GUGURNYA LANGIT HIJAU NANGA TIGA ini memenangi hadiah pertama dalam peraduan menulis Sastera Kreatif V (1982/1983) sempena Sarawak menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-20. Novel ini mengisahkan pergolakan pembangunan yang dihadapi oleh penduduk rumah panjang di Nanga Tiga, dalam bahagian Kedua, Sarawak. Watak utamanya, Jabau, terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam mempertahankan hutan Nanga Tiga dari diceroboh oleh segolongan manusia yang ingin mengaut kekayaan dan keuntungan dari hasil pembalakan.