidak dpt menerima hakikat ditinggal oleh bapanya kerana perempuan lain sehingga ibunya meninggal dunia. selepas itu dia dibesarkan oleh datuknya. kerana kisah silam ibu bapanya dia tidak mempercayai cinta dan tidak mahu berkahwin. tetapi jodoh yg datang tidak dapat dihalang. kerana permintaan datuknya dia terpaksa juga berkahwin. sikap suami yg ego dan belagak di awal perkahwinan menambah beban di hati Qaseh. sukar utk Qaseh menerima perkahwinan itu dgn rela. tetapi selepas kematian Tok Daud segalanya berubah. si suami yg ego dan berlagak bertukar menjadi suami yg manja dan romantik. adakah mudah @ sukar untuk Harith mendapatkan cinta Qaseh? hanya yang membeli dan membacanya sahaja yg tahu kisah mereka.
Okey! I love this story... Tahniah penulis. Karya kedua penulis nampak banyak peningkatan. Secukup rasa. Ada marah, ada sedih, ada manis, ada masam, ada bahagia... Teruskan berkarya. Semoga semakin maju jaya. Saya tunggu novel seterusnya masuk kedai. Tak sabar. Tahniah sekali lagi.