Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

Rate this book
Lazimnya buku-buku perubatan Islam ditulis oleh mereka yang lulus bidang pengajian Islam di mana buku-buku seperti itu hanya menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa. Faktor inilah yang menyebabkan individu-individu berpendidikan moden sangsi akan kemujaraban perubatan Islam. Mereka mahukan buku perubatan Islam yang berkomunikasi dengan mereka berdasarkan hujah-hujah rasional dan saintifik.

Doktor yang mengarang buku perubatan Islam tetapi tidak menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa, lazimnya karya seperti itu disangsikan oleh individu-individu yang berpendidikan aliran Islam kerana mereka meragui penguasaan ilmu agama si pengarang.

408 pages, Paperback

First published January 1, 2003

9 people are currently reading
139 people want to read

About the author

Danial Zainal Abidin

13 books64 followers
Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

Pengalaman beliau amat luas kerana sering kali dijemput menjadi penceramah serta pemudah cara bagi program-program di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003 beliau menjadi penceramah khas bagi Petronas Carigali membincangkan tajuk Quality Principles di Terengganu, Sabah, Sarawak, KL dan Vietnam. Pada tahun 2004 pula beliau dijemput memberi ceramah khas kepada Kerabat di Raja Negeri Perak, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan dif-dif jemputan bertajuk ‘Quran dan Sains’.

Di samping itu beliau juga di undang menyampaikan ceramah di luar negara, antaranya, di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan. Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bermula tahun 2005. Beliau pernah menjadi Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dari tahun 1992-2001. Dari tahun 1996-2000 pula beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah iaitu, Konsep Perubatan Islam, Islam The Misunderstood Religion, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., Empayar Minda Muslim, 7 Formula Individu Cemerlang, Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Quran Saintifik. Lima daripada buku-buku ini telah mencapai status terlaris atau bestseller di Malaysia. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden pula menjadi Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006. Setakat ini empat buah buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.

Di sudut kekeluargaan, beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama beliau ialah seorang doktor perubatan dan isteri kedua beliau ialah seorang pengurus syarikat. Beliau dikurniakan dengan lapan orang cahaya mata. Anak pertama beliau memperoleh ijazah dalam bidang Bio-Teknologi, anak kedua dalam bidang Kimia Analisis, anak ketiga dalam bidang Teknologi Persekitaran dan anak keempat sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia. Anak-anak yang lain masih bersekolah.

(http://www.danialzainalabidin.com/siapa/)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (33%)
4 stars
21 (35%)
3 stars
16 (26%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
September 26, 2010
Buku ini terbahagi kepada 15 bab yang dimulai dengan bab konsep perubatan Islam, Makanan Halal dan Berkhasiat, Senaman dan Kesihatan Fizikal, Menjauhi Bahaya Rokok, Menjauhi Bunyi Pencemaran, Menjauhi Bahaya Televisyen, Tidur adalah Ibadah, Seks yang Halal adalah Ibadah, Menangani Stres, Penemuan Saintifik pada Bahaya Babi, Penemuan Embriologi dan Quran, Penemuan Saintifik Rahsia Lalat, Berbekam Masih Relevan?, Adakah Klon Halal? Dan bab terakhir ialah Epilog.


Antara yang menarik perhatian saya ialah bahaya rokok. Sungguhpun telah diketahui umum bahawa rokok membahayakan kesihatan namun masih ramai lagi perokok tegar enggan meninggalkan tabiat buruk ini. Mengapa ya? Sedangkan di dalam rokok terdapat 4 000 jenis bahan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Apa tidaknya, orang yang tidak merokok tetapi terbau asapnya dari perokok menghadapi risiko penyakit dua kali ganda dari perokok.


Hadith riwayat at-Tabrani ada merekodkan bahawa Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin ataupun menipunya.” Asap rokok turut membahayakan bayi di dalam kandungan. Banyak kes kelahiran bayi pramatang dikaitkan dengan ibu yang perokok ataupun ibu yang hidup bersama pasangan perokok. Sudahlah kelahirannya pramatang, ditambah pula penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kelak seperti kurang berat badan, sakit paru-paru dan asma.


Dalam bab yang lain banyak disentuh mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak. Apa yang dapat saya simpulkan ialah mengenai bahaya makanan ringan terhadap perkembangan otak dan kecerdasannya.
Jadi para ibu bapa kurangkanlah memberi makanan ringan kepada anak-anak. Biarpun hanya sebagai kudap-kudapan sahaja. Jika diajar tidak memakannya langsung pun boleh tetapi agak sukar rasanya ya. Sebab walau bagaimana cara sekalipun anak kita tetap akan tertarik dengan makanan ringan. Biasanya melalui iklan televisyen, papan-papan iklan, rakan sebaya, atau pemberian semasa kenduri kahwin atau juga diberi oleh orang lain kepada anak kita.


Mengikut kajian usia 0 hingga 2 tahun adalah waktu pesat perkembangan otak dan minda kanak-kanak. Oleh itu elakkan menyogok anak kita dengan televisyen bagi ‘mengawal ‘ mereka. Kadang-kala apabila ibu bapa sibuk dengan kerja, anak-anak akan diletakkan di hadapan televisyen dan dibukakan rancangan kartun dan kita akan ‘berpuas hati’ melihat anak kita duduk diam dan menumpukan perhatian terhadap kaca televisyen.


Janganlah membunuh kreativiti anak anda. Kesan televisyen lebih banyak buruk daripada manfaat. Sedangkan kartun Mickey dan Donald turut mempunyai aksi ganas. Bayangkan, bagi 28 minit tayangan kartun ini, sebanyak 82 aksi ganas dipaparkan.

Oh.. tidak hairanlah mengapa kanak-kanak di usia ini gemar bermain gaduh-gaduh. Rupa-rupanya ia adalah kesan daripada kartun!

Malah ADHD atau hiperaktif boleh berpunca daripada banyak menonton televisyen. Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen menghadapi gangguan penumpuan di dalam pelajaran. Hal ini kerana imej yang dipaparkan di televisyen kerap bertukar. Misalnya 3 saat imej ini, diikuti 7 saat imej lain, 5 saat imej seterusnya dan begitulah sehingga hal ini mempengaruhi fokus anak. Semua ini tidak disedari oleh kita sebagai ibu bapa dan menganggap televisyen adalah perkara biasa dan tidak boleh kita sekat. Nampaknya dengan segala fakta ini, saya juga harus berfikir banyak kali untuk menonton televisyen :D
Profile Image for Muhammad Syazwan.
30 reviews
October 18, 2014
Buku ini membuka minda di kalangan muslim dalam memahami Ayat Alquran & Alhadith bagi penggunaan abad ini. Ini kerana masyarakat Islam dunia amnya & Malaysia khususnya hanya memandang Alquran &A Alhadith secara literal.

Dek kerana 'mahir' dalam penafsiran masing-masing, segala pembacaannya diberi takrifan menggunakan bahasa terjemahan yang difahami sahaja tanpa rujukan Alulama.

Penggabungan sumber kajian dunia dapat mengukuhkan iman seseorang dalam memahami 2 sumber agung yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Ini kerana minda moden yang jumud kini banyak mengatakan tafsiran 2 sumber ini tak saintifik dek kurangnya pembuktian & perkaitan dengan kajian moden sedia ada.

Justeru, bukan sahaja kajian terhadap Alquran & Alhadith diaplikasikan dalam sains, malah, kajian sains sendiri perlu diislamkan hasilnya supaya lensa pemahaman isu dilihat dari sudut aqidah & addin bagi menghasilkan amalan yang dilakukan sebagai ibadah lillahitaala.

Buku ini insyallah mampu memberi penerangan lebih jelas dalam mengikat kajian sains dengan Kalam Allah yang suci ini.
Profile Image for Ubi.
315 reviews
May 11, 2015
Aku suka buku bergambar. Fakta kalau bergambar, semangat nak baca naik 2 kali ganda. Buku ni banyak quote dan resources untuk dirujuk.

Keseluruhannya, ok. Mungkin sebab aku mengharap sesuatu yg berbeza dari olahan buku sebelumnya.

Mungkin.
Profile Image for Shah Abdullah.
44 reviews8 followers
May 2, 2015
Banyak input baharu dapat diperolehi hasil kajian dan bacaan Prof khususnya perkaitan persekitaran dan manusia dengan keagungan Allah swt.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.