Tempoh selepas Perang Dunia Kedua amat kritikal dalam pembinaan semula masyarakat Asia Tenggara. Bangsa Melayu merupakan kajian baru berkenaan ideologi politik dalam dua masyarakat Melayu yang berkongsi persamaan dan perbezaan sewaktu mengalami pergolakan politik ini, iaitu di Tanah Melayu dan Sumatera Timur.
Sebelum ini, kerajaan – monarki yang diketuai sultan-sultan – memegang kuasa utama dari segi budaya politik dan identiti Melayu. Dengan perkembangan nasionalisme, persoalan terhadap kewarganegaraan dan kemunculan negara-bangsa, jalan alternatif baru mula tersedia bagi masyarakat Melayu.
Di Tanah Melayu, bangsa Melayu timbul sebagai tumpuan kesetiaan dan kemasyarakatan yang mula diutamakan lebih daripada kerajaan. Sementara itu, kedatangan satu republik Indonesia yang lengkap telah menyebabkan kejatuhan sistem monarki di Sumatera Timur.
Dalam edisi baru buku klasik ini, Ariffin Omar menumpukan perhatian kepada perbezaan asas dalam pemikiran dan sikap antara kedua-dua kumpulan Melayu yang telah membawa kepada hasil politik yang amat berbeza. Buku ini akan menarik para peminat sejarah idea dan politik perkauman.
Tentang Penulis
Ariffin Omar lahir pada tahun 1949 dan menerima pendidikan sekolah menengah di St Xavier’s Institution, Pulau Pinang. Beliau menerima Doktor Falsafah di Australian National University pada tahun 1990, mengajar di Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan National Defence University of Malaysia, dan pernah menjadi pelawat Fulbright Fellow di University of Utah, USA pada tahun 1998. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli-ahli pengasas Aliran Kesedaran Negara, satu gerakan reformasi yang berbakti kepada nilai-nilai keadilan, kemerdekaan dan perpaduan. Beliau adalah penulis buku Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu (1999) dan penyunting satu jilid The Bumiputra Policy: Dynamics and Dilemmas (2004). Beliau sekarang berpusat di Penang Institute dan kajian penyelidikan beliau menumpukan negara, nasionalisme, perhubungan kaum dan kebebasan agama. Pada masa yang sama, beliau adalah seorang ahli senat yang mewakili Pulau Pinang di parlimen Malaysia (2012–2015).
Sebuah kajian yang menarik, melihat keadaan politik bangsa Melayu sekitar tahun 1945 hingga 1950. Tahun-tahun yang genting selepas Perang Dunia Kedua kepada bangsa Melayu terutamanya kepada kepimpinan Melayu yang sebelum ini dibawah kekuasaan raja dan sultan. Penulis membuat perbandingan keadaan politik bangsa Melayu di Tanah Melayu (kini Malaysia) dan Sumatera Timur (dalam Indonesia). Kegentingan itu mewujudkan persoalan-persoalan kepada kebangsaan, institusi beraja, peranan sultan, pembesar, bangsa Indonesia, kemerdekaan, perlembagaan, kerakyatan dan kewarganegaraan, kesetiaan, peranan penjajah British dan Belanda, feudalisme, demokrasi, kuasa raja dan rakyat, keagamaan dan sebagainya. Kesannya telah tercetus revolusi sosial di Sumatera Timur yang mengorbankan institusi kesultanannya dan seterusnya Sumatera Timur diserap masuk ke Republik Indonesia. Di Tanah Melayu pula, perlembagaan persekutuan telah diterima bagi mengiktiraf bangsa Melayu dalam perundangan selepas bergelut dengan Malayan Union dan tentangan daripada pihak politik berhaluan kiri.
Satu penulisan yang rapi dan tersusun oleh penulis akan sejarah orang-orang Melayu selepas perang dunia ke 2. Penulis amat menekankan akan istilah-istilah yang digunakan semasa era tersebut seperti 'kebangsaan', 'demokrasi', 'bangsa', 'bumiputera', 'kerajaan' dan sebagainya yang sebenarnya mempunyai variasi makna menerusi ucapan individu-individu yang berlainan. Paling utama ditonjolkan penulis akan perbezaan ketara dalam politik dan demografi masyarakat di antara Sumatera Timur dan Malaya walaupun kedua-dua wilayah ini diduduki oleh orang Melayu dan mempunyai rajanya sendiri.
I haven't actually read Stalingrad, The Rise and Fall of the Third Reich & Sapiens. It was just silly me back then who just got interested in reading books just randomly adding those to my account. (I just removed them from the finished section)