Apabila Najihah yang suka berterus-terang berkata-kata… “Handsome? Handsome tu… tak perlu sekacak James Franco, cuma cukup ada satu rasa yang indah apabila kita pandang wajahnya. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati.”
Apabila Farid, Si Mat Bunga menyusun kata-kata… “Berapa umur you? Kalau tak keberatan… minta nombor telefon boleh?”
Dan apabila Najmi yang banyak keraguan terpaksa berkata-kata… “Helo... yup! Hmmmm…” diam kejap. “Ermm… oh, okey!” Diam lagi. “Err... er… a'ah.”
Di antara Najihah, Farid dan Najmi, mereka melalui episod cerita yang sama iaitu jatuh cinta pandang pertama. Namun, hanya ada satu nama yang melekat di hati Najihah.
Tetapi, tak semua cerita cinta Najihah itu berjalan dengan indah apabila ada sesuatu yang tersirat mengenai pilihan hatinya telah dibongkar dalam satu majlis. Adakah hati Najihah akan berubah arah? Orang kata cinta pertama sukar untuk dilupakan. Tapi, tak mustahil. Jadi, biar Najihah yang bercerita tentang hatinya.
Tamat dah Si Pemandu Hati. Habis baca semalam tapi sampai hari ni masih teringatkan Najmi. Memang dah parah..hahaha lepas ni kalau balik kampung ni nak jenguk driver bas dulu la. Kot-kot hensem macam Najmi. Cerita yang buatkan saya tergelak mengekek-ngekek dan senyum saja sampai habis. Yang bestnya sebab watak hero tu real. Maksudnya dia ada juga rasa bosan nak pujuk heroin yang merajuk. Gaya bahasa santai dan macam perbualan harian. Senang nak hadam cerita ni. Sangat rekomen untuk semua baca. Boleh hilangkan stress. Tahniah penulis kerana menceriakan hari saya. :D
Dalam situasi mood membaca saya yang grafnya turun-naik, tak sangka saya boleh mengadap naskhah ini dan bagaikan ada sesuatu pada naskhah ini yang mengikat saya untuk membacanya hingga ke titik tamat.
Walaupun di awal pembacaan, gaya bahasa penulis hampir-hampir membuatkan saya nak angkat tangan. Oh! jangan salah faham, tak ada salahnya dengan bahasa penulis ini, cuma adakalanya ayat-ayat 'sengal' agak tidak sesuai dengan jiwa 'remaja purba' seperti saya ini. Namun plot cerita yang semakin menarik berjaya mengikat saya untuk terus membaca.
Najihah dan Najmi sememangnya punya aura tersendiri, menawan hati saya untuk terus menekuni kisah mereka. Kisah suka-duka mereka menghadapi dugaan yang datang dalam hidup mereka membuatkan saya turut terasa 'sakit' sama.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
3.5 stars!
Best jugak cerita ni. Tapi malangnya towards the end bila Najihah jadi emo after dapat tahu siapa Najmi sebenarnya, N jadi tak suka dengan watak dia. Asyik nak menengking jer. Mula-mula dah cakap kat diri sendiri, "Uish, boleh kasik 4 bintang ni!" Then...tak sangka pulak Najihah pulak pusing jadik macam tuh. Terus tolak bintang!
kalau dh jodoh x ke mana....klau itu jodoh kita, walau ada yg cuba memisahkn pasti akan bersatu juga....agak2nya ada x driver bas aka MD mcm najmi ni ye??? hihihihu sy suka cerita ni...enjoy...ada part gelak nangis suka dan duka....apa yg pntg, character yg diwujudkn nampak real....x nampak mcm imaginasi semata2
Penulisannya sempoi, tak serius, ada je bahasa2 yang mencetuskan ketawa, tapi sarat dengan emosi (saya orangnya penuh emosi, so 👉🏻👈🏻).
Dari muka surat 394 sampai lah ke muka surat akhir, tak henti-henti air mata ni mengalir. Si Najihah tu takde lah menangis sangat pon, tapi yang over nya saya. Sedih nya tu sampai ke jiwa saya. Rasa kehilangan orang yang kita sayang, orang yang sayang kita.
Suka dengan watak Najihah. Tak membosankan. Tak terlalu baik macam watak-watak sinetron yang boleh dipijak-pijak kepala. Haha
Si Najmi. Kalau ada depan mata saya ni konfem-konfem saya pon jatuh cinta. Sweet sungguh. Boleh termimpi-mimpi dengan si Najmi ni.
Lima bintang buat Si Pemandu Hati. Penat menangis, esok kerja konfem mata sembab.
Najihah didatangi Farid di sebuah restoran kerana igin dikenali jejaka itu. Tidak lama kemudian dirisik keluarga lelaki tersebut. Semestinya dia tidak terima walaupun Abang Kingkong itu datang dengan cincin berlian yang berkarat-karat Datang pula Najmi di syarikat Najihah bekerja, mahu ditemuduga jawatan pemandu bas. Dengan Rayban dan pakaian jenama Adidas mendatangkan kecelaruan Najihah. Tidak masuk lagi dengan masalah yang ditimbulkan Amin, rakan sekerjanya yang turut masuk dalam barisan peminat Najihah yang kian panjang. Pembacaan yang santai. Konflik diakhir cerita berjaya membuatkan diri tersentuh.
Najihah mulanya dilamar oleh Farid yang baru je dia kenal. Haha.. bukan setakat Najihah, aku pun rimas ngan mamat sado ni. .
Dan di tempat kerja barunya, dia jumpa pulak ngan Najmi, drebar bas baru kat situ. Najmi ni handsome. Hahah..patutlah Najihah ni dapat sindrom cinta pandang pertama. .
Najmi ni mula-mula pendiam je. Lama-lama, haihhh, manis pulak dia masuk line memikat Najihah. Tapi, Najmi ni agak suspicious, sebabnya gaya pemakaiannya dan juga percakapannya agak berbeza. Dahla dia ni rapat ngan bos. .
Lepas tu, bila Najmi dan Najihah suka sama suka, dah setuju nak kahwin bagai, masa tu la rahsia terbongkar. Najmi rupanya anak bos. Dan dia akan dikahwinkan dengan sepupunya Sharina. .
So, Najihah ni kecewa. Dahla si Datin dan juga Sharina ni duk bagi warning kat Najihah. Najmi pulak gigih memujuk, walau ada kalanya dia pun fed up ngan kedegilan Najihah. .
Dan kerana satu peristiwa, mereka terpisah. Selama 2 tahun, Najihah dikhabarkan bahawa Najmi dah meninggal. Tup tup, kat masjid Putra, Najihah terserempak dengan seorang lelaki yang wajahnya sebijik Najmi. Tapi lelaki ni botak. Hahaha...dan lelaki botak ni sebenarnya yang pernah muncul dalam mimpi selepas istikharah Najihah. .
Najmi ni sweet je. Dia tak pernah bagi tahu yang dia suka Najihah, tapi dia layan macam orang bercinta la. Sebab tu Najihah ni confious. Dia ni suka ke tak sebenarnya. Tapi bila rahsia Najmi terbongkar, masa tu dah tak sweet sangat. Baran pun ada. Haha..dengan serabut pasal Sharina, nak handle kedegilan Najihah lagi. .
Farid ni pulak awalnya annoying sungguh. Tapi bila dia dah sedar yang dia hanya mampu jadi kawan, masa tu, baru aku start suka dia. Dia boleh jadi kawan yang baik untuk Najihah.
Watak utama Najihah. sebab namanya sangat panas sekarang, hilang sikit moodnya nk baca.
dan, nak sampai cerita Najihah dengan Najmi tu hampir 100mukasurat. Dan cerita hide and seek antara Najihah dengan Najmi meleret sampai 200 muka surat. terasa macam, bila lah nak sampai ke plot utama tu. penat.
kurang gemar satu perangai Najmi tu, tapi kalau dah sayang kena lah terima kan. Watak Najmi ni pula sama macam satu novel yang lebih kurang tema Si Pemandu Hati ni.
Farid pula, tak habis-habis kejar pada orang yang tak sudi.
tak puas hati kenapa Amin diberi watak begitu. Amin yang saya jumpa semua baik2. hu-hu.
Satu benda yang aku suka sangat dengan novel ni — karakter²nya semua real, as in semuanya ada flaws tersendiri. Dorang tak perfect macam selalu digambarkan dalam novel-novel sekarang.
Kadang-kadang boleh cair dengan apa yang Najmi buat, tapi pada masa yang sama boleh rasa annoyed gila dengan. Lol.
Dan masih wondering, apalah agaknya Najmi cakap dekat Farid sampaikan Farid redhakan je lol