Sebuah travelog dan catatan pengalaman penulis yang juga dikenali sebagai Din Akar yang juga penulis siri zine punk Roots, bersama band Hellexist (Johor Bahru, MY) dalam serangan musikal ke atas Tanah Jepun.
Aku suka baca buku travelog. Lebih-lebih lagi oleh hasil tulisan orang yang aku kenal.
Aku baca buku Din Akar sebelum ini, Pengembaraan Tanah Kusir, dan aku puas hati. Dia mengarut serupa haram tapi aku faham. Walaupun dalam kedua-dua buku pengembaraan ini (Tanah Kusir dan Tanah Jepun) banyak berkisar tentang scene muzik punk dan sealirannya, namun langsung tak menyusutkan minat aku (yang takde knowledge langsung tentang muzik) untuk baca buku ini.
Pengembaraan kali ini banyak bercerita tentang Din Akar, orang Lipis, Hellexist dan kawan-kawan mereka yang mengembara ke Tanah Jepun dengan misi tersendiri. Promosi album baru Hellexist di gig-gig sekitar Jepun, merakam album, mencari kereta kecik (toys), mencari berhala Gundam terbesar, mencari kedai menjual DVD porno second hand dan tak lupa juga kepada misi utama mereka, mencari keamanan sebenar.
Din Akar bukan siapa-siapa. Tak kenal pun tak apa. Tapi bila mula menulis dan bercerita, dia merupakan jurukomen sosial yang kita akan kagumi. Dari hal makan nasi tak habis hingga ke hal rasis yang menular dalam masyarakat melayu, dia akan pukul rata. Kalau dia rasa tak betul, dia akan komen.
Dan satu benda yang aku kagum, dia tulis buku ni hanya menggunakan handphone Iphone sahaja. Ini bukan cerita bohong. Memang dia buat betul.
Aku tak paksa korang beli tapi bila buku ni habis, kau jangan cakap aku tak bagitau suruh beli.
Aku tak kenal siapa Azaruddin Paiman dan tak pernah baca penulisan dia. Mula-mula buku ni sampai tengok tebal semacam, rasa nak mengamuk jugak sebab curiga mampu habiskan ke buku tebal macam ni. Lepas aku baca dari muka pertama, aku mula dapat menerima penceritaan penulis ni, memang stailo penulisan dia. Aku dapat rasakan aku pergi sekali ke Jepun dengan Hellexist ni. Aku bukan tahu dan minat sangat punk ni, tapi penceritaan dia semasa melawat jepun tu yang menarik sangat. Tapi inilah buku pertama yang aku baca yang nak tampar pembacanya sendiri. Akhir sekali, lepas ni kalau Azaruddin Paiman keluar buku pengembaraan yang lain hatta pengembaraan punk ke Tanah Haram buat haji pun akan aku tunggu tulisan beliau. Bladihellll.
Ketika mula-mula memegang buku ini, terasa nak meletakkannya semula. Namun selepas masuk ke halam ketiga, keempat, tanpa sedar saya terus menyelak halaman demi halaman. Hari-hari berikutnya, seawal pagi sebelum ke tempat kerja, pada waktu rehat tengahari atau sebelah malam, buku inilah yang saya tekuni.
Jadi apa istimewanya Pengembaraan Tanah Jepun? Kejujuran. Kejujuran penulisnya tatkala bercerita. Ada dua perkara penting yang menjadi penyebab utama kembaranya ke Jepun. Pertama kerana mengikuti gig kumpulan punk tanah air, Hellexist ke Tokyo. Kedua, pencariannya terhadap kereta mini. Kedua-duanya ini memang tak pernah singgah dalam kepala saya, tak pernah langsung berada dalam dunia punk dan kereta mini. Tetapi buku ini menjadikan saya dekat dengan mereka.
Baiklah, punk dan kereta mini adalah sebahagian dari Pengembaraan Tanah jepun. Selebihnya ialah dia bercerita tentang Jepun. Saya pernah menjejakkan kaki ke Kyoto dan Tokyo, maka sangatlah faham apa yang cuba si penulis kritik dan komen tatkala nampak sesuatu yang berbeza dari tanah air. Namun yang berbeza ialah kejujurannya - dia bukan sahaja mengkritik, tetapi dia sendiri melakukannya. Misalnya, di Tokyo dia banyak menemui barangan mini yang langka, yang boleh dijual pada harga mahal di tanah air. Tetapi dia tidak mahu membelinya, tidak menjadikan ia lubuk mengaut untung kerana barang itu bukanlah sebahagian dari minatnya, maka dia tidak akan membeli semata-mata kerana boleh dijual semula dengan untung yang besar. Dia tidak minat mengaut untung dari sesuatu yang bukan minatnya, mengaut untung kerana wang bukan prinsipnya. Apatah lagi menjual sesuatu yang bukan minatnya, kerana dia cuma berminat pada kereta mini, bukan pada benda-benda lain yang memang nampak 'rare' di Tokyo. Ya, tidak semua boleh dijual beli walaupun kita tahu ia boleh membawa untung yang besar. Itulah makna kejujuran.
Tiap kali dia mengkritik masyarakat tanah airnya sendiri yang cuba dibanding-bandingkannya dengan masyarakat Jepun, itu adalah kerana sikap. Dia nampaknya mempunyai perasaan yang tidak sama dengan orang yang biasa, yang hanya mengkritik tetapi melakukan perkara yang sama. Penulis mengkritik kerana dia sendiri tidak melakukannya, lalu dia memang punya hak mengkritik. Tiap kali dia mengkritik, saya cuba melihat ke dalam diri. Sedikit sebanyak itulah yang saya buat. Bezanya, saya tidak meluahkannya pada khalayak. Cuma simpan buat penilaian diri.
Dah menyimpang pula. Eloklah berhenti di sini.
Walau apa pun, saya berharap agar dapat membaca buku pertamanya, Pengembaraan Tanah Kusir pasti ada yang menarik juga
Sebenarnya aku mencari-cari buku travelog yang lain daripada lain, dan inilah jawapannya. Buku pertama mengenai travelog yang aku baca ialah Qur’an and Cricket: Travels Through the Madrasahs of Asia and Other Stories karya Farish A. Noor. Dari buku itu juga tergerak hati aku untuk ke India dan melihat dan mengalami pengalaman menjadi seorang muslim di negara yang majoritinya beragama Hidnu. Selepas itu aku terus mengembara bersama-sama Agustinus Wibowo dengan karyanya Titik Nol. Bersama dengan Agustinus, aku belajar mengenai makna sebuah perjalanan dan aku hanyut dengan saratnya mesej yang disampaikan olehnya. Kemudian aku jauh mengembara dengan buku A Call to Travel: Muslim Odysseys (Journeys of a Muslim woman through Turkey, Saudi Arabia and Indonesia ) aku merasakan bagaimana perjalanan dan pengalaman yang dialamai oleh Rumaizah Abu Bakar walaupun sekejap tetapi spiritual.
Buku Pengembaraan Tanah Jepun karya Azaruddin Paiman menceritakan bagaimana prinsip dan hobi memandu dan penulis untuk mengembara ke Jepun. Penulis berjaya membuktikan bahawa punk juga mampu ke luar negara sekaligus menyangkal dakwaan melayu-melayu elit terutamanya bahawa Punk ni orang jahat. Kebanyakkan orang Malaysia yang masyarakatnya walaupun dah hampir 60 tahun merdeka masih berfikiran feudal, menganggap Punk makan sampah dan tidak ada masa depan. Selain itu, penulis juga menunjukkan keikhlasannya dalam berpegang pada prinsip punk dalam masa yang sama tetap utuh dalam beragama. Itulah bezanya Punk melayu dengan punk-punk lain. Seperti kata penulis, punk bodoh saja makan sampah.
Kurangnya untuk travelog ini ialah selalu saja isi yang nak disampaikannya berulang-ulang, aku rasa editor kena potong sikit supaya tak meleret dan hilang mood pembaca kalau baca berulang-ulang ni. Lagi satu jarang juga aku baca travelog tanpa sedikit dialog dalam catatannya. Elok juga untuk siri pengembaraan yang akan datang penulis masukkan sikit dialog supaya pembaca boleh into sikit dengan situasi yang nak disampaikannya.
Kesimpulannya, buku ni ringan dan bagus untuk orang yang tak ada duit nak mengembara tapi ingin mengembara. Jadilah dengan buku pun boleh mengembara, itulah hebatnya seorang penulis kalau dia boleh bawa pembacanya bersama-sama mengembara. Inilah yang aku rasa ada pada Azaruddin Paiman!
Bila aku selak muka surat pertama buku ni, fahamlah aku kenapa harganya RM25. Terkejut juga bila tengok tulisan bersaiz kecil. Sudahlah kecil, satu page ada dua column pula tu!
Tapi semua itu tidak menjadi penghalang untuk aku mengkhatamkan buku ini.
Semasa membaca, aku rasa seperti aku sedang melepak dengan Din Akar di kedai mamak, mendengar dia bercerita tentang pengembaraannya di Jepun. Aku agak dari awal hingga akhir, mahu dekat lapan belas gelas air boleh habis. Entah-entah lebih dari lapan belas.
Jika Din Akar menulis lagi, aku pasti akan beli.
Oh ya, aku ingin komen berkenaan masalah typo yang sering aku jumpa dalam penerbitan indie/alternatif. Jujur, tatkala melihat tulisan yang begitu kecil dan dua column di setiap page, aku sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan masalah typo bersepah-sepah. Ternyata, sangkaan aku meleset sama sekali. Tahniah kepada editor aku ucapkan.
Serius aku suka buku ni walaupun aku bukan punk, bukan pengumpul model kit, dan tidak pernah ke Jepun. Dan aku mengaku jumlah bintang yang aku bagi ni sebenarnya agak over-rated, heh. Jangan marah aku jika kau baca dan kau tidak suka, ya? :)
Sebelum ni aku dah baca pengembaraan tanah kusir. Sedap memang sedap tapi nipis sangat. Sebab dah tau gaya tulisan beliau yang rileks, selamba badak, senang faham dan tak deep, tak adil sekiranya aku tak beli dan baca pengembaraan tanah jepun kali ni. Super detail nak mampos. Dari nak berangkat ke jepun sampai balik semula ke malaysia, aku rasa aku belum pernah lagi baca travelog orang berjalan detail punya macam ni. Dah la taip guna handphone. Bagus ah sebab sikit2 dari buku ni aku tau gak budaya jepun, teknologi super pantas yang memang takde kat malaysia kita ni, puntung rokok yang susah nak jumpa walaupun ditepi jalan, suara gagak yang versi sedap sikit dari jepun dan orang jepun yang tak suka mencangkung atau duduk dilantai train sesuka hati. Walaubagaimanapun, aku tabik spring pada penulis yang mampu bercerita dalam bentuk penulisan yang amat teliti sekali. Moga hellexist terus maju dan saudara penulis bikin gempak dengan buku pengembaraan yang baru. Hahaha.
Catatan Azaruddin Paiman pergi Jepun = Catatan dia merepek dalam kepala. Bahagian yang aku enjoy baca ialah cerita dia tour dengan Hellexist, dah habis tour, cerita dia jalan-jalan sekitar Jepun tu cukup untuk membuatkan aku ngantuk sikit. Tapi akhirnya, habis jugak aku baca buku ni!
Buku ni gila. Aku tak sangka boleh habiskan jgk sebab penulis kerja dia membebel jer haha.
Tapi, buku ni memang terbaik. Tulisan yg sangat jujur & secara tidak langsung, aku rasa mcm tengah follow sekali Din Akar (Penulis) dalam pengembaraan dia.
Harap Din Akar keluar lagi banyak buku lepas ni. Memang aku support habis!
Benda yang buat aku tertarik beli buku ni sebabnya adalah ada tulis Jepun. Pastu travelog plak tu. Cover dia plak memang memikat hatiku.
Before beli aku tengok review pon mcmbest. So rembatlah ape lagi bila PTS buat sale itu hari.
Dah dpt buku ni ak mcm lemah semangat sikit sebab tebalnyah di kala aku malas tapi ake kena jugak baca sesuap buku. Dahla tebal tulisan plak lebih kecik dari normal.
Tapi rupanya mmg takde masalah. Ayat dia memang slumber sempoije ikhlas seikhlasnya aku rase. Tak perasan pon kau dah byk bace sebab ayat dia kadang panjang berbelit belit tapi cerita benda yg sama, nasib menghiburkan hati.
Sampai sekarang aku tatau ape ke benda zine yg ditulis-tulis dlm buku ni. (dan aku malas nk google buat waktu ni). Tapi aku mmg musykillah ngn apeke maksud zine ni.
Buku ni akan bawak korang ke Jepun dari sisi jalan-jalan ke Jepun sambil pi layan gig punk. Sumpah aku tak layan music punk ni. Dia punya term macam-macam. Tiba-tiba muncul jugak perasaan nak buat crowd diving. (aku cuba imaginasijelah) macam syokje. Yg lain-lain mooshing ke ape aku xphm. Tapi xde mslh pon utk aku masih menikmati perjalanan cerita buku ni.
Aku jugak didedahkan dgn hobi model kit. Yg ni aku mcm berminat jugak. Klu pi Jepun lain kali nk jugak rembat satu.
Ape-ape pon org Jepun mmg ak kagum dari dulu lagi depa punya perangai-perangai positif tu.
Kesimpulannya, penulis ni memang suka hati dia je nak menulis. Aku suka! Hahahahaha..
Haih..entah manalah aku nak cari Tanah Kusir tu. Sapa nak jual roger aku.
Buku ini memang jujur. Din akar menulis mengenai apa sahaja yang terlintas dihatinya semasa pengembaraan bersama group punknya di Jepun. membacanya seperti kita duduk bersembang di mamak, satu topik iaitu gig punk tapi mesti akan tersembang benda lain. cerita gig punk nih macam suku jer daripada buku, yang lain ialah travelog pengembaraan di sekitar tokyo, scene mainaan minature kereta dan juga kritikan sosial dan perbandingan Budaya diantara orang melayu dan Jepun. Agak menghiburkan dan santai walaupun buku ini memang tebal dan tulisan pun kecik..
Peminat travelog pasti akan sukakan buku ini. Lebih-lebih lagi jika anda peminat tegar antara muzik keras, figura kereta dan Gundam haha. Travelog yang sangat tersusun & terperinci, sangat mengujakan bila dibaca.
Gaya penceritaan penulis yang santai, tiada berselindung & bersahaja pasti akan membuatkan anda seronok membaca. Diselangi dengan lawak-lawak membahan disana-sini menambahkan lagi perisa keceriaan dari buku ini.
Saya belum pernah membaca zine Roots oleh penulis sebelum ini. Apa yang pasti saya akan cuba dapatkannya selepas ini
Lama aku nak habiskan buku ni. Sebulan lbh. Sebab banyak cerita meleret2. Haha. Kalau tak, blh kasi full star. Ape pun, tahniah kepada penulis sbb berjaya kongsikan pengalaman beliau dlm buku. Mmg panjang thx list dia. Bertuah btl nama siapa ada dlm tu. Lepas baca buku ni buat aku rasa tak sabaq nak p jepun noh!
Struktur teks dan gambar yang dilampirkan bersama cukup cantik sebagai yang ingin diterjemahkan iaitu dalam bentuk Japan Indie namun muka depan buku yang dipamerkan neon terbit agak mengecewakan. Isi kandungan aku letak di paras tengah. Suamsuam kuku.