"Lela Rentaka anakanda beta ini, kecil-kecil cilik padi. Tampak kecil, tetapi gagah berani. Sekali meletup, bergoncanglah bumi!"
Lela Rentaka, meriam kecil yang mewarnai dunia kepahlawanan Melayu. Bunyi letupannya mengguntur bumi dan menggegarkan musuh.Kegemilangan tidak tertanding tolok bandingnya jika disamakan dengan meriam buatan Portugis mahupun Belanda.
Tetapi kisah yang gemilang seringnya tidak bertahan lama dan berhujung kelam. Ya, pihak yang menang menuliskan sejarah, dan pihak yang kalah tersembunyi dalam cerita sejarah. Maka Kumpulan Cerpen Lela Rentaka, buku sulung Syahidatul Munirah hadir mencerekakan kembali cerita-cerita sejarah Melayu. Banyak kisah yang telah dilelapkan sehingga kita terlupa pernah menjadi ketuanan yang gemilang.
Naskhah ini layak menerima 5 bintang dek keindahan bahasanya, saya sendiri berkali-kali jatuh cinta pada bahasa penulis. Namun, oleh kerana saya banyak bertelagah dengan idea penulis tentang Melayu, makanya tiga bintang sahaja saya boleh berikan. Saya juga terpaksa 'berehat' daripada naskhah ini kerana merasakan ia terlalu Melayu bagi saya, haha!
Tapi, serius, ini adalah di antara penulisan Bahasa Melayu yang terbaik pernah saya baca.
Terpengaruh dengan saranan di dalam tweet threads mengenai penggunaan senjata api ketika era Kesultanan Melayu Melaka, lantas kumpulan cerpen berjudul ‘Lela Rentaka’ segera di tempah dari kedai buku di tingkat empat itu.
Penulis telah berjaya mempengaruhi pembaca dalam mempersembahkan elemen sejarah, mitos, cerita rakyat, futuristik untuk diasimilasikan ke dalam 12 cerpen.
Namun, hanya 6 cerpen terawal yang berjaya memikat hati untuk sungguh-sungguh menikmati kandungan yang disajikan. Selebihnya lebih kepada syarahan pemidato ketika perhimpunan Melayu bersatu.
My honest rating is 3.75 but the book deserves 4🌟 too. Cerpen dalam buku ni memang menarik, kita akan terbuai dengan bahasa penulis. Hampir semua cerpen mengangkat keagungan ketuanan Melayu dan boleh nampak penulis juga mengkritik sikap pembesar dan pemimpin yang zalim. Cuma ada beberapa bahagian, saya juga ada tak sependapat dengan penulis. Di hujung-hujung kumpulan cerpen, saya lebih menganggap ia seperti sebuah perbahasan.
Sejarah dan mitos, cerit rakyat, cerpen mode dan futuristik bergera pada satu landasan dan tujuan dalam kumpu lan cerpen, Lela Rentaka karya Syahidatul Munirah ini.
Kumpulan ini bukan memberikan tafsiran alternatif yang baharu kepada sejarah, mitos dan cerita rakyat yang membentuk bangsa, sebaliknya ia cuba mengembalikan kefahaman generasi masa kini terhadap khazanah kesusasteraan itu pada landasan yang sebenar.
Landasan itu akhirnya membawa kepada arah tuju kumpulan 12 cerpen ini, iaitu keagungan peradaban dan kebudayaan Melayu dalam sejarah ketamadunan yang selama ini dikelirukan oleh `dongeng' penjajah.