Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biografi Usman Awang: Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh

Rate this book

310 pages

First published January 1, 2006

5 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Muhammad Haji Salleh

75 books30 followers
Sasterawan Negara yang ke-6, 1991. Penerima S.E.A. Write Awards 1997. Tokoh Anugerah Akademik Negara 2008.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malah pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (41%)
4 stars
9 (52%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Azizah Alwi.
77 reviews6 followers
January 10, 2020
Biografi Usman Awang:Seorang penyair,Sebuah Benua Rusuh ini mengambarkan sedikit sebanyak kisah hidup Usman Awang.

Usman merupakan seorang pejuang bahasa dan sastera dan sering kali menulis berdasarkan situasi disekelilingnya.

Kemasyhuran seseorang penyair sering menimbus kenyataan sebenarnya.Sering pula kita mengenal seseorang penyair tanpa membaca dan meneliti puisinya.

Kita melihat wajah Usman di Dada-dada akhbar dan banyak pula kata sanjungan setelah pemergian sasterawan negara ini tetapi kita tidak pernah berusaha untuk memahami dan menikmati karya yang menjadi puncak ciptaannya.

Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.