Mohd Ismail Sarbini merupakan seorang guru yang banyak menulis buku di Malaysia. Pengarang novel ini mendapat pendidikan awal di Klang sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas sebagai guru selama enam tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1991. Kini beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok, Banting.
Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam penulisaan novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini beliau telah menghasilkan 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua buah antologi cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-kanak dan remaja(bersama penulis lain).
Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis . Antaranya, ialah:-
a) Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980 (Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).
b) Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir Salak).
c) Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982 (Mendung Semalam).
d) Hadiah utama (kategori cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).
e) Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Jalinan Kasih).
f) Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Api yang Telah Padam).
Cerita yang mudah difahami dan masalah sosial yang kritikal pada ketika itu. Dan persekitaran ketika itu tidak seteruk seperti sekarang di mana masyarakat lebih mementingkan media sosial daripada persekitaran mereka. Tiada televisyen, hanya ada buku, surat khabar dan radio. Maaf ye berikan 3 bintang kerana, buku yang dibaca itu kertasnya sudah kuning dan ada helaian m/s 121 ke 136 hilang. Dan buku ini kepunyaan makcik saya. Terima kasih penulis